Ibu, ayah . Bila waktu yang sesuai?

Mesti waktu mula-mula dapat tahu kita hamil tu seronok sangat kan🥰 Kalau boleh, nak bagitau satu dunia je kan🤭 Tapi menurut ibu ayah, waktu bila yang sesuai untuk umumkan kehamilan ya?🤔 Selepas kandungan 3 bulan? Selepas 5 bulan? Atau betul-betul sebelum ingin melahirkan ya?😕 Jom kongsikan pendapat anda di bawah👇

Ibu, ayah . Bila waktu yang sesuai?
57 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cek upt sama2 dgn husband. 3 upt sekali cek. Samar2. Balik cek lagi baru nampak. Konon nak sembunyikan dulu sampai bukak buku pink. Dalam seminggu camtu husband dok pikir2 dia kena bgtahu mak dia jugak. So dia nekad bagitahu. Seminggu lepastu mak husband meninggal. Masa bagitahu tu ingat mak dia nak marah sbb previous delivery kena czer. Rupanya mak mertua happy sgt2. Siap ckp this time mesti boy. Suruh jaga diri elok2. Dah 7 bulan ni tak lama nak deliver. Selalu mak mertua yg akan bwk pergi hospital. Rindunya kat mummy. Alfatihah

Baca lagi