Tolong 😭 Nak tahu cara-cara berpantang sendiri

Mak mentua saya tiba-tiba suruh cancel CL. Saya dah book CL sejak mengandung 5 bulan lagi haha Ni esok lusa dah nak beranak tiba-tiba dia suruh cancel 🤧💆🏻 Dia tak berapa percaya sangat orang luar 🫠🫠 Dia surirumah tapi dia ada kedai sendiri so most of the time dia banyak jaga kedai.. saya tak pasti macam mana dia nak jaga saya 😅 Mak sendiri ada tapi saya tak tergamak nak susahkan mak saya sebab dia pun dah bertongkat.. tak berapa larat menjaga.. sebab tu la saya upah CL selama 21 hari, at the same time husband boleh belajar sikit.. Jadi ada tak ibu-ibu yang berpantang sendiri? Macam mana nak pantang sendiri? 😣 Kena beli apa? Kena buat apa 😞😞 Kesian suami saya dia pulak stress kena bebel dengan mak dia 😅😅

52 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

pada sy teruskan cl. bgi la alasan dh byar. klau X duit burn. jgn percaya jnji2 Indah mertua. melainkan mmg dri sbelum ni dia treat awk dgn baik, layan awak selevel dgn lyan ank prempuan dia,takde apa2 kata2 yg mnyakitkan atau buat awk trasa spnjg awk kahwin dgn ank dia, sbelum awk pregnant,semasa pregnant,care kt awk .Tu bru ok klau nk truskan untuk dia Jaga..awk sendiri knl mertua awk,kitorg xknl. emosi masa brpntg ni lain sikit . Salah Cara,silap Lynn boleh stress,depression . even org lain ambil bby dri Kita time Kita nak nyusukan bby pun boleh stress. org main kacau ambil bby time bby tidur, sekurang2 dgn cl,Kita boleh bgtahu apa yg ok,xok,boleh xboleh. dgn mertua tidak.. jd buat pilihan btul2..

Baca lagi