Baby 9 bulan taknak makan

Macam mana nak bagi anak suka makan ye , selalu bagi dia buang balik , Selalu minum susu badan je banyak makan taknak minum air masak pun sikit , dia sembur sembur je buat main 😅 Kita sebagai mak sedih lah tengok anak taknak makan , masak macam macam dah 🥹 banyak buang je . Ade tips tak 🥰

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Pertama sekali Puan tenang kan diri Puan dulu. Jangan stress, baby makan tak habis takpe jangan marah pula☺️ 2-3 suap masih dikira baby makan juga. Apa yang Puan boleh buat, 1) Ada jadual makan yang tetap. Breakfast, lunch, snack, dinner. Jadual ni penting sebab akan jadi rutin anak. Nanti anak akan terbiasa dan tahu waktu makan. 2) Perlu ada gap waktu makan dan susu. Bila baby dah kenyang dengan susu, mudah untuk baby tolak makan. 3) Perlu ada sesi makan bersama-sama dengan anak juga. Dalam 1 hari, sekali pun takpe. Bila anak tengok ibu dan ayahnya makan, anak akan jadi curious dan nak cuba juga apa yang ibu ayah buat which is makan. 4) Ikut portion anak, jangan ikut portion kita. Nanti kita akan rasa sikitnya anak makan. Kita ikut sahaja flow anak. Semoga membantu 🌹

Baca lagi

jgn stress..jnji dia ade makan