sedih
Maaf saja nak share kat sini, harap ada yang bagi komen positif.. saya mengandung dah 14minggu. Selama pernantian 3tahun berkahwin. Dan ini kali pertama ada zuriat dalam rahim saya. Sepanjang tempoh perkahwinan saya, saya dikeji oleh kakak sendiri mengatakan saya mandul. Ya! Saya kahwin dulu dari dia. Kemudian baru dia. Rezeki dia awal dapat. Malah merendahkan saya. Saya tak kisah kalau orang luar cakap. Ini adik beradik kandung sendiri yang cakap. Untuk pengetahuan. Saya dgn kakak saya yang ni memang tak ngam langsung. Ada saja benda dia nak tanding2 dengan saya. Ada saja benda dia nak maki2 saya. Oklah saya ringkaskan. Saya dah mengandung. Dan kini ibu saya sendiri suruh saya berbaik dgn kakak. Saya hanya mampu cakap.. bagi saya masa dulu.. saya terlalu sakit dengan perbuatan dia. Malah ibu saya marah2 saya dan kata tak sangka saya ni jenis pendendam. Malah semua salah saya dia ungkit hanya disebabkan takmahu berbaik dgn kakak. Saya dah terlalu banyak mengalah. Saya penat. Bila berbaik ada saja mulut dia mencaci maki hamun saya. Kalau ada benda dia tak puas hati. Saya sumpah demi Allah tak pernah sesekali memaki hamun dia. Dan sekarang ibu saya block saya. Dan kata jangan balik ke kampung lagi. Apa perlu saya buat. Salah saya ke.. sekurang saya dah kahwin langsung tiada susahkan ibu saya. Melainkan kakak saya gaduh dengan suami dia selalu balik rumah ibu. Mengadu masalah itu ini.. bagi saya, hal suami isteri tak perlu ceritakan walaupun ibu sendiri. Mungkin kerana saya jarang balik. Saya tak pernah cerita apa2 masalah. Mungkin itu juga buat dia terasa.. maaf semua.. saya perlukan sokongan positif dari semua. Terima kasih



