sedih

Maaf saja nak share kat sini, harap ada yang bagi komen positif.. saya mengandung dah 14minggu. Selama pernantian 3tahun berkahwin. Dan ini kali pertama ada zuriat dalam rahim saya. Sepanjang tempoh perkahwinan saya, saya dikeji oleh kakak sendiri mengatakan saya mandul. Ya! Saya kahwin dulu dari dia. Kemudian baru dia. Rezeki dia awal dapat. Malah merendahkan saya. Saya tak kisah kalau orang luar cakap. Ini adik beradik kandung sendiri yang cakap. Untuk pengetahuan. Saya dgn kakak saya yang ni memang tak ngam langsung. Ada saja benda dia nak tanding2 dengan saya. Ada saja benda dia nak maki2 saya. Oklah saya ringkaskan. Saya dah mengandung. Dan kini ibu saya sendiri suruh saya berbaik dgn kakak. Saya hanya mampu cakap.. bagi saya masa dulu.. saya terlalu sakit dengan perbuatan dia. Malah ibu saya marah2 saya dan kata tak sangka saya ni jenis pendendam. Malah semua salah saya dia ungkit hanya disebabkan takmahu berbaik dgn kakak. Saya dah terlalu banyak mengalah. Saya penat. Bila berbaik ada saja mulut dia mencaci maki hamun saya. Kalau ada benda dia tak puas hati. Saya sumpah demi Allah tak pernah sesekali memaki hamun dia. Dan sekarang ibu saya block saya. Dan kata jangan balik ke kampung lagi. Apa perlu saya buat. Salah saya ke.. sekurang saya dah kahwin langsung tiada susahkan ibu saya. Melainkan kakak saya gaduh dengan suami dia selalu balik rumah ibu. Mengadu masalah itu ini.. bagi saya, hal suami isteri tak perlu ceritakan walaupun ibu sendiri. Mungkin kerana saya jarang balik. Saya tak pernah cerita apa2 masalah. Mungkin itu juga buat dia terasa.. maaf semua.. saya perlukan sokongan positif dari semua. Terima kasih

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bersabar lah sis. Kite hidup adik beradik ni memang sometimes ada je yg tak kena. Macam saya, kakak kandung dengan abg ipar cemburu sebab saya rapat dengan mak saya. Sedangkan dorang duduk depan rumah mak. Saya ni duduk jauh dari zaman sekolah lagi. Terfikir kdg kdg salah ke nak tumpang kasih sayang mak kandung sendiri sampai dorang nak cemburu. Tapi saya tetap maafkan dorang sebab air dicincang tak akan putus. Mak saya pulak bukan jenis pilih kasih. Die syg anak anak die sama rata. Selalu nasihat kat saya jgn ambil hati dgn perangai orang mcm tu. Saya terkilan sgt sebab mase raya puasa lepas dorg buat mcm saya ni punca mak saya tak sukakan dorg. Sedangkan saya tak pernah belakangkan family apatah lg nak bermasam muka. Ni saya mengandung n plan nak berpantang kat rumah mak saya. Belum apa apa lagi kakak saya dah ckp 'aku dulu mak tak jaga pun masa pantang' sedangkan mak saya ulang alik ke rumah dia. Tak tahulah apa yg ada dalam fikiran dan hati dia sampai dia rasa mcm tu. Lain orang lain hatinya. Yg penting, kita sabar positif dan banyakkan berdoa. Saya dgn suami memang jenis yg manja dengan keluarga sbb kami yakin hubungan yg baik akan beri manfaat kpd keluarga kami. So stay strong okay. Jgn ambil pusing sgt dgn kata kata org walaupun adik beradik sendiri. Tak semua benda kita boleh ye kan. 😊

Baca lagi