3449 respon
Hukum Aqiqah tu sunat muakkad. Sunat yg sangat2 disarankan dan menghampiri wajib Yg trend tu majlis besar besaran, bukan aqiqah tu. Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi) Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat. Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.
Baca lagiAkikah tu sunat..cuma org skrng suka nk buat bsr2 mcm mjlis wedding..jd ianya dpggil trend..ada pelamin n etc... Klu ikutkn just bersederhana je..tp klu mmpu duit trlebih lebih xtw nk bazir kat mana..mebi xpe kut..for me..biala brsederhana jnji brkat tuk bby .mcm dlu pn buat tuk ank simple je..jmpt org dtg umh mkn2 kata nk buat knduri kesyukuran mkn2 tghhri je.. mjlis simple....(ank pn dkt nicu ms tu lahir 34minggu..)....smbil bc doa slmt mntk smua doakn tuk ank skali bg yg hadir...sbb syukur ank dh off oksigen n progress dia mkin ok dan nunjukkn perkembangan positif sbb dia prem....bila dh selmt buat sesi mjlis akikah..lepas tu selang sebulan dua..buat pula sesi tahnik dgn ex mufti wilayah..benda yg simple dan mudah kita pmudahkan je la.. islam tukan mudah dan indah...jnji kita dpt keberkataan dr Allah tuk mjlis trsebut..tu yg penting even x se gah org lain... Duit tu leh simpn tuk bljr ank dr bazir2.. 😉sbb ms perjalanan ank msih pnjng lg...duit pn byk nk guna pakai..kita pn xtw hidup kita ni smpai bila...jd sblm jd pape dkt dri kita..kita buat la saving tuk ank..jgn mmbzir pd yg bkn2..
Baca lagisaya jawab trend untuk MAJLIS AQIQAH yang besar2an,siap pelamin kecil,decoration,apa semua tu yg saya maksudkan
Yang buat besar-besaran dan bermewah siap ada photog tu ikot trend semata. Tak nak kalah di mata manusia
sunat muakkad .. tp klau dah buat besar besaran .. siap ada mini pelamin bagai , itu dah trend
Bukan wajib, sunat kepada yang berkemampuan, lagipun ianya sunnah Rasulullah SAW.
Sepatutnya dibuat hanya ikut kemampuan dan tidak perlu pelamin dll
anak2 saya sorg pun saya x buat aqiqah sebab saya sendiri x diaqiqah
tak wajib, sunnah buat dpt pahala, tak buat tak mengapa
hukumnya sunat utk bgtau ad ank..xde wajibnye
AIRA dan Ayen