anak taknak tidur malam

letih la anak taknak tidur malam.. walaupun saya suri rumah je tapi mental sy koyak la hari2 anak taknak tidur malam. anak sy dah 5 bulan.. waktu newborn lagi teruk. siang tidur malam berjaga.. kadang2 pukul 6 pagi baru tidur. sekarang anak sy 5 bulan paling lambat pukul 5 baru tidur.. paling awal pukul 3 pagi.. letih sgt. sy dah cuba mcm2 cth waktu siang tak bagi dia tidur..cuma bagi dia nap dalam 2 jam ke 3 jam je.. lepastu bila lepas maghrib dia selalu merengek nak tidur.. dah usaha taknak bagi tidur pun dia nangis mcm kene dera. last2 dia tidur sendiri. tp itupun paling lama 2 jam.. ni bila sy suruh tidur dia taknak tidur pulak. tak faham la kene buat apa lagi dah. susu dah bagi.. pampers dah tukar.. kadang2 tu sy ada jugak dodoikan dia tp nak patah pinggang sy ni dia tetap taknak tidur jugak.. 😭 #firstbaby

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis awak tak keseeorangan, bila saya baca, saya macam eh aku ke yg tulis ni, bila masa pulak aku tulis ni hahaha. Sbb situasi kita sama sangat, awak tahu tak smlm anak saya tido pkul 7 pagi, suami yg dodoikan sebelum dia pegi keje, saya dah separa sedar je sbb letih berjaga malam. Tapi kita kena kuat sis. Koyak mmg koyak sbb jaga anak sambil tesengguk2. Macam2 kan kita cuba tapi semua tak jadi 😭 Kalau sis rs perlu bantuan alat tidur seperti buai dan pacifier, go for it. Saya masih boleh bertahan setakat ni. Saya pun geram je dengan anak saya yg 5 bulan ni. Ada satu malam tu saya geram sgt saya cium dia kuat2 sbb dia taknak tidur. Sekali dia suka² pulak saya buat macam tu, tbe hilang stres haha. Tapi pagi dah mcm zombie time kejut suami pkul 530 pagi, suami terus mandi n solat, terus sambung jaga anak, kita ni dah nak pengsan.

Baca lagi

sis cuba tuam perut baby dulu sebelum tidur jadikan rutin setiap hari maybe perut baby xselesa tu.. dan urut perut baby bt urutan i love you .. urut dekat tapak kaki baby jugak .. try search cara urutan tapak kaki baby ad dy bagi step by step insya allah okay .. n jgn lupa pasang zikrullah

Bgn pagi pukul berapa? Nap time berapa kali siang hari? Waktu mlm pula kalau tido bilik sejuk @ panas @ gelap @ terang @ bising @ senyap? Ada try bedung? Ada try bg pacifier? Ada try bg buai? Baby minum susu FM ke BF?

1y ago

2 kali nap time.. pukul 7 auto bangun nak susu.. pukul 11/12 mcm tu betul2 bangun sbb dia tidur lambat.. lepastu kadang2 pukul 2/3 mcm tu sy bagi dia tidur balik smpai petang.. tpi lepas maghrib dia nak tidur lagi. malam bilik tk sejuk tk panas.. senyap je bilik.. tp kalau dia tkleh tidur sgt mmg sy bukak surah. pacifier dia tolak.. mmg dri newborn cuba bagi mmg dia tolak.. nangis2 taknak.. buai pun dah try.. nangis2 mcm kene dera.. baby FM..