Baby 7month - Jadual Makan

Hi mommies semua. Saya ni ssah betul nak bangun awal pagi untuk bagi anak makan breakfast sbb penat kerja dan layan karenah anak subuh2. Selalunya kalau pagi yg uruskan anak mmng ayahnya yg uruskan, susu mandi & tidur.. then tghari/petang/malam sy bagi makan dia mcm biasa. Mmng skip bfast sbb ayahnya pun trburu2(masuk kerja jam 9.30am)dah pergi kerja😅Sy sllu bgun lewat sbb sy pun bkerja dari rumah, mmng akan lewat tdr dlm jam 4/5am, bangun pun dalam jam 11am mcm tu. Dah bngun trus bagi bby makan tghari Boleh tak sy bagi je cerelac + susu formula dlm botol susu sbagai sarapan dia? Atau perlu juga bersarapan dgn bubur? Baby sy 6bln mmg hari2 makan bubur 3kali shari, tapi skrg dah masuk 7bulan perlu makan lebih dari 3kli shari kan? Baby sy kuat mnyusu juga.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Kalau dah gitu gaya life style puan, bagi jelas anak brunch jam 11 am tu. Ceralac dan susu formula tinggi kandungan gula. Jika bg baby mkn yg lembut sahaja, baby tak kenal makanan separa lembut yg bagus untuk teething, percakapan dll. Jika tanya dlm Apps ni, puan pasti pentingkan perkembangan anak, fizikal, mental, emosi, skill, sosial anak kan, so, kena banyak aktiviti bersama anak, suapkan anak, pantau anak masa makan, have fun masa makan. Kat Siti banyak anak belajar motor skill dan percakapan. Parents kena ada bonding dgn anak dlm perkara ni. Jika mampu, upah pengasuh yg oleh layan anak di rumah sbb puan bekerja dari rumah. Jadi jadual anak pun normal tak macam puan yg tak berpagian. Sesungguhnya berpagian tu bagus. Malam untuk berehat. Saya faham puan bekerja dari rumah. Sebenarnya, walaupun ada anak kecil di rumah, kita tak boleh jaga sendiri/ asuh anak dgn teratur. So, memang kena upah pengasuh atau kita limit kan aktiviti kerjaya kita di rumah.

Baca lagi