Susu kering / tidak keluar

Maaf nak bertanya , isteri saya selamat melahirkan anak pada semalam tapi sampai hari ini susu badan dia kering ataupun tidak keluar setelah banyak kali mengurut atau mengeluarkannya secara paksa, ada cara2 lain untuk membantu menghasilkan susu badan yang banyak? Sebab susu badan susu yang paling terbaik

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ada ibu yang susu badannya susah nak keluar. kena cuba untuk rangsangkan pengeluaran dgn bagi anak hisap dengan kerap, walaupun belum keluar. pada masa sama cuba bagi juga susu formula jika baby lapar. rangsangan awal dari bayi amat penting utk pengeluaran susu. paling penting jugak, emosi ibu kena jaga, tak boleh stress. sbb hormon mainkan peranan untuk keluarkan susu badan. bagi ibu kata kata semangat. kena tahu juga selepas bersalin, yg akan terhasil ialah kolostrum pada hari 1-3 jadi susu mmg tak byk. selepas seminggu lebih baru susu akan makin meriah sbb susu badan dah matang. susu badan mmg terbaik, tapi apa jenis susu pun baik juga untuk bagi pada anak

Baca lagi

setengah org memang takde susu ..baru bersalin 4 -7hari memang kurang..ada pun sikit je..itu normal..let baby latch on breast nanti susu akan stimulate dan keluar sendiri..yg penting mom's mind kena relax dan dont stress,sebelum bagi formula milk kat bayi kena try breastfeed dulu..nanti susu slowly akan terhasil

Baca lagi

bg je baby hisap walaupun susu x keluar lg utk stimulate penghasilan susu. try bg isteri minum susu kambing atau mkn pil susu kambing. sbb sya pun mcm tue , sehari dua lps bersalin susu x keluar.. ada pun setitik dua saja fore milk. lps mkn / minum susu kambing.. bru susu bengkak dan ada air susu..

kena rehat banyak banyak. minum air, makan secukupnya. bagi baby latch or pump even x ada susu. kena constant pump or latch 3 jam or 4 jam sekali. then susu akan keluar. yang penting jangan stress.

selalu MMG MCM tu.. dalam 2,3 hari lepas bersalin baru keluar air susu.. tapi untuk banyakkan air susu boleh makan buah kepayas (betik muda) yang belum masak tu.... boleh lah masak sup..

nurse cakap bagi ja baby menyusu..minum air suam/kosong secukup.. minum horlick..makan ulam pegaga..