Tiap malam awak luah pada baby? Maknanya awak sayang dia 💓 Bila sayang mesti awak nakkan yang terbaik untuk diakan? Takpe puan, kita pun baru pertama kali jadi ibu, tak apa kalau gagal, kita masih ada peluang untuk sentiasa baiki. Awak pergi kk check up ya? Setakat ni banyak kk free je sekali bekalan ubat. Takpun awak boleh ke kk untuk tanya prosedur dulu. Takpun awak cuba pergi scan, mana tau dengan dengar degupan jantung baby, tengok kaki kecil baby tu menendang awak akan kembali ceria dan excited nak jumpa anak awak
Saya faham awak, suami saya pun hanya tolong jadi pekerja pasar malam je, rumah masih menyewa, saya tak bekerja sejak pregnant, kena tanggung lagi dua orang adikadik saya sebab parents saya dah takde.
Saya barang baby pun tak banyak yang beli, stroller, buai, puting semua tak beli, baju baby berapa helai je, beli yang penting dan utama je itu pun masih susah dan kadang kadang kesempitan juga duit tu.
Tapi saya harap awak positif ye puan, susah sangat nak positif ni, saya pun kadangkadang gagal dan menangis juga. Tak apa, semoga dengan adanya zuriat, awak dan semua ibuibu lain lebih dilimpahkan rezeki.
Pasal kesian pada suami, cuba tanya pada suami, dia happy tak nak ada anak. Dia seronok tak. Awak boleh cuba ajak dia samasama bercerita waktu malam sambil baring sebelum tidur tu. Awak tanya apa je yang terbuku dalam hati awak. InshaAllah suami awak pun akan samasama kongsi rasa dan buat yang terbaik untuk baby. Saya pernah buat, saya minta maaf dekat dia sebab tak dapat kerja bantu kewangan, saya minta maaf sebab kos scan saya mahal sebab swasta. Dia kata tu tanggungjawab dia, asalkan anak dia dan saya selamat. Dia tak kisah berpenat ke apa. Dia kata lagi, kalau dia taknak rasa penat buat apa dia kahwin dulu. Laki ni sejenis lurus juga awak, kalau dia rasa beban atau penat dari awal dia akan suruh buang atau taknak bertanggungjawab tau. Jadi, saya yakin dalam diam suami awak pun sedang berusaha cari duit demi keluarga awak. Awak terus bagi semangat juga pada suami, selalu ucap terima kasih dan puji dia. Yakin dengan suami, yakin dengan rezeki Allah, yakin dengan diri puan.
Satu hari nanti inshaAllah baby awak itulah yang akan bantu awak di akhirat kelak. Dia lah yang akan terus mendoakan awak dan suami. Yang akan jadi seorang yang berguna dan dapat banggakan ibu ayahnya
Awak seorang ibu yang kuat. Awak hebat sebab mampu bertahan sejauh ni. Jaga kesihatan awak demi baby, kesihatan awak dan baby juga salah satu rezeki & harta tau. Awak boleh! Sedih dan down boleh tapi jangan sampai ia menghalang masa depan awak ye ibu 🌼 Saya harap dapatlah bantu naikkan semangat awak sikit ya
Kalau awak rasa hal ni terlalu bagi tekanan pada awak, cari seseorang yang awak percaya untuk meluah atau pergi terus ke psikiatri, dekat kerajaan bayaran rm1-rm5 untuk sekali khidmat kaunseling. Jangan terlalu stress hingga memudaratkan diri awak. Kesian pada diri awak dan baby.
Maaf ye kalau katakata saya ada mengguris hati. Yang mana awak rasa saya salah cakap, atau tak kena, awak buang dan abaikan je. Saya niat semoga dengan apa yang saya kongsi ni dapat bagi semangat pada seseorang dan menyelamatkan nyawa seseorang juga. InshaAllah. Saya pun sedang berjuang dengan depression jadi saya sedikit faham macam mana pentingnya katakata seseorang dalam hidup kita. Harap membantu dan maaf ye
Baca lagi