7 Balas

anak saya sama macam ni,cek benda ni dulu..harap membantu 1. berapa jam tidur waktu siang - anak saya akan tidur siang pada pukul 1/2/3ptg ( 1-2jam sahaja ) 2. pastikan anak dapat aktiviti yg cergas pada waktu siang. Bermain dgn ayah juga sgt membantu. 3. elakkan makanan manis seperti gula dan instant food 4. pastikan perut anak ok sebelum tidur -tips saya urut 3minit perut anak, jika perlu tungku perut anak 5 minit. Anak akan berak / kentut selepas 15 minit jika perut dia tidak selesa. 5. Makan sebelum tidur -pastikan anak kenyang dua jam sebelum tidur. Berikan makanan yang lengkap seperti nasi/ikan@ayam/sayur dan sejam sebelum tidur bru bg susu utk elakkan kembung perut. 6. cek suhu sekitar anak, sama ada dia panas atau sejuk. utk bayi berumur 1 tahun lebih selesa dalam keadaan yg agak sejuk biasanya. 7. Mandi - anak saya jika sekitar dia agak panas,dia akan berasa tak selesa dan berpeluh. jadi saya kena mandikan dia sebelum tdur. 8. Cahaya -jika anak lebih gemar tidur dlm gelap, pastikan area tidur agak samar dgn lampu. Mata tak bersuluhkan cahaya tidur / syiling. 9. sediakan bantal yang comel dan gebu, ini membantu anak utk tidur dlm keadaan tenang, posisikan bantal di sisi tubuh anak agar dia merasa seperti dipeluk. 10. Jika aktiviti pada waktu siang agak hambar, boleh cuba buat aktiviti ringan dengan anak sebelum dua atau tiga jam sebelum tdur. 11. saya akan salin pampers pd pukul 3/4 pagi, dan sediakan susu sebotol pada waktu tu. ( mengikut demand anak ya ), jika perlu pegang, macam anak saya akan jaga dlm mamai,minum susu sendiri dan terlena semula. boleh cuba ya mana yg sesuai, ini pengalaman saya. alhmdulillah waktu tidur anak mula teratur dr 10 mlm - 7 pg.

ada tiga tip ringkas dari saya, kalau sis boleh cuba praktik kan okey juga 1. Bagi nap SEKALI SAHAJA untuk sehari di waktu siang. Anak saya pernah bangun pukul 12 tghari, saya ter lewat kejutkan dia, kalau ikutkan konfem malam dia bgun betul? Tapi saya cuba atur jadual tidur dia macam ni 12.00- 4.00 ptg kemudian nap sejam shj 4.00-5.00 ptg. Pkul 5.00 takde nap dah sampai pkul 10.00 malam dia dah mngantuk saya terus tidurkan. Alhamdulillah dia tidur malam tak bangun dan boleh tidur 10-12 jam macam biasa. Itu hari dia bangun pkul 12 tghari la, tp biasa anak saya kdg bgun pkul 9-10 2. Pastikan anak KENYANG dan SELESA sebelum tidur malam. By hook or crook awak kena tgk betul² rutin anak sebelum tidur, pastikan dia makan kenyang dan mandi sebelum tidur, sgt membantu ya untuk dia tidur lena panjang. 3. pastikan anak LETIH di siang hari. Bagi dia banyak berjalan explore rumah sana sini. biar bepeluh2 pun tkpe. jgn diletak buai selalu..

Anak saya setahun setengah. Saya tak bagi dia nap bila dah dekat malam. Nap sekali sehari - 3 jam pukul 1:30-4:30pm, lari sikit tak apa. Kalau schedule dia lari banyak hari tu, dia boleh nap 2 kali, tapi total 3 jam saja. Sebelum tidur malam, bagi susu pastikan dia kenyang. Gap susu dari makan malam 2 jam macam tu. Kalau tak, dia tak nak minum susu sebelum tidur. Kalau tak minum susu sebelum tidur, confirm bangun tengah malam nak susu. Kalau bangun pukul 4 atau 5 pagi, saya akan bagi susu. Lepas tu, bagi dia tidur lagi. Kalau tak nak tidur, saya dodoikan dan masukkan dia dalam cot dan saya sambung tidur. Kalau bangun sebelum 4 pagi, saya tak bagi susu, cuba dodoikan bagi tidur lagi. Tapi bagi saya, masalah paling besar biasa sebab tidur terlalu banyak masa siang. Semua ni hanya okay kalau anak sihat. Kalau dia tengah sakit, saya ikut la apa dia nak.

time kerja anak kt mana? cek balik siang kt taska @ rumah pengasuh tu dr awal pg sampai nk balik apa rutin anak. tidur byk ke? tk cukup tidur ke? tk cukup aktiviti ke?

mgkin da tdo lme waktu siang.. anak hanta pngasuh ke taska? weekend cbe try adjust blek wktu tdo anak

hantar pengasuh tp pengasuh kata anak sy tidur sekejap2 je.. so bila balik rumah petang dia mmg akan mengantuk sgt.. kalau tk bagi tidur dia meragam.. so malam mmg dia akan susah tidur

Elakkan screen time start 6 - 7 ptg. T

suami xde ke?

ada je sis. tp mcm gitu la huhu

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan