Maaf awak, walaupun penulisan di dah 4 bulan sy nak balas jugak. Kalau saya jadi awak, memang saya pujuk sungguh² suami untuk keluar dari rumah tu. Biarlah ayah tu nak cakap apa pun, duduk sekali pun kena marah kena hina, baik lah keluar. Kesian awak dan suami, mungkin suami awak terlalu memendam perasaan nak jaga hati awak, nak jaga hati ayah awak. Tapi saya rasa awak kena bertegas untuk keluar dari rumah tu, lagipun agak mudah untuk awak buat keputusan sebab itu rumah awak bukan mertua awak. Saya dan suami pun bukan org senang, duit pun ckup² je sampai hujung bulan, tapi gigih juga bayar rumah sewa sbb tak nak duduk dengan family, inshaAllah awak, kalau awak ada rumah sendiri kehidupan awak lebih bahagia, biarlah seadanya je rumah biasa² je tapi hati seronok bahagia duduk dengan suami. Lepas dah keluar dari rumah, awak balik juga lah sekali sekala berbudi dengan ayah awak, tapi kalau ayah awak marah atau merjauk, awak hiraukan saja, janji awak berbudi sebagai seorang anak tak lupakan ayah tak lupakan family. Sebab awak ada suami dan anak²..itu lebih penting dan itu lah tempat awak berkasih sayang berbahagia..
Anonymous