135 Balas

VIP Member

Hi 👋🏻 Salam Sejahtera Warga theAsinparent Malaysia 🇲🇾 Hari ni saya nak share 1 resepi pencuci mulut yang ringkas & mudah untuk seisi keluarga makan 🥰. MENU RINGKAS UNTUK SEISI KELUARGA SAYA : TIRAMITSU PUDING KASTARD 🍮✨ 🍮🥛 BAHAN - BAHAN : 📌 1 tin susu pekat 📌 1 tin susu cair 📌 3 sudu makan gula 📌 11 sudu makan tepung kastad 📌 Air (sukatan sebanyak 5 tin susu) 📌 Biskut marie perisa kopi 📌 Milo 📌 Garam 🍴 CARA PENYEDIAAN : 📌 Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastad, air, gula dan garam dalam 1 periuk. Kacau sebati. 📌 Kemudian, kacau bahan tadi sampai pekat dan berkilat atas api sederhana. 📌 Masukkan aduan tadi secara lapisan. Lapisan pertama, aduan kastad. 📌 Tabur milo kemudian biskut marie. 📌 Lapiskan biskut marie dengan adunan kastad dan tabur milo. 📌 Simpan dalam peti sejuk semalaman. Info: Boleh kurangkan kepekatan sedikit jika mahu! 😍 SELAMAT MENCUBA SEMUA ‼️ #theAsianparentmalaysia #resepiringkas #forfamily #heorshe

Resipi puding karamel kegemaran keluarga saya 🥰 Bahan-bahannya:  Karamel  5 sudu gula Puding 400ml / 1 tin susu cair 3 biji telur 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla Cara Membuatnya: Untuk Karamel - kuali guna kuali non stick. Masukkan gula. Kacau diatas api yang sederhana. Biarkan gula tersebut hingga bertukar menjadi perang. Kacau perlahan-perlahan. Setelah dapat warna gula yang diinginkan padamkan api. Jangan biar terlalu lama nanti gula jadi hitam & pahit. Biarkan gula sejuk. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Terpulang jika anda hendak guna loyang besar atau pun bekas kecil.  Untuk Puding - Dalam satu mangkuk, masukkan telur, susu cair, gula & esen vanilla.  Pukul/blend semua bahan hingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi.  Untuk memasak Puding Karamel:  Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Selamat mencuba.

Saya dh buat byk kali & konfem family mntk repeat. family & jiran2 semua kata sedap sampai dorang pun mintak resepi😆 jadi sy share kt sini ya! korang yg penggemar pandan kelapa wajib cuba mesti tak menyesal 😍😍 RESIPI BUKO PANDAN VERSI WINA (DESSERT DARI PHILIPPINES) 1.Agar2 perisa pandan beli paket yg 10g (cara buat slalunya ad tulis kt paket) *nak lagi sedap blh gantikan air masak dgn air kelapa ya 2.Whip cream 1liter 3.susu pekat 1½tin (rekemen brand gold coin) (Campur whip cream &susu pekat kacau sebati) Buh la pewarna hijau sikit bg naik seri, tknk bubuh pun tkpa hehe 4.Nata de coco 1bks beso* 5.Laici 1tin* 6.Jagung bkn creamy 1tin* yg (*) ats ni semua tapis buang air Isi kelapa shj (2bijik) Agar2 amik dri peti potong petak kecik2 guna pisau Pstu masuk je semua bahan tapis & agar² dlm bancuhan krim susu td. sejukkan dlm peti sejuk atau blh trus makan jgn lupa letak ais. Selamat Mencuba! makan sekali konfem nak lagi 😋😋 #resipidessert #heorshe #theasianparent

VIP Member

SALAM SEJAHTERA WARGA THEASIANPARENTMALAYSIA , SAYA AKAN KONGSIKAN RESEPI PENCUCI MULUT YANG RINGKAS & MUDAH UNTUK SEISI KELUARGA 😍✨✅ MENU RESEPI PENCUCI MULUT SAYA : KASTAD TIRAMISU 🍮✨ 🥛 BAHAN - BAHAN ✅ 🍮 1 tin susu pekat 🍮 1 tin susu cair 🍮 3 sudu makan gula 🍮 11 sudu makan tepung kastad 🍮 Air (sukatan sebanyak 5 tin susu) 🍮 Biskut marie perisa kopi 🍮 Milo 🍮 Garam 🍴 CARA PENYEDIAAN : 📌 Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastad, air, gula dan garam dalam 1 periuk. Kacau sebati. 📌 Kemudian, kacau bahan tadi sampai pekat dan berkilat atas api sederhana. 📌 Masukkan aduan tadi secara lapisan. Lapisan pertama, aduan kastad. 📌 Tabur milo kemudian biskut marie. Lapiskan biskut marie dengan adunan kastad dan tabur milo. 📌 Simpan dalam peti sejuk semalaman. INFO : Boleh kurangkan kepekatan sedikit jika mommy mahu ☺️✨🍮✅ Selamat mencuba!

Tiramisu Truffle : 250 gm cream cheese Biskut marie coffee 1/2 tin susu pekat manis 7-10 sudu besar air Bekas tupperware 1 sudu kecil serbuk koko 1. Putarkan cream cheese sehingga kembang. 2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan & adjust rasa manis mengikut kesukaan anda), putarkan. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit, putarkan. (Pastikan bancuhan jangan terlalu pekat/cair) 4. Apabila bancuhan dah sebati, ketepikan. 5. Layerkan bancuhan cream cheese tadi bersama biskut marie coffee. (Turutan : bancuhan cream cheese, biskut, cream cheese, biskut, cream cheese sehingga bekas penuh) 6. Sudahkan layer terakhir dengan bancuhan cream cheese. 7. Taburkan serbuk koko dengan menggunakan penapis untuk mendapatkan hasil yg cantik. 8. Tutup bekas & sejukkan di dalam peti semalaman/ 5 jam. 9. Sedia untuk dinikmati ❤️ Semoga bermanfaat. Mudah untuk dibuat..Boleh tukar biskut coklat jika suka 😁

Saya nak share resepi yg sedap dan mudah ni utk semua team the Asianparent. Bahan-Bahan: 1) Mangga 2) Whipping Cream 3) Susu Pekat 4) Biskut Cara-cara : 1) Mula-mula potong dadu mangga. Ketepikan. 2) Dalam bekas pukul whipping cream sampai kental. 3) Tuang susu pekat dan kacau smpai sebati (tak perlu pukul). 4) Susun biskut dalam bekas yang beralas plastik. 5) Tuang sedkit campuran cream dan ratakan. 6) Tabur potongan mangga. 7) Susun lagi biskut di atasnya dan ulang semula step. Terpulang berapa layer yang nak dibuat. Untuk Bahagian Topping: 1. Tabur potongan manga pada lapisan cream yang terakhir dan terus bekukan. Atau, 2. Masak serbuk puding mangga ikut arahan pada kotak. Biarkan sejuk tapi jangan sampai beku. Tuang rata di atasnya. Atau, 3. Cairkn filling mangga (di kedai bakery ada jual) dan tuang atasnya. 4. Simpan di tempat beku 4-5 jam sebelum dipotong (lagi elok semalaman) Selamat mencuba !!

VIP Member

Resepi Pencuci mulut ringkas n simple yg selalu saya buat ialah 😊 Sagu gula melaka..Makan sejuk2 lagi sedap😋 Bahan-bahan:Sagu,Air,Gula melaka,Daun pandan,Susu cair,Pewarna. Cara-cara: Sagu direndam seketika bersama air sehingga kembang sikit. Kemudian cuci sagu sehingga air jernih. Masukkan sagu tadi ke dalam periuk dan masukkan air seinci dari paras sagu. Masak sagu atas api, kacau supaya sagu masak serata. Jika sagu sudah jertih tiada biji-biji putih, sagu sudah masak. Kaup sagu, masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang lebihan kanji yang mengembang semasa masak tu. Kemudian masukkan pewarna jika suka. Dan ketepikan. Cairkan gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan. Ketepikan. Untuk menghidang, masukkan gula melaka yang dicairkan tadi. Kemudian masukkan sagu berselang seli. Akhir sekali masukkan susu untuk dapatkan macam 3 layer tu.Siap!🥰😋  

sagu gula melaka@sagu mereput😬 sagu (tak kesah nak wane ape) gula melaka & gula putih susu sejat@santan pewarna tambahan ikut kesukaan(optional) garam sikit cara basuh sagu dan rendam 30minit rebus sagu hingga warna jernih lepastu bole letak pewarna kesukaan.. kemudian tapiskn sagu cuci dan ketepikan dulu.. untuk santan@susu terpulang nak masak atau taknak tapi saya suke masak bagi didih sikit, kalau santan saya masak sikit letak garam sikit bagi rasa lemak2. kalau susu taknak masak pun ok .. untuk gula pulak masak gula melaka letak air sikit nak manis lg tambah gula putih air xperlu banyak agak2 jee . api sederhana je jangan besar hangit nanti..masak sampaii nampak macam gula tu pekat .. lepas tu bole laa letak sagu dalam mangkuk bersama ais atau nak makan sejuk,bole simpan dalam peti semalaman . yang penting sejuk kan dulu yee sebelom masuk peti sejuk😊 soooo siap dihidangggg😬

Puding milo oreo mudah disediakan, sedap dan sesuai untuk semua lapisan umur 😊 Bahan-bahan : Oreo 1 paket Agar-agar tali 1 paket Susu cair 1 tin Air 4 cawan Gula pasir 1/2 cawan Milo 1 cawan Cara penyediaan : 1. Larutkan agar-agar dengan air atas api perlahan 2. Masukkan gula dan kacau lagi sampai gula larut dan sebati 3. Masukkan susu cair dan kacau sampai mendidih 4. Asingkan 2 cawan ke periuk lain untuk lapisan putih 5. Lebihan tadi masukkan milo dan kacau sehingga larut dan sebati 6. Apabila dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas 7. Bila layer milo dh keras, cakar2kan pakai garfu dan tuangkan semua adunan putih ke atas. Patahkan biskut oreo dan susun di atas layer putih 8. Akhir sekali masukkan baki adunan milo tadi. Apabila puding sudah suam masuk dalam peti sejuk Sangat sedap, banyak kali dah buat sebab sangat simple dan kegemaran family.

TapFluencer

Resepi campak2 🫢 Sagu gula melaka Bahan2:- Sagu putih 2 pek Pewarna merah Pewarna hijau Gula melaka Gula pasir biasa Susu cair 2 atau 3 tin Air Mangkuk dan bekas Cara:- 1. Rendam sagu 30 min 2. Masukkan sagu dalam periuk yang diisi air dan masak dgn api sederhana. (Tips utk sagu cantik bulat ketul2 jangan kacau) 3. Tapis di bawah laluan air dan kacau 4. Letak didalam 2 bekas berasingan 5. Bekas A letak kan pewarna hijau dan gaul dan biarkan 5 min 6. Bekas B letak kan pewarna hijau dan gaul dan biarkan 5 min 7. Masukkan dalam cawan, sagu yang dicampur warna (4 sudu diselang warna baru cantik) 8. Masukkan air gula melaka (yg dipanaskan di atas api dgn canpuran gula -telah disejukkan baru masuk dlm bekas) 9. Tambah susu cair dalam cawan tadi dan tambah sedikit air je supaya tak muak sgt 10. Biarkan dalam peti ais sekejap, lagi sejuk lagi sedap 11. Siap dan selamat menjamu selera

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan