Boleh bagi nasihat & kata semangat tak untuk saya ?

Hi mommies , boleh tak bagi kata2 semangat untuk saya . Saya hamil dah 15w tapi masih blom buka buku pink lagi . Sepanjang hamil saya tak ada makan asid folic ke apa tak ada . Sekarang ni saya mcm tekanan perasaan sbb fikirkan bby ni bukan saya tak bersyukur Allah bagi rezeki awal tapi dengan keadaan kewangan kami yang tersepit tiap bulan ni saya kesian pd suami fikir mcm mna nak survive smpai gaji bulan depan dengan kos hidup yang makin tinggi ni . Saya selalu nangis sbb saya fikir saya menyusahkan orang . Saya tak tahu nak bercerita pd siapa . Saya hanya mmpu pendam je . Tiap malam saya cuma luah pd bby saya minta maaf sbb keadaan ibuayah dia mcm ni 😭😭 #firstmom #mentalbreakdown

28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sy faham. Sy pernah rasa, pernah terfikir rasa anak ni beban. Sy baru 11minggu. Alahan belum hilang. Sy tak dpt bkerja jd suami je yg kena tanggung semua. Sy mmg risau, suami sy berniaga air je tepi jalan 😞 tp dia selalu marah kalau sy asik mengeluh pasal anak, sy risaukan dia. Tp kitorang percaya pada rezeki. Sy cuma kena berjimat sy tak kisah dia tak bg duit belanja buat masa ni. Sy cuma boleh cakap, sabar & doa mintak rezeki suami diluaskan. Jgn stress2 tauu

Baca lagi