Boleh bagi nasihat & kata semangat tak untuk saya ?

Hi mommies , boleh tak bagi kata2 semangat untuk saya . Saya hamil dah 15w tapi masih blom buka buku pink lagi . Sepanjang hamil saya tak ada makan asid folic ke apa tak ada . Sekarang ni saya mcm tekanan perasaan sbb fikirkan bby ni bukan saya tak bersyukur Allah bagi rezeki awal tapi dengan keadaan kewangan kami yang tersepit tiap bulan ni saya kesian pd suami fikir mcm mna nak survive smpai gaji bulan depan dengan kos hidup yang makin tinggi ni . Saya selalu nangis sbb saya fikir saya menyusahkan orang . Saya tak tahu nak bercerita pd siapa . Saya hanya mmpu pendam je . Tiap malam saya cuma luah pd bby saya minta maaf sbb keadaan ibuayah dia mcm ni 😭😭 #firstmom #mentalbreakdown

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Maaf Sis kalau apa yg saya katakan ni membuatkan sis terasa hati. Tapi sis sebenarnya kena ingt bukan harta benda sahaja rezeki yg Allah bagi tapi rezeki ni ada pelbagai bentuk. Termasuk anak itu juga ada lah rezeki. Hidup serba x ckup xblh d jadikan alasan utk kita manusia utk risau dgn rezeki yg Allah nak bagi. Sebenarnya sis blh bantu suami utk cari income dari rumah dgn cara berniaga atu jdi agent asal rezeki tu berkat dan halal. Bila kita duk senyap hanya mengharapkan suami memang akn rasa serba x ckup lagi2 dgn keadaan skrg. Sya juga melalui benda yg sama mcm sis tapi saya x meratap kekurangan ni sebagai satu kesusahan buat kami suami isteri tapi ianya jadikan kami utk lebih bijak cari jalan penyelesaian mcm mn nk baiki ekonomi kami dan Alhamdulillah bila kita berusaha dan yakin dgn rezeki Allah, insyaAllah ada saja jalan utk kita keluar dari masalah lebih2 berkaitan dgn duit.

Baca lagi