EDD APRIL 2024

mana geng edd april ?? korang puasa tak next month ni ? kalau nak puasa, mcam mana nak bgi kurang lapar ya ?

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

puasa masih wajib sis ☺️ mana boleh nak ke tak puasa. melainkan atas saranan doktor disebabkan kesihatan untuk tidak berpuasa tu lain. selain tu masih wajib untuk niat dan cuba berpuasa. kalau 7am pun dah tak tahan, silakan berbuka. tak salah pun. tapi niat untuk berpuasa tu wajib ye. saya sendiri pun tahun lepas berpuasa masa trimester 3 dan bersalin 3 minggu selepas raya. alhamdulillah dapat penuh. masa sahur ambil makanan yg berkhasiat. lebihkan protein dan sayuran. nasi tak perlu banyak, protein yg penting. boleh try buat overnight oats dgn buah buahan. air masak kena lebih. rendam juga 3-5 biji kurma dalam susu semalaman, masa sahur kacau dan minum. susu kurma ni mmg bagi tenaga sampai la berbuka. saya yg gastric ni pun perut tahan. cuba la dulu puasa sunat/ganti untuk try 🫶🏻

Baca lagi
10mo ago

ya betul tu. dah tulis situ kalau doktor tak sarankan sebab kesihatan tu tak perlu puasa. mmg tak perlu niat puasa pun

saya tak nak puasa , dah cuba tak boleh. lagipon banyak supplements yang saya kena ambil on time untuk baby. pada yang bekerja tu better tak perlu laa puasa. bahaya kalau hypo ke , baby tak gerak ke buat stress je. kdang kita rasa okay tapi baby plak tah mcm mana kt dlm tu.ganti je nanti bila dah badan recovery sepenuhnya lagi better. boleh skali jalan puasa sunat skali.

Baca lagi

Saya plan nak puasa.. tapi dr ckp kalau baby kurang gerak ke apa terus berbuka… in sha allah sedaya upaya untuk puasa.. tapi x paksa diri.. sbb kita lebih mengenali badan sendiri and anak sendiri..tapi niat dlm diri nak puasa & bangun sahur.. kalau dlm pukul 10,11 x larat / baby kurang gerak saya akan berbuka..😁

Baca lagi

Saya. Ank no6. Sempat lagi cuba makan 1 kali pagi.. Tghri ptg kurangkan makan. Pastu cuba lah puasa sunat 2 hari seminggu. Insya Allah boleh tahan... Susu dan kurma selalu makan... Alhamdulillah, perut rasa penuh ja. Sy suri rumah. Htr ambil ank sekolah. Kalau penat, mandi, tido... Rehat ja... Jgn paksa buat kerja sangat...

Baca lagi

Doc dah suggest teruskan makan ubat sbb ada darah tinggi.. so ikutkan timing mmg xdpt la nak puasa.. dah consult 2 doc, mintak tukar ubat atau cuma makan ubat 2x sehari tp x berjaya.. xpelah, nak buat macamana..

saya pilih tak puasa sebab saya perlu minum air paling kurang 2liter. saya mudah sembelit & buasir. jadi air memang tak boleh atau kurang tinggal langsung.

saya Edd April dan cuba berpuasa baru ni tapi tak dapat badan menggigil dulu terus minum makan baru ok badan,lagi pun saya kencing manis insulin ..

sy pon due april.. inshaallah cuba berpuasa penuh.. sy pernah anak no2 bersalin 1st puasa jenuh nak mengganti puasa balik 😅

10mo ago

Ingat kan kali ni boleh PUASA, sekali do cakap awak tak boleh PUASA disebabkan ade mild anemia dan juga sehari sblm PUASA tu jantung baby laju.. Sebulan la nampak nye..

saya pun due april tapi mcm nk cuba puasa kalau tak larat and baby kurg gerak terpaksa lah buka 🥰

Sy due april juak . And try nk puasa tp xtahu la dpt ke x. Sbb sy lmbt mkn pun baby xaktif sgt