Tolong 😭 Nak tahu cara-cara berpantang sendiri

Mak mentua saya tiba-tiba suruh cancel CL. Saya dah book CL sejak mengandung 5 bulan lagi haha Ni esok lusa dah nak beranak tiba-tiba dia suruh cancel 🤧💆🏻 Dia tak berapa percaya sangat orang luar 🫠🫠 Dia surirumah tapi dia ada kedai sendiri so most of the time dia banyak jaga kedai.. saya tak pasti macam mana dia nak jaga saya 😅 Mak sendiri ada tapi saya tak tergamak nak susahkan mak saya sebab dia pun dah bertongkat.. tak berapa larat menjaga.. sebab tu la saya upah CL selama 21 hari, at the same time husband boleh belajar sikit.. Jadi ada tak ibu-ibu yang berpantang sendiri? Macam mana nak pantang sendiri? 😣 Kena beli apa? Kena buat apa 😞😞 Kesian suami saya dia pulak stress kena bebel dengan mak dia 😅😅

52 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Even ada CL, masih rasa tak larat. Urut, bertungku & mandi herba semasa ada CL sangat membantu untuk pulihkan badan.. sebab fungsi ada CL untuk bagi badan rehat sekejap..dia boleh tolong mandikan baby, tungku baby.. kita sempat lah nak breakfast pagi tu.. lunch pun dia masakkan.. kita sempat lah nak mandi lama2 sikit nak recharge badan bagi segar.. even mak saya ada kat rumah sekali, still tak sempat nak tengokkan

Baca lagi