Susu kering / tidak keluar
Maaf nak bertanya , isteri saya selamat melahirkan anak pada semalam tapi sampai hari ini susu badan dia kering ataupun tidak keluar setelah banyak kali mengurut atau mengeluarkannya secara paksa, ada cara2 lain untuk membantu menghasilkan susu badan yang banyak? Sebab susu badan susu yang paling terbaik

ada ibu yang susu badannya susah nak keluar. kena cuba untuk rangsangkan pengeluaran dgn bagi anak hisap dengan kerap, walaupun belum keluar. pada masa sama cuba bagi juga susu formula jika baby lapar. rangsangan awal dari bayi amat penting utk pengeluaran susu. paling penting jugak, emosi ibu kena jaga, tak boleh stress. sbb hormon mainkan peranan untuk keluarkan susu badan. bagi ibu kata kata semangat. kena tahu juga selepas bersalin, yg akan terhasil ialah kolostrum pada hari 1-3 jadi susu mmg tak byk. selepas seminggu lebih baru susu akan makin meriah sbb susu badan dah matang. susu badan mmg terbaik, tapi apa jenis susu pun baik juga untuk bagi pada anak
Baca lagi