Hospital Ampang, bersalin normal. Kalau tak silap, rm40 untuk 2 hari? Tak sampai rm100 lah senang cerita! Saya memang plan nak bersalin di hospital kerajaan sebab duit yang ada saya nak spend dekat baby je. Which is actually one of the best decisions I made. Walaupun kena share bilik dengan orang and makan biasa biasa je, but masa duduk di hospital tu the process was smooth sahaja. Plus hospital ampang best sebab dia bagi free antenatal class (ramai tak tahu ya!) so saya belajar cara bersalin, barang apa perlu pack. Semua nurse ajar. Then lepas bersalin pun, ada breastfeeding consultant datang and ajar baby latch. Saya ada pula GDM masa pregnant, so doctor induce 2 kali barulah ada tanda nak bersalin. But overall the process was easy, plus jimat duit. Plus hospital kerajaan pun bagus sebenarnya, they have complete equipment in case of emergency
Baca lagi
Mom for my lil princess