Mengandung lagi
Hi mommies please help, sy baru bersalin czer anak baru 7 bulan tapi upt saya positif pagi tadi. 3 bulan dh x period still mkn pil perancang sy ingtkan normal period x teratur. Saya buntu tak tahu nk buat apa sy takut😭nk buat macam mana ni kena gugurkan ke ? Tak dosa ke? Kalau simpan selamat ke?😭tolong mommy otak sy dh kosong 😭😭
awak boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni. Waalaikumsalam. TAK BOLEH PUAN. Sengaja menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan itu HARAM, dari segi kedua-dua hukum ugama Islam dan juga dari segi Undang-undang Malaysia, dan doktor yang bersubahat menjalankan procedure menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan boleh dipenjarakan. Apakah sebab perubatan yang membenarkan doktor pakar O&G menjalani procedure pengguguran? 1) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan yang serious seperti masalah fungsi jantung lemah, masalah fungsi injap jantung, kegagalan buah pinggang, cancer yang aktif, tekanan yang tinggi di dalam paru-paru seperti pulmonary hypertension. 2) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan mental yang serious, dan ini perlukan penilaian dari pakar Psychiatry dan persetujuan pakar Paychiatry dulu sebelum Pakar O&G dibenarkan menjalankan prosedur pengguguran. 3) Jika janin di dalam kandungan ada kecacatan serious yang tak boleh diselamatkan, dan meneruskan kehamilan ini boleh memudaratkan kesihatan ibu. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah meneruskan kehamilan Puan di hospital kerajaan yang membiayai penjagaan kesihatan Puan sampai sudah bersalin, dan memberikan anak Puan sebagai anak angkat kepada pasangan suami-isteri yang tidak mempunyai anak. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah dapatkan kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan untuk Puan selepas sudah bersalin, seperti alat IUCD di dalam rahim atau susuk implant, sebab kedua-dua kaedah ini hukumnya HARUS di dalam Islam untuk pasangan suami isteri yang ada kekangan ekonomi dan dibenarkan oleh Undang-Undang Malaysia. Sekiranya Puan ada masalah kesihatan yang serious termasuk masalah kesihatan mental, sila ke klinik kesihatan dan minta rujukan ke Jabatan O&G untuk mendapatkan penilaian kesihatan oleh pakar. Jangan sangka kalau anda buat hubungan kelamin anda tak akan tersangkut. Jika anda tak bersedia untuk kehamilan, anda gunakanlah kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan dari pil perancang. Ingat tau: 1) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pullout atau pancut diluar, di dalam masa satu tahun, 250 orang akan hamil juga. 2) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah condom, di dalam masa satu tahun, 180 orang akan hamil juga. 3) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pil perancang keluarga, di dalam masa satu tahun, 90 orang akan hamil juga. 4) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah suntikan depo-provera m, di dalam masa satu tahun, 60 orang akan hamil juga. 5) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat IUCD di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 8 orang akan hamil. 6) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat Mirena IntraUterineSystem berhormon di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 2 orang akan hamil. 7) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah susuk implant berhormon, di dalam masa satu tahun, hanya 0.5 orang akan hamil, iaitu 1 dalam 2000 pengguna. Apa yang anda perlu tahu, semua kaedah merancang keluarga adalah harus di dalam Islam untuk kesihatan dan kebahagiaan keluarga, sebab ia boleh reverse, tidak menyebabkan pemandulan, dan anda boleh subur semula setelah berhenti menggunakannya. Tetapi anda mesti ingat kesuburan anda bergantung kepada usia anda. Kalau anda menggunakan kaedah merancang keluarga dari umur 30 tahun sehingga umur 37 tahun dan kemudian berhenti menggunakan kaedah merancang keluarga pada usia 37 tahun, kesuburan anda tidak lah sebaik semasa anda berumur 30 tahun, jadi jangan tuduh kaedah merancang keluarga itu penyebab anda kurang subur, sedangkan anda sudah berusia lebih tua dari dulu. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Consultant Specialist in Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Marathon Runner
Baca lagidosa sis kalau gugurkan dengan sengaja. kecuali kalau dengan teruskan pregnancy tu, membahayakan nyawa sis atau anak. tak apa tu rezeki. first, sis bertenang dulu, bersyukur banyak2 selawat banyak2. nanti sis check up, doktor akan check luka csec sis haritu, luar dalam. dia akan nak tengok report kandungan (buku pink) dan report kelahiran baby sebelum ni (report operation). kalau doktor kata luka semua elok etc, dia akan advise sis untuk teruskan kandungan dan offer for vbac. kalau tak berapa cantik, dia tak offer vbac, dia akan terus aturkan supaya sis bersalin nanti csec juga. sis akan dalam pemerhatian doktor selalu, jangan risau tak ada bahaya untuk teruskan pregnancy tu sampai cukup bulan pun. kes2 uterine rupture selalunya berlaku waktu nak bersalin, sebab tu kalau perlu repeat csec, dia akan suruh csec.
Baca lagiyakin dgn percaturan Allah. jga kesihatan jgn stress.. n jaga betul2 kt czer.. sy pn czer,, ank bru masuk 7buln klau xsilp,, tahu2 double line 😅. Alhamdulillah bwk kndungn nk masuk 7buln dh,, ank pertama nk masuk setahun... Alhamdulillah Allah permudhkn semua nya,, alahan pn masa awl2 jee, tu pn alahan xleh baru tumisan n mlas sgla bnda 😪. klau awk xde sakt2 kt czer @ masalah ape2,, insyaallah baik2 jee semuanya... Alhamdulillah sy n kandungan baik2... buln 1 jumpa pakar utk confirmkn bleh brsalin normal @ x. doakn sy dpt bersalin normal la plk ank kedua ni 😊
Baca lagibg pandangan sy.. mgkin sis tu terlalu risau or takut sbb bru 7bulan lps czer kan.. tiba2 lekat lg..bkn niat dia nk gugurkan.. yg sy fhm ayat di atas tu bila czer bru 7bulankn ada risiko ke preggy yg ni.. tu yg tnya kena gugurkan ke jika ada risiko?.. dia hanya tnya pandangan kt sini dlu jika2 yg blh tahu solution nya sblm g klinik or hosp..xknla suka2 dia nk gugurkan mcmtu je..mestila dia risau tkut apa2 jd.. jgnla selalu pikir negatif bila sebut je “gugur” ckp nk bunuh anak sndiri..
Baca lagiAllahurabbi sis tlg lah jgn nak gugurkan kandungan...sy Masih TTC nak sgt² zuriat...bila tgk org upt positive Rasa Tumpang gembira sgt²....sis kena yakin rezeki Allah beri mesti Ada hikmah...kena yakin bahawa anak Tu pemberi rezeki buat sis...Nk xnk sis kena redha...gugurkan Tu berdosa besar sis..baby dlm Tu xbersalah malah dia xtau ape² Pon...hrp sis bnyk² sbr Dan tawakal...semoga Allah permudahkan segala urusan sis okay...☺️😊
Baca lagiHi sis. cadangan saya, boleh ke klinik swasta dulu utk buat scan, confirmkan either pregnant ke tak. takut juga result test tu dipengaruhi oleh hormon kita semasa tak stabil. so if pregnant, baru ambil langkah seterusnya. if tak pregnant, then it's okay. apa2pun keputusan, samaada pregnant atau tak sis kena percaya, Allah bagi pada waktu yang tepat, tak cepat, tak lambat. dan Allah beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu🥰
Baca lagitahniah puan. 3 bulan tak period tu kandungan boleh jadi dah 12w+-. segera check klinik utk tgk keadaan baby. then terus call kk utk buka buku pink. stop makan ubat tu tau. nnt mention u ada ambil perancang tu. jgn risau la sis inshallah kesihatan u and baby akan diutamakan. ikut nasihat doctor . jaga kesihatan fizikal and mental. ramai dah ibu2 dah berjaya . u pun mesti boleh. all the best ❤️
Baca lagiSis buang jauh2 tentang 'gugurkan' tu ye .. inshaaallah anak pembawa rezeki, sepanjang pregnancy Allah akan angkat darjat kita inshaAllah. Rezeki anak sudah ada Allah aturkan. Saya tak tahu nak buat apa sebab saya pun masih belum dikurniakan anak lagi .. skrg pun masih threaten pregnancy :') harap2 ibu lain yg dalam ni boleh membantu sis .
Baca lagitahniah mommy .saya faham perasaan awak..papepun awak kena teruskan n kena buat buku pink..Dr yg akan pantau awak..saya pun makan pil perancang+condom..kalau datang bulan lmbt sikit je MMG saya risau . alhamdulillah datang bulan saya teratur setakat ni..saya doakan semoga dipermudahkan urusan awak ya..❤️
Baca lagiBerserah pada Allah je dear.. benda dah jadi xleh nk undur. Pasti ada hikmah. Laluinya saja dgn tenang dan sabar ya. Awk pun dah usaha mkn pil perancang tp kun fayakun nk jd jugak so xleh nk salahkan sesiapa sbb hakikatnya mmg dtg nya dari Allah. Just berdoa semoga semuanya dipermudahkan ok. No need to worry much 😊
Baca lagi
Excited to become a mum