pantang makan

Macam mana ek, dah 3 hari kat h0spital lepas bersalin ni. Tapi makanan h0spital jenis yang 0rang2 tua takbagi ambik waktu pantang. C0nt0hnya macam harini lauk sayur kangkung n cencaru masak lemak. Takkan saya nak kena berlapar pulak kan. Sambil makan sambil fikir p0sitif takda pape jadi hehe amin. Kalau k0rang macam mana, sanggup berlapar ke bedal saja?

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman sy bersalin czer anak sulung dulu... Hospital bg telur.. Saya makan ja... Luka ok, jahitan ok, cepat sembuh lg. Tak ada gatal pun dekat luka. Yg ptg awak tahu badan sendiri macam mana. Ada alahan atau tidak. Kalau tiada alahan makan ja la.. Takan waktu berpantang ja beriya jaga tp bila dah habis pantang, tak jaga langsung.

Baca lagi
4y ago

Setuju. Yang penting bukan alahan. Telur sumber protein tu. Boleh bagi luma cepat baik.

VIP Member

Makanan hospital la makanan yang betul. Ikut dieticians punya. Amal makan macam tu seumur hidup & kekal aktif. Mesti badan sihat sihat sampai ke tua. Saya selalu nak try makan makan macam dekat hospital. Macam Pinggan Sihat Malaysia. Tapi itulah, kadang tak lalu sebab tawar juga 🤣

4y ago

Tak tahulah, tapi lebih percaya dengan dieticians punya. Sebab mereka ada bukti, buat research apa semua. Kekal dengan pemakanan sihat. Ikut pyramid makanan. Kena amal sampai bila bila, bukan masa pantang saja. Tak makan telur, tu 1 hal. Telur sumber protein, bagi luka cepat baik. Suka follow Dr. Imelda, bab bab pantang. Mostly, orang pantang ketat sangat. Habis pantang, melantak tak ingat dunia. Ni buat sy selalu terkejut dengan orang yang pantang jaga itu ini, tapi selalunya akan 'membesar' dengan jayanya. Sy dari keluarga yang kalau bab bab pantang makan masa lepas bersalin ni takda sangat. Jangan terlalu masin, terlalu manis sudah. Ni kena jaga kawal seumur hidup. Mostly kepada pantang 'suami' saja. & jangan angkat berat. Kena senam kemut.

Setiap wad dikhaskan untuk makanan yang berbeza. Doktor pakar pemakanan akan pastikan makanan yang diberikan kepada pesakit adalah bersesuaian dengan keadaan pesakit. Kalau saya, selagi ada di hospital, saya makan saja. Balik rumah nak pantang ikut cara orang dulu2 terpulang.

Sy mkn saja semua mknn hosp asalkan jgn tawar sbb lps bersalin, lapar lps tu lps myusukan ank, lapar lg. Tapi jiran sblh katil tegur itu ini awak mkn,tak tkut ke gatal/msuk angin.Bg sy klu msh muda, antibodi msh kuat tp da mkin brumur kna jaga pmknn slps bersalin

Boleh makan...masa sy masok hosp anak demam masa tu dlm pantang...kebetulan sebelah katil tu suami dia bahagian masakan hosp...dia kata ada letak ubat ke apa x ingat da 3 taon lps da..utk makanan org bersalin ni..jd selamat utk dimakan...bismillah sis...insyaallah...

4y ago

Mcm tu la yg suami dia cerita kt sy dlu..dia kata bole je makan...sy pon makan so far ok je selama anak masok hosp 5 hari dlu

Selagi kt spital , bedal jela .. before hspital hidangkan .. die mesti tahu bende bole or xbole mkn .. lagipun klu tgok spital swasta punye mknn lg la mcm xberpantang .. helok jeee mkn nye .. org tua dulu2 xde google nk research mcm kite skg

Saya makan je semua mknn hospital.pengalaman saya, hospital bagi makan tomyam ayam dan buah tembikai susu selepas bersalin. alhamdulillah takde masalah apa2. Makanan ni atas alergik diri kita jugak..kalau mmg alah, elakkan makan..

As long pihak hosp hidangkn pemakann yg seimbang tkde msalh kcuali klu puan ad alergik dgn seafood or smthing yg dihidangkan perlu elakkan . Klau saya tkkn tahan lapar sebab sy perlu makan untuk susukan baby

pngalaman saya dia bagi semua sya makan . last dia bg sayur bayam . mmng sdap la saya mkn . last2 pkir kenapa angin ja . sakit habis perut sbb angin . baru tringat yg bayam tu angin . serik dah 🤣

Saya makan jaa. Dh lapaq. Cuma ikan saya x makan.. kuis gitu² jaa.. ikan pun saya x kenal.. hahaha.. takat bawal kenal laa.. nie dh potong² masak.. xkenal dh.. sayoq.. licin saya telan..