anak saya sama macam ni,cek benda ni dulu..harap membantu
1. berapa jam tidur waktu siang
- anak saya akan tidur siang pada pukul 1/2/3ptg ( 1-2jam sahaja )
2. pastikan anak dapat aktiviti yg cergas pada waktu siang. Bermain dgn ayah juga sgt membantu.
3. elakkan makanan manis seperti gula dan instant food
4. pastikan perut anak ok sebelum tidur
-tips saya urut 3minit perut anak, jika perlu tungku perut anak 5 minit. Anak akan berak / kentut selepas 15 minit jika perut dia tidak selesa.
5. Makan sebelum tidur
-pastikan anak kenyang dua jam sebelum tidur. Berikan makanan yang lengkap seperti nasi/ikan@ayam/sayur dan sejam sebelum tidur bru bg susu utk elakkan kembung perut.
6. cek suhu sekitar anak, sama ada dia panas atau sejuk. utk bayi berumur 1 tahun lebih selesa dalam keadaan yg agak sejuk biasanya.
7. Mandi
- anak saya jika sekitar dia agak panas,dia akan berasa tak selesa dan berpeluh. jadi saya kena mandikan dia sebelum tdur.
8. Cahaya
-jika anak lebih gemar tidur dlm gelap, pastikan area tidur agak samar dgn lampu. Mata tak bersuluhkan cahaya tidur / syiling.
9. sediakan bantal yang comel dan gebu, ini membantu anak utk tidur dlm keadaan tenang, posisikan bantal di sisi tubuh anak agar dia merasa seperti dipeluk.
10. Jika aktiviti pada waktu siang agak hambar, boleh cuba buat aktiviti ringan dengan anak sebelum dua atau tiga jam sebelum tdur.
11. saya akan salin pampers pd pukul 3/4 pagi, dan sediakan susu sebotol pada waktu tu. ( mengikut demand anak ya ), jika perlu pegang, macam anak saya akan jaga dlm mamai,minum susu sendiri dan terlena semula.
boleh cuba ya mana yg sesuai, ini pengalaman saya. alhmdulillah waktu tidur anak mula teratur dr 10 mlm - 7 pg.
Baca lagi