Nak tanyaaa

Hi. Maaf lari topik jap. Nak tanya ibu2, kejap lg birthday anak sy. Sy ingat nak masak sendiri. Kalau mcm lauk tu masak malam, esoknya panaskan utk hidang, okay tak? Sy takut tak sempat masak esoknya & takut mak mertua dtg rumah sibuk ubah rasa masakan sy. 😂. Fisrt time nak buat kenduri kat rmh sendiri. ☺️

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Masak sehari sebelum ok. Masak subuh pun ok. Tapi kalau awk nak sejukkan makanan then panaskan. Atau frozen dan panaskan, kena pandai kendalikan makanan ya. Sebelum masuk peti sejukkan dulu. Tp jgn bagi makanan kat luar lebih 4 jam. Nak panaskan semua, pastikan semua makanan tu habis, orang tak boleh ada lebih masuk peti balik. Then panaskan lagi. Makanan yg dipanaskan berkali2 tak elok dan high chances keracunan makanan. Keluarkan portion by stages then panaskan. Tapi renyah la. Elok masak subuh la pada sy tp prep awal sehari

Baca lagi

Kalau saya masak time subuh anak tidur. Laki bini masak hehe. Then sebelum majlis panaskan lagi sekali. Nk masuk peti pun boleh juga tp lauk kena sejuk baru boleh masuk. Then pagi panaskan cuma tu lah kalau lauk sayur nampak layu bila reheat. kalau buat kenduri kecilan peti saya pulak tak muat nk simpan banyak lauk 😂

Baca lagi
TapFluencer

kalau saya, prep bahan siap potong2 semua, blend bawang apa semua malam ni, esok subuh2 start masak. tapi kalau sis risau kalut dengan nak handle anak lagi etc, boleh je buat malam ni then frozenkan. actually depends on apa yg kita nak masak tu. ada yg memang sedap seharian, ada yg sedap fresh.

boleh je. tp klu bersantan ke apa..elakkan. dan pastikan bila nk simpan tu tunggu mknan sejuk bru masuk peti.

sye raya baru2 ni masak untk 40org student husband, lps subuh terus bersilat dkt dapur 😂.