Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Syukur alhamdulillah.
SUGGEST KAN SET MANDIAN HERBA BERPANTANG
Uolls pakai jenama apa ? Untuk herba mandian atau sabun semasa dalam berpantang. Terima kasih sudi share. ❤️
CUMA NAK SHARE MABUK PRGNANT ANAK KEDUA NI.
Bau goreng telur pon takbole, kepala pening auto mual loya tekak semua. Senang cerita bau dapur tu semuaa loya lah. Lepastu kan ayam goreng ke ayam masak berlemak ke mmg loya ae takada selera langsung nak makan sedangkan fav ayam goreng bertepung tu hm. Nak makan ape , nak masak ape lagi pening. Kita ni isteri macam mana pun nak kena masak. Suami balik kerja nak makan. Suami saya bukan sejenis fikir sangat saya makan ape bole ke tak makan. Dan dia pon tak memilih makanan. Ade makanan dia makan. Tapi kita isteri takkan taknak masak. Hm redha jelah. Memang mood malas kedapur nak masak nak bau tu. Dulu anak firts ok lagi. Kalau loya tak muntah takpe . Ni nanti muntah balik hm.
Doctor Kata Kulat Air
Dari anak baby sampai da setahun macamni jela kulitnya. sekejap ada kejap hilang. Mula2 dekat perot , sekarang da besar kaki pulak teruk. Merebak2 bulatnya tu. Sapu snow white jelah kadang ok tapi bila anak garu2 dia luka berair jadi balik hm. Doc bagi ubat ECOCORT pun tak berkesan . Anak mcm elergic ubat . 1 badan teruk masa sapu cream tu.
Anak setahun 2 bulan nak tukar ke susu botol daripada breastfeeding.
Saya da try beli susu fomula 123 tu nama lactogrow , da try buat susu letak dalam botol tapi anak taknak. Banyak kali juga saya cuba. Saya tryla beli susu dutch lady full cream milk tu letak dalam botol , mula2 dia taknak sebab tak rasa , bila da rasa dia minum jer cuma nya memang susah nak tukar dengan susu badan sebab dia masih mencari susu badan lagi. Susu dutch lady nak pulak dia minum dalam botol ikut mood dia jugak. Ada apa2 yg moms berpengalaman bole share dekat saya tak?
Ada nasihat untuk ibu ngandung yang kena minum air gula tak?
Hi mummies , siapa mummies kat sini yang minum air gula dan cara untuk tidak sangkut mummies amalkan minum or makan apa ya? Ada tak?
BERI PENDAPAT : saya mengandung anak baru setahun 2 bulan.
Hi mummies , siapa dekat sini macam saya ? Anak baru 1 tahun da mengandung. Anak saya pulak susu badan sepenuhnya. Jadi anak saya perlu menyusu sampai bila dan ada cara tak macam mana pelan-pelahan nak beri dia susu botol ?
Makanan bayi 1 tahun belum ada gigi
Anak saya baru setahun. Gigi pun baru tumbuh. Taknak makan bubur da . Apa yang kita makan dia nak. Nak di suapkan makanan yg ade dalam pinggan kita. Bayi macamni buah apa yg sesuai untuk dia makan? Makanan tekstur yg mcm mana saya perlukan hidangkan untuknya ?
Kulit anak saya
Saya sebenarnya nak tahu ini kenapa ya kulit nya?
Bertompok putih kulit bayi
Kenapa ya jadi macamni selepas merahnya hilang? Awal2 tu merah2 ruam sebab salah sabun. Masa merah2 tu sapu cream shaklee . Tapi tak stop sabun. Bila da stop sabun pakai losyen snow white pulak Alhamdulillah merah nya takde datang lagi. Tapi tompoknya tak mahu hilang. Siapa yang pernah kena bayinya macamni? Saya da pegi doc klink KK tade bagi ubat pape hahah sebab da baik kot . Takada merah2 jadi dia tak bagi pape.
Luka jahit dalaman bila baik?
Maaf saya nak tanya yang berpengalaman . Saya baru anak pertama . Anak saya nak masuk 5 bulan dah. Luka jahitan saya belah luar pun da nampak elok.tapi kenapa setiap kali bersetubuh tetap ada rasa sakit dan nyilu. kadang ada part2 yang sakit.tapi kadang2 takrasa. Adakah memang lambat nak baik atau mmg akan rasa sakit sampai bila2? Yela kan da kahwin tak sama macam anak dara rasanya.