Tak tahu setan apa yang merasuki ku...

Masuk hari ni,dah 3 hari saya tak boleh tidur sampai 2 3 pagi... Anak menyusu/ngempeng.. kol 3pg baru dia nak lepaskan... Masa dia tgh menyusu tu,saya terdetik begini... "Tahun 2024 katanya Dajjal, Imam Mahdi akan keluar... Suasana masa tu darurat sangat.. makanan takde semua takde.. anak dah setahun.. budak2 mesti dia lapar... Saya takut... Saya takut anak saya dibunuh Dajjal.. Yakjuj Makjuj... Daripada dia dibunuh lebih baik Allah ambil nyawa dia sekarang..." Saya sering terfikir benda2 mcm tu... Kdg2 boleh ketakutan sendiri.. pandang muka anak yg skrg baru nak masuk 3 bulan... Saya jgk kadang2 rasa bersalah sbb kawen dan lahirkan dia tahun ni.. kiamat dah dekat... Apa yang bole saya buat utk singkir fikiran2 semua ni.. Zikir,Quran,Solat semua saya dh buat tapi bila time malam anak tgh ngempeng,saya terfikir sbb ank skrg bole menyusu sehingga kenyang.. kalau nanti mcm mne?? 😭😭😭 Saya tak nak fikir semua ni😭 saya nak yakin dan berserah pada Allah tapi semua fikiran ni ganggu sayaa😭😭😭

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

mungkin awak terlalu bnyk baca benda2 mcm ni, smpai dh consumed pemikiran awak. Mmg kita mak2 akan naturally risau dgn masa dpn anak, mahupun di dunia atau akhirat. Tp kita pun manusia biasa, mak2 pun ada limit. Tk boleh taksub dgn pemikiran kita, nnt jd kurang waras sehingga xboleh beza realiti & fantasi. Instead of doa “ya Allah ambil nyawa anak aku skg”, mungkin awak boleh tukar cara doa tu. Cth: “ya Allah bila sampai waktu nya kelak, tlg tunjuk kn jln yg benar kpd anak2 aku. Jln yg Kau redhai. Jln yg Kau tunjuk kn pd org2 beriman. Jln org2 yg beramal soleh.” dan lain2. Mungkin hati lebih tenang sbb kita latih hati dan otak utk percaya “aku dh doa pd Allah, dan aku yakin Allah akan tlg aku dan zuriat ku. Selagi ada masa, aku akan ajar anak aku ilmu agama”. Sbb semuanya berbalik kpd rukun iman yg pertama: beriman kpd Allah swt. Kita yakin Allah lah yg Maha Pencipta, dan pemilik segala yg ada di seluruh alam. Yakin dgn kekuasaan Dia. Bukan tugas manusia utk kawal benda2 diluar kawalan. Tugas kita utk buat persedian sahaja. Sbb apa yg Dia janjikan, akan terjadi. Sama ada kita nk atau xnk.

Baca lagi