Kira gerakkan baby

Macam mane ye nak kire pergerakkan baby ? Selang 5@10 minit tu di kire gerakkan kedua atau macam mane ? Contoh saye rase baby gerak pukul 1, then gerakkan kedua pukul 1.05. Tu dikire gerakkan kedua atau kene tunggu 10 minit baru dikire gerakkan kedua ?

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

nurse kk saya ajar dulu simple ja. contoh start kira jam 9pagi-9malam make sure ada 10 gerakan dalam tempoh masa tu. gerakan/tendangan yang kuat bukan yang halus-halus berangin ke. gerakan yang kita boleh rasa even tengah buat kerja pun. bila rasa tu terus tanda atau rekod dulu dkt hp ke then malam sebelum tidur tanda untuk the whole day gerakan dalam buku pink. macam saya dulu normally sejam tu sekali mesti ada tendangan kuat. kadang dalam sejam 2 kali rasa tendangan kuat tu & alhamdulillah cukup la dalam tempoh masa dari pagi sampai malam tu 10 kali ada gerakan kuat tu hari-hari. kadang rasa lebih gerakan tu. baby happy kot. asyik menendang ja kerja dia 😁. apapun bergantung pada ibu & baby masing-masing. pada saya check bagi cukup ja 10 kali dalam tempoh masa tiap hari tu. if baby banyak buat gerakan & cepat cukup 10 kali tu pun pastikan masa selebihnya tu check juga ada gerakan ke tak. segela kemungkinan boleh berlaku. macam saya even nurse bagi masa kira dari 9pagi-9malam gerakan tu tapi the whole day saya akan pastikan baby bergerak. atleast sejam sekali. kalau dia diam saya akan usap atau tepuk manja perut. just nak make sure baby bergerak. tak kisah la kuat ke perlahan. risau kalau dia diam. fikiran mula la fikir yang bukan-bukan.

Baca lagi

kalau mcm sy , sy akan tick dalam wssp setiap kali rasa gerakan anak. so dalam sehari dpt 20-30 kali gerakan sebelum jam 9 malam. time nak record buku pink, sy akan monitor balik ambik yg selang 20-30 minit tu je. yang timing rapat rapat tu sy abaikan. just untuk record sy je dalam wsspz

Baca lagi
1y ago

masha Allah betul anonymous.. itulah, apa tujuan kita kira kick kan..sy pnh je baby slow gerak n ke PAC.Itupun yg sy kira baby kick by hours..tak ambil sgt jrak dekat2...kalau rasa2 baby slow, ada instinct baby lain macam..mmg kena terus ke pac..bnda kt dalam kn.kita pn xtau apa jadi...kdg trlalu sgka baik yang 'baby tidur' pn tak boleh..dlm.sejam mesti kena ada movment

awk dh berapa minggu? sbb cara awk kira tu salah. kira gerak selang 30minit. contoh: 9am rasa gerak, 9.10am rasa gerak lg..itu dikira sekali gerak. 9.30am baru kira gerak ke 2.

1y ago

Mula2 nurse ajar kira setiap kali pergerakan tapi yang kuat, bukan slow. Lepas tu saya tengok satu video di FB, mereka kata perlu ada gap. Saya tanya pula dengan doktor, mereka kata tak perlu gap. Asalkan ada pergerakan yang kuat, da boleh kira 1 pergerakan. Jika da cukup 10 pergerakan, masih kena monitor pergerakan baby cuma tak perlu rekod dalam buku pink.

kena kira 30 minit dalam masa sejam, sbb dia timing 9am -9pm 🫠 cpt cpt siap tu mcm salah. kira dalam masa satu jam pun boleh. ini nurse saya ajar dari anak 1st sampai 2nd bby ni

1y ago

kannnn haih ghisoo siap lelaju, in advance betul 😂

gap nak kira gerakan baby adalah 20-30minit. awak kena ambik kira tendangan baby yang awak rasa paling kuat dlm 30minit tu

Bukan pgerakan yer, tendangan. Ada beza. Boleh tanya dok or misi pbezaan nya. And tendangan tu di kira setiap satu jam..

sy kira gap 15minit... cth 1.00pm 1gerakan... 1.15 ada tndgn lg... 2 gerakan

Dalam mase 5 minit tu satu gerakkan.. kena gap 30 minit baru jadi gerakkan kedua.

doktor saya ajar...asal bby gerak je tanda..kalau yg gerak slow tu jgn kira

saya kira 30minit untuk satu gerakan..