Preparation barang baby

Hi mommies. Saya dah 5 bulan pregnant & baru nak start listkan barang baby sebab bulan 8 ni banyak betul ye expo & clearance barang baby 🤭 1. Steriliser/ bottle warmer tu perlu ke? 2. Saya suri rumah. Seeloknya beli manual breastpump atau auto? 3. Better beli besen mandi baby yang stand tu atau yg biasa? 4. Bengkung yg sesuai untuk normal/czer. 5. Barang2 yg mommy rasa menyesal beli & menyesal tak beli. Share2 please 6. Saya perasan ramai yg utamakan carseat & stroller. Apa keperluan tu ye? Considering that awal2 tu baby duduk rumah je kan? Saya mengalu-alukan sebarang suggestion barang2 atau link sopi or tt (bajet rahmah hehe) Terima kasih 🫶🏼

20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1. Awak perlu decide dulu nak baby minum susu ibu or susu formula. Suri rumah baik DF je. So tak perlukan botol susu pun. Melainkan pump susu, dan bagi orang lain jaga baby guna botol susu, sterilizer dan warmer sangat berguna. Kalau dah guna susu formula, bancuh dalam botol susu, so sterilizer diperlukan juga lebih senang dan jimat masa. Peralatan breast pump dan baby toys juga guna sterilizer. 2. Kalau suri rumah boleh DF je. Kalau nak simpan stok susu ibu, boleh belajar teknik marmet. Jimat tak payah beli breast pump. Lebih cepat kosong kan breast. 3. Beli baby bath tub yang ada support. Senang nak mandikan baby. Bila baby dah besar pun bath tub tu masih boleh pakai boleh letak toys dalam bath tub tu untuk baby main sambil mandi. 4. Ikut cara pantang masing2. Saya pantang sendiri so tak pakai bengkung sebab susah nak bergerak. 5. Ikut keperluan bukan kehendak, so takda rasa penyesalan. 6. Carseat sangat penting untuk keselematan baby dalam kereta. Kalau bekerja, drive sendiri, hantar nursery, selalu travel memang wajib ada carseat ni. Stroller kalau suka travel atau pun setiap minggu wajib ke shopping mall sila lah beli. Kalau jenis duduk rumah je, baby carrier pun dah ok kalau bawa baby jalan2. Baby carrier pun boleh pakai dalam rumah sambil buat kerja rumah. Harap membantu.

Baca lagi