First mom, ilmu masih kurang

Hi mommies👋🏻 Saya first mom, anak saya baru umur seminggu. Saya ada beberapa soalan yang mungkin ibu2 kat luar sana boleh bantu saya👉🏻👈🏻 1. Bengkak susu ni akan ambil masa berapa lama ya? Tak menahan rasanya🥲 2. Boleh ke bagi botol susu pada awal kelahiran? Saya tak bagi susu formula, tapi disebabkan nipple crack saya terpaksa guna botol susu untuk susukan anak🥹 Dilema saya, nak bagi direct tapi nipple sakit. Nak bagi botol takut dia taknak hisap direct dah🙃

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi awak, saya jawapkan yea☺️ 1) bengkak susu tu awak kena rawat utk surutkan bengkak. tak boleh biar. kalau biar boleh melarat jadi masititis atau abses. cara nak rawat bengkak susu. * tuam sejuk sampai kebas kemudian tuam panas. sambil tuam sambil awak massage breast awak. mmg sakit kena tahan. disebabkan awak kata nipple luka awak boleh buat urutan marmet jgn pam. pam lagi akan membuat kn nipple awak luka. ulang step ni sampai awak lega. bukan buat sekali lepas tu awak stop * kalau ada massager lactation boleh guna utk urut kawasan bengkak susu tu * semasa mandi boleh mandi dgn air suam. kalau ada water heater mandi dgn water heater smbil mandi sambil awak massage breast awak utk lancarkan susu dkt kwsn bengkak susu. 2) saya advise utk awak xbg botol diawal kelahiran bayi. reason baby akan jadi nipple confuse bila kita perkenalkan botol terlalu awal. nak kenalkan botol dkt baby atleast selepas 30hari. awak boleh guna cup mcm dkt hospital semasa nk bg baby minum susu atau pon guna shringe. disebabkan nipple awak luka. awak kena marmet setiap 2-3j sekali. utk menjaga production susu bdn awak dr drop ya. 3) nipple awak luka kemungkinan lekapan baby awak slh. cuba check semula lekapan baby awak dgn breast. next checkup baby dkt kk minta nurse check lekapan baby awak betul x. jgn malu utk bertanya. 4) nak sembuhkan nipple crack awak boleh picit sikit susu dkt sblah nipple yg xluka then sapu air susu tu dkt nipple luka. ulang sampai sembuh. atau awak boleh guna nipple cream jenis butter cocoa. cream ni awak xperlu basuh kiranya baby boleh directfeed terus ja

Baca lagi
TapFluencer

Hai 1. Bergantung kepada cara memulihkan daripada masalah ketika menyusu. Saya juga pernah mengalami beberapa kali. Kalau dah sakit sangat boleh pergi jumpa doktor akan beri ubat antibiotik dll. Kena rajin tuam dan beri susu df ikut demand anak (2/3 jam sekali untuk newborn). Kena tengok balik cara anak hisap, posisi pegang anak tu pun main peranan. Boleh follow lactation consultant macam nad masrom 2. Kalau anak dah sebulan boleh je bagi botol susu. Tapi kena still bf. Cuma bila dalam fasa pemulihan kurang kan dulu direct feeding sebab memang pedih kena nipple crack. Boleh sapu susu ibu pada nipple yang pedih tu. Once dah makin okay dah boleh terus direct bf balik

Baca lagi

bengkak susu ni sebab susu yg tak dpt mengalir keluar sebb saliran tersumbat. kena sellu bersihkn lubang nipple supaya susu mudah kluar. ade urutan juga untk kasi susu mengalir cepat. jd tempoh bengkak susu tu lg lama kalau ibu tak bertindak utk kluarkan susu tu. cube sisi beli alat/ sarung nipple tu bila direct feed. sllu letak nipple cream. bb awal2 kelahiran jrg nk confuse kecuali da masuk 2-3bulan drng da kenal puting susu bs puting botol.

Baca lagi

sye share pngalaman sye ye.. 1) bengkak susu : slalu nye sye pam jgak tp gne power palg slow n mse pn x lme.. sblum pam, sye urut2 dlu bia lembut.. ble pam tu rse sakit then sye stop dlu.. 2) ye sye gne botol susu.. utk topup formula & susu bdn.. tp nant bby nipple confuse.. ble slalu pam pn nipple crack smpi bdarah.. last2 sye stop susu bdn n fully formula..

Baca lagi

Takpayah bagi botol susu. Susu ibu lagi anak susah jatuh sakit kecuali izin Allah . Kalau baby jarang menyusu , susu anda boleh kering. Kerana bila bayi anda menyusu . Ia menyedut akan menghasilkan susu . Tabahla jadi seorang ibu . Tak perlu bam susu kalau fully bf .

haii awak.. marmet tu apa.. maaf sy pun baru belajar ..🥹

2y ago

sama2 awak☺️❤️

1.depends..kene rajin pam 2.bole..