Boleh bagi nasihat & kata semangat tak untuk saya ?

Hi mommies , boleh tak bagi kata2 semangat untuk saya . Saya hamil dah 15w tapi masih blom buka buku pink lagi . Sepanjang hamil saya tak ada makan asid folic ke apa tak ada . Sekarang ni saya mcm tekanan perasaan sbb fikirkan bby ni bukan saya tak bersyukur Allah bagi rezeki awal tapi dengan keadaan kewangan kami yang tersepit tiap bulan ni saya kesian pd suami fikir mcm mna nak survive smpai gaji bulan depan dengan kos hidup yang makin tinggi ni . Saya selalu nangis sbb saya fikir saya menyusahkan orang . Saya tak tahu nak bercerita pd siapa . Saya hanya mmpu pendam je . Tiap malam saya cuma luah pd bby saya minta maaf sbb keadaan ibuayah dia mcm ni ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ #firstmom #mentalbreakdown

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tiap malam awak luah pada baby? Maknanya awak sayang dia ๐Ÿ’“ Bila sayang mesti awak nakkan yang terbaik untuk diakan? Takpe puan, kita pun baru pertama kali jadi ibu, tak apa kalau gagal, kita masih ada peluang untuk sentiasa baiki. Awak pergi kk check up ya? Setakat ni banyak kk free je sekali bekalan ubat. Takpun awak boleh ke kk untuk tanya prosedur dulu. Takpun awak cuba pergi scan, mana tau dengan dengar degupan jantung baby, tengok kaki kecil baby tu menendang awak akan kembali ceria dan excited nak jumpa anak awak Saya faham awak, suami saya pun hanya tolong jadi pekerja pasar malam je, rumah masih menyewa, saya tak bekerja sejak pregnant, kena tanggung lagi dua orang adikadik saya sebab parents saya dah takde. Saya barang baby pun tak banyak yang beli, stroller, buai, puting semua tak beli, baju baby berapa helai je, beli yang penting dan utama je itu pun masih susah dan kadang kadang kesempitan juga duit tu. Tapi saya harap awak positif ye puan, susah sangat nak positif ni, saya pun kadangkadang gagal dan menangis juga. Tak apa, semoga dengan adanya zuriat, awak dan semua ibuibu lain lebih dilimpahkan rezeki. Pasal kesian pada suami, cuba tanya pada suami, dia happy tak nak ada anak. Dia seronok tak. Awak boleh cuba ajak dia samasama bercerita waktu malam sambil baring sebelum tidur tu. Awak tanya apa je yang terbuku dalam hati awak. InshaAllah suami awak pun akan samasama kongsi rasa dan buat yang terbaik untuk baby. Saya pernah buat, saya minta maaf dekat dia sebab tak dapat kerja bantu kewangan, saya minta maaf sebab kos scan saya mahal sebab swasta. Dia kata tu tanggungjawab dia, asalkan anak dia dan saya selamat. Dia tak kisah berpenat ke apa. Dia kata lagi, kalau dia taknak rasa penat buat apa dia kahwin dulu. Laki ni sejenis lurus juga awak, kalau dia rasa beban atau penat dari awal dia akan suruh buang atau taknak bertanggungjawab tau. Jadi, saya yakin dalam diam suami awak pun sedang berusaha cari duit demi keluarga awak. Awak terus bagi semangat juga pada suami, selalu ucap terima kasih dan puji dia. Yakin dengan suami, yakin dengan rezeki Allah, yakin dengan diri puan. Satu hari nanti inshaAllah baby awak itulah yang akan bantu awak di akhirat kelak. Dia lah yang akan terus mendoakan awak dan suami. Yang akan jadi seorang yang berguna dan dapat banggakan ibu ayahnya Awak seorang ibu yang kuat. Awak hebat sebab mampu bertahan sejauh ni. Jaga kesihatan awak demi baby, kesihatan awak dan baby juga salah satu rezeki & harta tau. Awak boleh! Sedih dan down boleh tapi jangan sampai ia menghalang masa depan awak ye ibu ๐ŸŒผ Saya harap dapatlah bantu naikkan semangat awak sikit ya Kalau awak rasa hal ni terlalu bagi tekanan pada awak, cari seseorang yang awak percaya untuk meluah atau pergi terus ke psikiatri, dekat kerajaan bayaran rm1-rm5 untuk sekali khidmat kaunseling. Jangan terlalu stress hingga memudaratkan diri awak. Kesian pada diri awak dan baby. Maaf ye kalau katakata saya ada mengguris hati. Yang mana awak rasa saya salah cakap, atau tak kena, awak buang dan abaikan je. Saya niat semoga dengan apa yang saya kongsi ni dapat bagi semangat pada seseorang dan menyelamatkan nyawa seseorang juga. InshaAllah. Saya pun sedang berjuang dengan depression jadi saya sedikit faham macam mana pentingnya katakata seseorang dalam hidup kita. Harap membantu dan maaf ye

Baca lagi
3y ago

๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜‡InsyaAllah semoga murah rezeki selalu buat kita..

oh dear.. paham perasaan awak tp please apa pun kita kena redha yakin dgn Allah bersangka baik dgn Allah.. anak tu rezeki.. masa sy tahu mengndung sy bru ditamatkan kontrak kerja.. nk cri kerja bukan senang yaa since kita mengndung bnyak company tanak terima.. sy dgn suami masing2 ada kreta nk kena byaq ada komitment nk kena tggung anak ada 2 0rg yg masing2 sedang mmbesar.. masa tu sy pikir2 jugak hasben pn sama dy risau taleh survive tp pikir arwah mak pernah ckp bersangka baik dgn Allah. bila pergi scan dngar jntung beby my hasben pling excited. syukur Alhamdulillah mmg hidup tak mewah mcm dlu tp atleast bulan2 rezeki sntiasa ada tak pernah tak ckup mkan.. sy buat part time duit part time smpan bli brang baby.. walaupun mcm2 dugaan Allhamdulillah we manage to through it..rezeki hasben pn dpt naik pangkat.. ni smua rezeki Allah nk bg.. kena ingt sis kita ni menumpang rezeki anak2 je.. jgn berkira soal duit dgn anak2 sbb apa yg kita dpt tu sbenarnya untuk anak2 kita ni menumpang rezeki diorg je.. sy pn smpai skrng kerja part time currently 37w6days. saja kerja selagi tak bersalin atleast ada lebih duit walaupun hasben sy dh sruh stop focus dlu nk bersalin.. Alhamdulillah hidup tak mewah tp sentiasa mencukupi. walaupun mcm2 dugaan masa mengndung ni tp Alhamdulillah smua masih terjaga.. bersyukur sis rezeki nk dpt anak.. biras sy dh 8 tahun kawen pn blum ada rezeki lg.. Bersangka baik dgn Allah.. aturan Allah tu hebat.

Baca lagi

๐›๐ฒ๐ค๐ค๐ง ๐ฌ๐š๐›๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐๐จ๐š ๐›๐ฒ๐ค2, ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐ค...๐ข๐ง๐ฌ๐ฒ๐š๐š๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐๐ ๐ซ ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ฒ๐  ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐ข...๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐ฆ๐ฆ๐  ๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐๐ข๐ค,๐š๐ค๐š๐ค ๐ฉ๐ซ๐ง๐ก ๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข...๐ก๐ฒ๐š ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐ฒ๐  ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ..๐ซ๐š๐ฌ๐š ๐ง๐ค ๐ง๐š๐ง๐ ๐ข๐ฌ,๐ฅ๐š๐ซ๐ข ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐š๐๐š,๐ญ๐ฉ๐ข ๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ฉ๐ค ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐›๐ž๐ง๐๐š ๐ญ๐ฎ ๐ฑ ๐๐ฉ๐ญ ๐š๐ฉ๐š..๐ฒ๐  ๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐  ๐š๐๐ข๐ค ๐ฃ๐ ๐š ๐๐ข๐ซ๐ข ,๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ง ๐›๐š๐›๐ฒ ๐๐ฅ๐ฆ ๐ค๐š๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ,๐ข๐ง๐ฌ๐ฒ๐š๐š๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐š๐๐š ๐ซ๐ž๐ณ๐ž๐ค๐ข ๐š๐ง๐š๐ค ๐ญ๐ฎ ๐ง๐ญ๐ข

Baca lagi

Maaf Sis kalau apa yg saya katakan ni membuatkan sis terasa hati. Tapi sis sebenarnya kena ingt bukan harta benda sahaja rezeki yg Allah bagi tapi rezeki ni ada pelbagai bentuk. Termasuk anak itu juga ada lah rezeki. Hidup serba x ckup xblh d jadikan alasan utk kita manusia utk risau dgn rezeki yg Allah nak bagi. Sebenarnya sis blh bantu suami utk cari income dari rumah dgn cara berniaga atu jdi agent asal rezeki tu berkat dan halal. Bila kita duk senyap hanya mengharapkan suami memang akn rasa serba x ckup lagi2 dgn keadaan skrg. Sya juga melalui benda yg sama mcm sis tapi saya x meratap kekurangan ni sebagai satu kesusahan buat kami suami isteri tapi ianya jadikan kami utk lebih bijak cari jalan penyelesaian mcm mn nk baiki ekonomi kami dan Alhamdulillah bila kita berusaha dan yakin dgn rezeki Allah, insyaAllah ada saja jalan utk kita keluar dari masalah lebih2 berkaitan dgn duit.

Baca lagi

hi awak, kesian saya pham perasaan awak sbb saya pon mcm tu masa awal awal dpt tahu preggy. sampai saya tahan rasa teringin nak sesuatu selagi perkara tu tak buat saya termimpi or menangis. tapi memang tak pernah bawak ke mimpi pon. pernah pon nangis je lah ๐Ÿ˜…. pape pon yakin lah anak tu pembawa rezeki. ingatkan suami jugak perkara yg sama. inshaallah ade lah rezeki nye nanti. jujur persediaan saya utk baby lahir memang penuh kekurangan beli mana yg bebetul penting je, set penjagaan pantang pon takde. alhamdulillah lepas baby lahir husband dpt keje lagi elok. sikit sikit dpt tambah keperluan baby lagi. tak lupe jugak bantuan dari family yg memahami walaupon kite tak mintak n ckp keadaan kite yg serba kekurangan. mungkin rezeki anakkan ade je yg bantu tanpa di minta.

Baca lagi

In shaa Allah sis... Fikir yg baik2 je... Sya dulu mse ank pertama pon sama mcm situasi sis...cumanye kita kene bersangka baik dgn perancangan Allah...walaupon kita rase tk bersedia nk ad ank sebb kewangan ekonomi tk stabil tpi percayalah.. Ank pembawa rezeki utk kita... Kuatkn semangat... Teruskan berdoa pade Allah... Yakin pada takdir Allah ni... Allah uji sebb Allah syg... Jaga kandungan n diri puan baik2 ye... Setiap mslah atau ujian in shaa Allah ad jalan keluarnye... Mohon dan minta pada Allah... Mengadu padeNye... In shaa Allah... Semoga dipermudahkan dan dilancarkan jihad puan mengandung hingga melahirkan dan dimurahkn rezeki puan sekeluarga... ๐Ÿ˜Š

Baca lagi

InsyaAllah ada hikmahnya awk dapat baby awal..mungkin ni masa yg terbaik utk awak dan suami. Boleh cuba solat tahajjud minta Allah limpahkan rezeki.. sy cadangkan awak cepat2 pg klinik kesihatan terdekat utk buat buku pink, nnti doc boleh bg folic acid atau suplement hamil dari klinik (tak perlu bayar)..dan awak boleh cerita awak selalu sedih dan stress pd doc, nanti dorg boleh rujuk awak ke kaunselor..mungkin kaunselor ada cara lain utk bantu keluarga awak.. Semoga Allah mudahkan urusan awak sekeluarga, jgn sedih2 mummy, nnti baby pun asyik nangis lps lahir kalau mummy selalu sedih je..kuatkan semangat tau

Baca lagi

haii dear.. jangan risauu.. InsyaAllah ada rezeki nanti tu๐Ÿฅฐ.. sy pun baru 15w.. btw sy dan suami tak bkerja tau sis..waktu mula covid melanda smpi skrg suami x dpt 1 kerja pun.. kami buat bsnes on9.. bohong la klau x stress๐Ÿ˜… kadang mngis juga.. sewa rumah kereta bil api air sume kmi bdua strunggle tak mintk tolong sesiapa sis..tp sy bsyukur bila dpt thu prgnt.. pasal rezeki jgn risau Allah dh aturkn utk kite..kite cuma usaha sahaja ๐Ÿฅฐberserah kpd Allah.. jaga baby baik2 jgn stress2..smoga sis dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkn rezekiii sentiasa hendaknyaโค๏ธ

Baca lagi

Puan, take things step by step. Buka buku pink dulu, check up dgn ambil supplement semua free. Baby ini sememangnya kurniaan yg tak ternilai. Yg paling penting sekarang ialah kesihatan sis dan baby dlm kandungan. Stress memang ade, tp cuba tenangkan hati dan berfikir yg positif. Diharap dgn hati yg tenang, sis boleh iktiharkan mcm mana dapat memperbaiki situasi kewangan. Jgn menyalahkan diri sbb Allah tau sis ni tabah dan dapat mengharungi dugaan ini. Demi keluarga, demi diri, demi babyโ€ฆ sis kena kuatkan semangat ๐Ÿ’—

Baca lagi
VIP Member

Sy faham. Sy pernah rasa, pernah terfikir rasa anak ni beban. Sy baru 11minggu. Alahan belum hilang. Sy tak dpt bkerja jd suami je yg kena tanggung semua. Sy mmg risau, suami sy berniaga air je tepi jalan ๐Ÿ˜ž tp dia selalu marah kalau sy asik mengeluh pasal anak, sy risaukan dia. Tp kitorang percaya pada rezeki. Sy cuma kena berjimat sy tak kisah dia tak bg duit belanja buat masa ni. Sy cuma boleh cakap, sabar & doa mintak rezeki suami diluaskan. Jgn stress2 tauu

Baca lagi