Kawal emosi semasa mengandung

Hi mommies. Kandungan sy dah 12 minggu dan ni anak pertama utk sy dan suami. Dari sebelum sy tahu sy mengandung sampai hari ni sy sentiasa emosi. Selalu sangat terasa hati. Lagi2 dengan suami sy. Kdg2 dia xfaham perasaan kita bila perlukan perhatian dr dia. Suka malukan sy dkt family dia kata "sentap" kat sy. Sbb sy mudah terasa. Lepas tu bila sy tanya kdg2 tinggi suara kt sy. Bila sy bercakap kdg2 dia xdgr pun. Bila dia tgk tv, sy wajib layan cerita yg dia tgk. Tp bila sy tgh tgk cerita sy mst dia suruh tukar citer lain sbb dia xnk tgk citer tu. Semua benda sy je nk kene ikut dan faham dia. Tp dia xpernah nak cuba faham apa yg sy nak. Mcm tu juga dgn kerja. Sy xbekerja dr sblm kahwin. Sbb lps study sy masih xdpt kerja. Then lps kahwin dia pnh ckp xkisah kalau sy xkerja. Buat dropship pun xape. Janji sy boleh guna duit tu utk sy. Tp skrg dia mcm mendesak sy utk kerja. N baru2 ni dia terlepas ckp utk cover belanja rumah. Sbb dia bnyk hutang. So gaji dia mmg bnyk habis kt bayar hutang. Entah laa... kdg2 terasa mcm kahwin egn suami ni sbb dia nk sy cover belanja bulanan dia. Entah laa

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

moga sis tabah, jangan stress2 sebab awk tengah hamil. lepas ni jangan tambah anak lagi . tunggu kewangan stabil dulu .bagitau suami awak . untuk buat family planning. memang sekarang ni ekonomi tak okay, gaji pun kadang2 kena potong sebab ada sesetengah company tak dapat bayar gaji full. harga makanan pun makin naik dan lain2. mungkin suami awak stress ..dia tak maksud nak cakap bukan2 kat awak ..mungkin ...lagi2 bila nak ada anak ni lagi banyak duit nak keluar ..sedangkan suami awak mungkin tak tau ..anak ni juga salah satu pintu rezeki..mana tau inshaaAllah rezeki makin murah bila ada anak..bila tak mengungkit..bila ikhlas . kalau dia betul paham..dia tau awk tengah berbadan dua ..dia takkan suruh awak kerja ..sebab susah kot orang nak terima wanita hamil kerja .kalau dari sebelum hamil kerja mungkin ya senang dapat kerja...sepatutnya suami awk la kena kerja kuat lagi .buat part time untuk tambah duit..bukan masalah awak pun .dia yang berhutang...memang tanggungjawab dia pun ..tanggung semuanya. paling tak suka juga yang suka sakit kan hati kita depan family. saya tak pernah kena pun saya boleh dapat rasa apa awak rasa. mungkin dia stress tapi itu bukan lesen untuk malukan awak.saya rasa lepas bersalin ni awak tau apa patut awk buat ..lelaki sepatutnya melindungi.bukan nya mendera emosi. lagipun semua 100% bawah tanggungjawab suami .kalau awk kerja awak taknak tolong suami awak pun takpe .sekiranya awak nak tolong pun kira ihsan. selagi awk boleh slowtalk ..awk slowtalk untuk dia ubah perangai dia ..suruh dia dekat diri dengan Allah .banyak dengar ceramah agama..dan bincang apa patut untuk awak tolong dia semampu awak..kalau dia tak boleh ditegur ..awak saja2 pasang ceramah ke bagi dia dengar sekali ...awk juga banyak kan solat doa kat Allah supaya suami awk berubah.banyak kan baca Alquran..untuk tenang kan hati awk .. Awak je lebih kenal suami awak macam mana..selagi ada nafkah zahir wang ringgit untuk beli makanan untuk awak masak ..awk taat .kalau dia stress,marah ke .awak diam je .awk dengar je ..kalau awk balas pun bukan dapat apa2 pun sekarang..tolong je apa yang patut kat rumah, masak, buat kan bekal untuk cut cost.kemas2 sikit umah kalau larat untuk lapang kan pikiran suami awak.. kalau sampai angkat tangan ..dera ..jangan diam kan diri .cuma nak bagitau ..penderaan mental/mendera emosi pun salah satu bentuk penderaan jugak .boleh kena dakwa. try juga apply2 kerja ..mana tau ada yang perlu kan part time atau apa apa je ..dapat gaji simpan .. dapat duit dropship.. simpan..untuk emergency .. *minta maaf la awk ..saya memang geram laki2 yang macam ni .. ada dengar ayat nafkah batin ni bukan maksud lepas nak jimak je .kira jimak je nafkah batin.lain kali belajar dulu apa tu nafkah batin sebelum nak kahwin. nafkah batin tu luas maksud nya..seperti cakap baik2 kat isteri ..sayang isteri..hormat isteri..melindungi isteri..dan lain lain.. kalau semua tu masih tak lepas .baik tak payah kahwin .. moga Allah selalu lindungi awk ,Aamiin

Baca lagi