Berita Kehamilan

Mommies, jom kongsi pengalaman anda beritahu suami selepas disahkan positif ujian upt!

Berita Kehamilan
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy dah kawin dekat 2 tahun. Nk kata give up tu tak lah. Tapi selalu kecewa bila tengok kawan2 yang kahwin lagi lambat drpd sy, dah ada bby. Smpai suatu masa sy ngis dekat suami, ckp sy nk bby sgt2. Kalau tengok ada berita org buang bby, mesti sy ckp, bg kat sy la. Sampaikan suami tanya, nak ke kalau baby angkat? Sy ckp nak. Masa tu sy dgn suami takde ikhtiar ape2 lg. Just bersama mcm biasa. Sbb masing2 dah decide, by the end 2019 kalau tak pregnant lg baru nk check doctor, nak TTC betul2. Period sy tak teratur, tambahan sy suami isteri badan besar. BMI overweight. Dulu kalau period lewat mesti check. Excited. Tp hampa. Sampai satu tahap mcm taknak check dah. Dari bulan 3 tak period, sampai lepas raya, tak period2 lagi. Takde tanda pregnant pun. Dalam kepala duk ingat mcm biasa la lambat period. Sampai lah suatu hari tu terdetik dalam hati rasa mcm nak check sangat2. Sy senyap2 beli upt dan check. Naik 2 line, terus sy bgtau suami. Bersyukurnya rasa. Tp still x percaya sampai try banyak2 kali. Ada lah lebih dr 5 upt kot. Rupanya sy dah pregnant lebih 2 bulan.

Baca lagi