sedih

Maaf saja nak share kat sini, harap ada yang bagi komen positif.. saya mengandung dah 14minggu. Selama pernantian 3tahun berkahwin. Dan ini kali pertama ada zuriat dalam rahim saya. Sepanjang tempoh perkahwinan saya, saya dikeji oleh kakak sendiri mengatakan saya mandul. Ya! Saya kahwin dulu dari dia. Kemudian baru dia. Rezeki dia awal dapat. Malah merendahkan saya. Saya tak kisah kalau orang luar cakap. Ini adik beradik kandung sendiri yang cakap. Untuk pengetahuan. Saya dgn kakak saya yang ni memang tak ngam langsung. Ada saja benda dia nak tanding2 dengan saya. Ada saja benda dia nak maki2 saya. Oklah saya ringkaskan. Saya dah mengandung. Dan kini ibu saya sendiri suruh saya berbaik dgn kakak. Saya hanya mampu cakap.. bagi saya masa dulu.. saya terlalu sakit dengan perbuatan dia. Malah ibu saya marah2 saya dan kata tak sangka saya ni jenis pendendam. Malah semua salah saya dia ungkit hanya disebabkan takmahu berbaik dgn kakak. Saya dah terlalu banyak mengalah. Saya penat. Bila berbaik ada saja mulut dia mencaci maki hamun saya. Kalau ada benda dia tak puas hati. Saya sumpah demi Allah tak pernah sesekali memaki hamun dia. Dan sekarang ibu saya block saya. Dan kata jangan balik ke kampung lagi. Apa perlu saya buat. Salah saya ke.. sekurang saya dah kahwin langsung tiada susahkan ibu saya. Melainkan kakak saya gaduh dengan suami dia selalu balik rumah ibu. Mengadu masalah itu ini.. bagi saya, hal suami isteri tak perlu ceritakan walaupun ibu sendiri. Mungkin kerana saya jarang balik. Saya tak pernah cerita apa2 masalah. Mungkin itu juga buat dia terasa.. maaf semua.. saya perlukan sokongan positif dari semua. Terima kasih

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sis jgn risau..rezeki anak dtg dari Allah..kalau Allah nak ambil pon Dia berhak..jgn fikir pasal org tak suka kita..fikir apa yg Allah tak suka kita buat jgn buat..biarlah org yg busuk hati dgn kita dibalas oleh Allah..sis selalu lah dgr surah Zakaria & baca terjemahan surah Zakaria..ia akan mengubati hati sis..dalam surah tu menceritakan Nabi Zakaria yg tua & isterinya yg mandul tiada anak tapi berkeinginan anak utk menyambung legasinya..tapi bagi fikiran manusia mustahil utk dia dapatkan anak sbb isterinya mandul..tapi Allah berfirman perkara itu sangat senang bagi Dia..dan Allah kurniakan Nabi Zakaria anak bernama Yahya..bacalah sis..moga terubat hati sis..saya pernah gugur sekali & selama 12 tahun tak ada anak.. alhamdulillah sekarang saya dah ada anak sorg lelaki berumur 1 tahun

Baca lagi