Hanya makan buah oren

Hi mommies, boleh ke makan buah oren ni byk , hanya makanan ni aje boleh makan setakat ni . Kawan sekerja kata tak boleh makan byk betul ke?

Hanya makan buah oren
16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya pun suka je makan buah oren ni. Takda apa masalah pun makan buah ni. Lagipun ada vitamin C kan. Sis abaikan jela mana yang tak tau tu. Yang penting kita orang yang tau contoh doc kalu nak lagi tepat. Apa-apa pun enjoy kita punya pregnancy 🥰🌹

VIP Member

Kawan sekerja tu doktor ke? Kalau bukan, abaikan. Sy awal pregnancy borong oren navel kt shopee, hari2 makan tu sampai berbiji2. Badan ok, tak ada apa2 buruk jadi. Alhamdulillah

Sy kuat makan jugak buah oren, masatu kebetulan chinese new year..n masa tu tgh alahan..lps mkn 2-3 biji muntah haha 😂😂..smpai skrg dh 19 weeks pun sy suka mkn buah oren

Awal2 pregnant saya makan oren banyak sampai cirit🤣 sebab ni je boleh makan time mual teruk. Siap letak kulit oren dalam face mask lagi taknak bagi loya 😬😬

kan buah ni kaya dngan vitamin c , knape tak boleh nk mkan bnyak🤣 sya preggy buah limau ni n oren je sya angkut . habes je pegi beli .

TapFluencer

Sis, awak pergi KK pun nurse/doctor memang suruh awak makan buah orange untuk kebaikan kandungan awak. Toksah dengar cakap kawan tu.

maybe dy tak bagi mkn byk takut sakit perut..makan boleh..sbb buah oren kaya vitamin c.. but jangan makan time perut kosong..

Rasanya lagi elok buah oren sbb kaya dgn vitamin C👍🏻 saya pon ada makan time awal2 kehamilan takde apa sis🥰

Sy dlu wktu preggy, mmg kuat makan buah ni. Dan cpt je naik hb 😅 syukur tak gstrik

buah ni start dr awl peknen smpai 9 bln sy mkn..xblh xmkn.alhamdulillah xde pe2