alahan masakan 6w5d

saja nak kongsi cerita.. sejak sejak ni sy punya alahan terhadap makanan makin menjadi.. bau masakan pun boleh loya dan temuntah.. sy tahan je loya supaya tak muntah.. sebab sy tak boleh nak makan.. kalau muntah lagi la sy lemah.. cerita kat sini mcm mana keadaan pun sy tetap kena masak untuk suami.. kadang saya masak memang semata mata untuk suami makan je.. sebab suami bukan jenis makan luar.. kalau sy tak masak tak makan la dia.. sebab tak smpai hati sy gigihkan juga masak untuk dia.. tapi tu la.. kadang sy rasa sy tak boleh nk masak sebab loya sy kuat sgt.. smpai pening dan semput sy dibuatnya.. macam mana ya nak atasi.. sy kesiankan husban tapi sy kesian kan diri sy juga dengan keadaan mcmni.. sy betul betul rasa lemah 😭

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya pun sama mcm awak. rasa tak sampai hati kalau tak masakkan bekalan untuk suami. tapi dengan keadaan alahan sekarang yg tak boleh bau masakan, better awak discuss dgn suami tentang apa awak hadapi. harap suami awak faham😉 orang kata 1st trimester ni je alahan ni. semoga kita sama2 kuat ya untuk malaikat kecil dalam rahim kita💪🏻

Baca lagi

awak tak bole ke discuss dgn suami awak?, sbb saya dulu pun mcm tuh, mmg tak bole masak, bau je auto out. even org lain masak pun. masuk 2nd trim baru la bole masak balik, tuh pun pakai facemask . tapi org lain masak kkdg sampai skrg tak bole bau. 😅 .