Boleh bagi nasihat & kata semangat tak untuk saya ?

Hi mommies , boleh tak bagi kata2 semangat untuk saya . Saya hamil dah 15w tapi masih blom buka buku pink lagi . Sepanjang hamil saya tak ada makan asid folic ke apa tak ada . Sekarang ni saya mcm tekanan perasaan sbb fikirkan bby ni bukan saya tak bersyukur Allah bagi rezeki awal tapi dengan keadaan kewangan kami yang tersepit tiap bulan ni saya kesian pd suami fikir mcm mna nak survive smpai gaji bulan depan dengan kos hidup yang makin tinggi ni . Saya selalu nangis sbb saya fikir saya menyusahkan orang . Saya tak tahu nak bercerita pd siapa . Saya hanya mmpu pendam je . Tiap malam saya cuma luah pd bby saya minta maaf sbb keadaan ibuayah dia mcm ni 😭😭 #firstmom #mentalbreakdown

28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hii assalammualaikum. Bawa bersabar ye sis, saya dengan suami pun ada masalah sedikit dengan kewangan. Saya tak kerja sebab tak larat kerja sejak mengandung. Suami je kerja grab, hari hari risaukan keadaan dia. Tapi sepanjang mengandung ni, selalu anggap ini rezeki dan amanah Allah. InsyaAllah, allah tahu awak dan suami mampu. Kadang ada suami mengeluh kurang duit, kena pandai pujuk dia tenangkan dia. Semoga sis sekeluarga dimurahkan rezeki insyaAllah amin 💕

Baca lagi

in sya allah setiap anak ada rezekinya.. jgn terlalu stress berjalan shja kehidupan ikut kemampuan. mengadu dgn allah , mintak dgn allah, in sya allah puan akan lebih tenang. pergi buat buku, nanty misi akan bekalkan ubat utk puan..percuma shja. mungkin jika nak guna duit pon utk sahkan kehamilan di klinik kesihatan dalam rm30, jika bernasib baik percuma shja. moga allah mudahkan urusan puan dan suami, dimurahkan rezeki puan sekeluarga. ameen

Baca lagi

Puan, sya thu bkn mudah apa yg puan lalui. x semudah ungkapkan perkataan sabar. Tapi, cba puan doa bnyk2 sambil doa tu, puan tukarkan fikiran dari fikir anak ni beban kepada anak ni punca rezeki. Mmg akan mengalir rezeki. Puan kena redha , ni rezeki utk puan. Puan buka buku pink dlu ya. Kesian anak. insyaAllah kalau puan yakin, akan mengalir rezeki anak nnti 🥰 sya doakan puan kuat ya. dan suami isteri dimurahkan rezeki

Baca lagi

jgn mcm tu sis. anak tu rezeki .. inshallah doa yg baik2.. bukak je buku pink. bukak buku dgn checkup tk payah bayar free je . doa baik2 pkr baik2.. sye mule2 pon pkr mcm tu sb sye kerja fst food je suami kerja guard gaji brpe lh sgt. lepas je tau prgnt. sye naik pangkat. suami kerja guard tpi 12 jam skrmg gaji pon brtmbh dri belum ni. anggap je rezeki Allah. lmbt cpt je. jgn stress2 ye.

Baca lagi

Awak,jgn emo2 sgt. Anak tu kurniaan Allah. Doa baik2 semoga dipermudahkan dan dilapangkan pintu rezeki buat awak dan suami. Sy faham perasaan awak sbb sy pon skrg tak keje. Kontrak sy dah abes tapi sy percaya bila kita selalu berdoa insyaAllah semua akan dipermudahkan. Yg penting,buka buku pink dulu. Fikir psl anak tu sis. Sy doakan semoga awak dan suami dimurahkan rezeki selalu.

Baca lagi

Baby ada lah rezki. Jgn banyak bersedih nanti baby pun sedih. Banyakan istigfar Insya Allah dapat keluar dari masalah. Jangan lupa bersyukur..sebab masih ada suami, dengan kehadiran malaikat kecil. Cuba amalkan istigfar dan selawat nabi 1000x/ hari. Insya Allah tak sempat nak fikir Yang negetif-negetif lagi.

Baca lagi

Semoga dimurahkan rezeki buat awak dan suami, bukak buku pink kat kk ye mommy, nnti nurse bagi ubat and vitamin utk awak(free), skrg ni jgn fikir dulu masalah akan dtg mcm fikir mcm mana nak tanggung baby ke apa nanti, InsyaAllah akan ada rezeki yg lain utk awak suami dan baby, jgn sedih2 mommy

Sila pergi ke KK untuk buka buku pink. Biasanya trimester pertama, nurse akan bagi folic acid percuma. Tapi sis dah trimester kedua, nurse akan bagi multivitamin percuma macam zincofer. Dalam zincofer tu ada folic acid juga. Check kat KK, semua percuma. Nanti boleh scan percuma juga.

Semoga keluarga awak dimurahkan rezeki ye. Paling penting awak kene juga buka buku dan KK akan bg awak asid folic. Asid folic/ vit penting untk awak dan baby. Check up bulanan dan ubat dari KK pun xperlu bayar. Moga awak jadi ibu yang kuat semangat untuk keluarga dan baby.

Sama sis , saya & suami diuji dengan kewangan selepas kahwin dan bisnes pulak tetiba makin slow sejak kahwin , rezeki anak pon awal , kdg tuh memang mental sangat , tapi kita kena cuba jgk positif , insyaallah allah nak bagi lebih baik untuk kita , cuma part kita diuji ,