JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
Mommies, jangan ketinggalan untuk berpeluang menang t botol bayi yang eksklusif ini. Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438
Hai mommies ! Saya nak share resepi yang selalu saya buat untuk family saya.. resepi pencuci mulut yang sangat² simple 😘 ROTI PUTIH 5-6KEPING TELUR 1BIJI ASEN VANILLA (1SUDU KECIL) FRESH MILK (1KOTAK KECIL) Hanya perlu blender kesemua bahan di atas.. Kukus selama 40-45minit (cucuk lidi untuk lihat dalam dah masak atau belum) kemudian sejukkan dalam peti dan selamat menikmati 🥰 Jika nak buat untuk ramai orang boleh gandakan bahan.. resepi ni untuk 1org dewasa makan.. insya allah, yang tua & yang muda akan suka.. semoga segala urusan kita semua dipermudahkan 🤲🥰
Baca lagipencuci mulut yg saya buat sesuai dengan semua peringkat umur 🥰 saya suka buat smoothies ❤️ boleh ditukar juga dgn pelbagai buah. tetapi favaurite saya ialah mango smoothies 🥰 Bahan-bahan: susu full cream/fresh milk yogurt kurma mangga beku kan lapisan pertama iaitu susu full cream. separuh lg beku kan dlm bekas lain (utk dihancurkan) kemudian, potong buah mangga campur dgn kurma dan yogurt. kacau sebati setelah itu tuang kan di atas lapisan susu yang telah di beku kan tadi. kemudian susu beku yg lg 1 utk di hancur tabur atas lapisan buah mangga. ok siap ✌🏻
Baca lagipencuci mulut yg selalu sy hidangkan ialah: a) salad buah-buahan spt epal merah, epal hijau, betik, jambu batu Dan tembikai (wajib Ada dlm Stok peti sejuk) yg dipotong dadu kemudian digaulkn dgn mayonnaise, kacang tanah yg siap diblender halus & daun salad carik😉 b) bebola jemput-jemput yg diadun dgn tepung gandum, air panas & sedikit garam yg digaul bersama ikan bilis, lobak merah yg dcincang kasar, sedikit bawang besar/merah & kentang yg dipotong dadu kecil kemudian dgoreng dlm minyak panas yg dbentukkan bulat dgn air tangan sendiri 😅
Baca lagiKek Coklat Kukus buatan sendiri. ank n husband suka. Kek Coklat Kukus Bahan² Sukatan Cawan - 3 Biji Telur - 3/4 Cawan Gula Mixed smpi Kembang - 1 cubit garam - 1 sm Soda Bikabonat - 1/2 cawan susu - 1 cawan minyak Mixed smpi sebati - 1 1/4 cawan tepung - 1 cawan koko - Kacau smpi sebati - 1 cawan air panas Kacau sebati dan kukus 40 minit TOPPING - 1/2 cwn susu pekat - 1/2 cwn serbuk koko - 1/4 cwn susu cair - 2 sdb butter/majerin/minyak masak Masukkan dalam periuk Masakkan atas api kecil hingga berkilat dan pekat
Baca lagiMango Yogurt Nata De CoCo Ringkas, mudah & sedap sangat sesuai untuk seisi keluarga ❤️ Bahan-bahan: • 1 kotak kecil minuman yogurt mangga (Yeo's) • Beberapa ketul ais • Beberapa ketul nata de coco (perisa mangga) • 3 hiris isi buah mangga (di kisar kasar,guna chopper) Langkah: • Tuangkan air yogurt mangga ke dalam gelas..letakkan ais.. • Kisar kasar hirisan isi buah mangga..kemudian masukkan ke dalam gelas..kacau perlahan • Dan masukkan beberapa nata de coco.. Siap untuk di hidangkan Selamat mencuba! ✨
Baca lagiSaya tak tau apa nama biskut ni.. 1pek biskut marrie kosong Susu pekat manis Serbuk koko Milo Topping ikut suka Cara2: 1. Hancurkan biskut sehancur-hancurnya 2. Tambah serbuk koko dan milo (ikut citarasa masing2) 3. Tambah susu pekat.. gaul sebati, biasanya dia xlekat kat tangan.. 4. Dah boleh gentel bulat2.. kalau nak letak topping sy lebih suka buat macam inti, letak kt dalam.. kalau rasa nk lagi cantik boleh letak dalam cup kuih raya tu, dan letak topping atas dia.. 5. Sejukkan dlm peti.. 1/2jam pun dh boleh makan😍
Baca lagiresipi pau gebu 1 paket yis 2 sudu besar susu 2 sudu besar gula minyak masak 3/4 cawan baking powder 1 sudu tepung gandum stengah kilo air suam bancur air suam, susu,gula n yis bekas laki masuk kan tepung,minyak n baking powder bila yis tadi da kembang boleh la masuk kan kedalam tepung...gaul n uli sehingga menjadi doh...tutup dan biarkan setengah jam... bila doh dah naik,tumbuk2 kan die biar angin keluar,dan boleh la dibentukkan dan di masukkan inti pau...boleh la kukus 8minit... #uli lama utk mendapatkan kelembutan
Baca lagiresepi pengat nangka bahan- bahan santan 1 kotak gula perang/nise kelapa (secukup manis) suka manis bole letak extra sagu segenggam ( rendam sekejap) buah nangka masak (dipotong ) daun pandan 1 helai cara-cara masukkan santan ke dalam periuk panaskan api perlahan dan letak daun pandan kenudian masukkan nangka dan masukkan gula perang/ nise kelapa secukup manis kacau jangan biarkan last masukkan sagu yg dah direndam dan kacaukan sehingga sagu masak kemudian, tutup api dan bolehla dihidangkan selamat mencuba gais!
Baca lagiSaya selalu buat puding laici berkuah sebagai pencuci mulut. Bahan² > 10 gram serbuk agar² > 8 cawan air > 1 ¾ cawan gula pasir > 1 tin susu cair > 2 tin laici Cara² 1. Masak air dan gula sehingga laut. 2. Masukkan serbuk agar² dan ½ tin air laici. Kacau sehingga mendidih dan masukkan susu cair. Biarkan ia mendidih dan padamkan api. 3. Tuangkan larutan puding ke bekas yg sesuai. 4. Bila dah mengeras. Taburkan buah laici yang dicarik-carik atas puding. 5. Dah sejuk masukkan dalam peti ais. Selamat mencuba.
Baca lagiSy suka buat coktail tanpa susu ganti kan air kelpa ..pd yg x minum susu tu boleh lah cuba kan bahan - bahan 1paket agr2 tali lebih kan air sbb nak buat agr2 jdi MCM July 2 biji air kelpa muda ambil isinya sekali 1tin laici 1tin buah buahan campuran gula (ikut kemanisan masing2 ) cara2 rebus agar2 dan gula .. letk daun pandan , kemudian tapis dan sejuk kan bila agar2 dah sejuk tu kacau2 campur buah - buahn dlm tin tu + air kelapa tdi + ais .. fuh nikmat nye minum leps berbuka .... cuba taw 😘
Baca lagi