Kawal emosi semasa mengandung

Hi mommies. Kandungan sy dah 12 minggu dan ni anak pertama utk sy dan suami. Dari sebelum sy tahu sy mengandung sampai hari ni sy sentiasa emosi. Selalu sangat terasa hati. Lagi2 dengan suami sy. Kdg2 dia xfaham perasaan kita bila perlukan perhatian dr dia. Suka malukan sy dkt family dia kata "sentap" kat sy. Sbb sy mudah terasa. Lepas tu bila sy tanya kdg2 tinggi suara kt sy. Bila sy bercakap kdg2 dia xdgr pun. Bila dia tgk tv, sy wajib layan cerita yg dia tgk. Tp bila sy tgh tgk cerita sy mst dia suruh tukar citer lain sbb dia xnk tgk citer tu. Semua benda sy je nk kene ikut dan faham dia. Tp dia xpernah nak cuba faham apa yg sy nak. Mcm tu juga dgn kerja. Sy xbekerja dr sblm kahwin. Sbb lps study sy masih xdpt kerja. Then lps kahwin dia pnh ckp xkisah kalau sy xkerja. Buat dropship pun xape. Janji sy boleh guna duit tu utk sy. Tp skrg dia mcm mendesak sy utk kerja. N baru2 ni dia terlepas ckp utk cover belanja rumah. Sbb dia bnyk hutang. So gaji dia mmg bnyk habis kt bayar hutang. Entah laa... kdg2 terasa mcm kahwin egn suami ni sbb dia nk sy cover belanja bulanan dia. Entah laa

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sabar ye sis. Jangan stress² ye. Stress boleh buat keguguran. Sbb sy pernah keguguran masa kandungan ke 3. Bukan stress sbb suami,tapi sbb mertua. Alhamdulillah,sekarang mengandung anak ke 3,kandungan ke 4. Sis jaga emosi,jaga kesihatan ye. Masa mengandung ni mmg kita mudah sensitif. Saya teringat lagi masa mula² lom tahu sy mengandung,sy teringin sangat nak makan ayam gunting. Mintak suami carikan,dia pi cari. Tapi kedai tu plak asal dtg je tutup. Mungkin suami dah penat pusing² cari tak ada,dia ada lah termarah sy² diam je masuk bilik. Nangis. Kalau ingat balik rasa kelakar plak 🤭. Bila dia sedar yg dia dah termarah saya,cepat² lah dia slowkan nada suara tu nak memujuk. Bab nafkah,suami mmg penah culas gak dulu. Tu pun sbb saya rasa dia terikut² kawan. Tapi Alhamdulillah,sekarang dah tak. Semua keperluan saya dan anak² dia cukupkan. Saya ambil masa 6 tahun sis untuk tunggu dia berubah. Kesabaran,usaha,dan doa saya nampaknya tak sia². Saya cari kat YouTube,dengar ceramah² agama. Belajar mcm mana cara nak tambat hati suami,nak bagi suami lembut hati tak midah marah². Bila saya solat,dalam suh judut terakhir saya suka selitkan doa ni," Ya Allah,aku serahkan hidupku matiku pada mu,aku serahkan suami ku dan anak² ku untuk kau atur perjalanan hidup kami. Sesungguhnya,engkaulah sebaik² perancang hidup kami" Bila masak,saya baca zikir/selawat. Bila buatkan suami dan anak² air,saya baca Ya Latif dan tiup kat air mereka. semoga lembut hati insan² yg saya sayang. Bila mereka tidur pun saya buat mcm tu. Kadang pura² elus² rambut suami,tapi sebenarnya saya baca Ya Latif tu astu tiup kat umbun² dia. Te gah berjalan blakang dia pun sy buat. Tu lah usaha saya sis. Semua tu saya belajar dari ceramah² agama yg sy tengok kat YouTube. Bila suami tegur/marah saya lebih suka diam. Sbb saya takut kalau menjawab nanti dia pukul saya ke. Tapi mmg dia tak penah pun naik tangan kat saya. Saya diam je lah. Sbb saya hormat dia sebagai suami. Alhamdulillah sangat,bila kita serahkan jalan hidup kita untuk Allah aturkan,saya rasa hidup saya lebih tenang. Bila ada masa terluang,saya mengaji. Suami nampak semua tu,sedikit² dia pun ikut berubah. dulu,saya selalu salahkan dia. Tapi sebenarnya saya pun ada salahnya juga. Saya anggap Allah beri teguran tu dari suami saya. Jadi saya usaha untuk berubah sedikit demi sedikit ke arah yg lebih baik. Benarlah apa yg ustazah/ustaz cakap. Bila kita jaga hubungan kita dgn Allah² jaga hubungan kita dgn manusia. Saya doakan,sis sabar ye. Tabah dgn ujian Allah. Kita cuba cari kat mana silapnya. Cuba sentiasa perbaiki diri untuk menjadi insan yg lebih baik dari diri kita yg dulu. Sentiasa muhasabah diri. Sekarang saya ikhlas terima kekurangan pasangan saya. Semoga rumahtangga kita semua,bahagia sampai ke Jannah..Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻❤️

Baca lagi