isu orang lain lebih tahu pasal anak kita

maaf kalau bahasa saya kasar/kotor sikit . geram ek dengan orang lama lama yang kurang ilmu pasal baby ni . kisahnya saya jarang balik kampung suami walaupun dekat je sebenarnya tapi jarang balik sebab suami busy kerja . dan hari semalam saya balik rumah mil tidur sini beberapa hari dan suami pergi kerja dari rumah mak dia jela . lepastu tiap kali anak saya nak tidur asyik ditahan tahan nak ajak main katanya jarang jumpa . lagi lagi time maghrib . saya dodoi anak tepuk ii dia sebab memang waktu dia tidur selalunya pukul 6 lebih tu . pastu anak dah lelap dicuitnya anak saya kata kejap jangan tidur dulu tunggu lepas maghrib . dah mengamuk budak tu sebab dia baru nak lena kan . saya tepuk tepuk pun dah merajuk taknak lena balik dah . pastu mil kata "check pampers dia , berak ke . perut dia kembung tak ? cuba bukak zikir bagi dia dengar maghrib ii ni" membara je hati kita ni rasa huhu . apa mil cakap saya iyakan je tapi tak buat pun . sebab anak kita , kita tahu la kan dia nak apa . pastu kejadian harini , anak nak nap petang . dia ngamuk ngamuk la sebab dah lepas waktu wake window dia . dah penat sangat berjaga lama dek melayan nenek dia main . pastu saya pujuk pujuk laa dodoi dodoi nak bagi lelap . satu lagi mil ni dia tak tahan sejuk . rumah punya lah bahang dia boleh kata sejuk lagi . masa saya dodoi anak tu dekat ruang tamu saya dah rasa dah anak berpeluh , jadi saya nak masuk bilik la nak bukak kipas bawah sebab kat ruang tamu kipas syiling yg dah tak rasa sangat dah pun kipasnya . pastu mil tahan . dia kata tidur sini jelah takyah masuk bilik panas kat bilik tu sini sejuk tidur sini je . saya diamkan je terus masuk bilik . masuk bilik , saya bukak kipas , bukak baju anak elok dia senyap . saya susukan terus dia lelap . pastu mil tinjau dekat depan pintu . dia kata kembung agaknya perut dia tadi tu ngamuk tuu . pakaikan dia baju la , masuk angin nanti perut dia kesian dia . saya senyum senyum je . tapi dalam hati eh engko pulak yang tahu anak aku asyik kembung kembung tu jelaa yg dia tahu 🥲 kita taknak la menjawab kan kang kata kita kurang ajar , nak pulak suami takde kerja . nanti macam macam dia putar belit kat anak dia . haihh tu belum lagi cerita pasal dia nak suap kat anak macam macam . katanya kesian anak mengicap ii mulut tengok org makan . bagi makan awal pun takpe bagi rasa rasa katanya . sebab anak dah 5bulan lebih . dah nak boleh makan hmmmmm malas nak cite dah sakit hati klau ingatt . #firstmom #sharing #Sharingdong_Bund #bahagiabersama #Needadvice

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya tengok cara penceritaan sis ni macam mak mertua tu cakap baik2 je dekat sis. cuma mungkin dia jarang jumpa jadi dia rindu cucu dia. bagi saya, jawab baik2 dekat mil tu, "mak sekarang dah time baby tidur, nanti lagi 1 jam dia bangun boleh main lagi". yang perut baby kembung tu boleh jawab, "mak tadi saya tengok baby berpeluh basah kepala dia, jadi saya bawa masuk bilik ya ada kipas. perut baby saya dah sapukan minyak" jawab dengan baik, "mak baby nangis sebab dia dah mengantuk, kalau di rumah saya waktu begini waktu baby tidur".. beritahu mil. mil tu concern dengan anak kita. dia rindu cucu tu, mungkin cara dia cara orang lama.. ikut pengalaman dia membesarkan anak2 cara dulu. zaman dulu baby nangis diorang ingat kembung je. jangan la kita berburuk sangka dengan niat dia. maaf la kalau tak setuju dengan pendapat saya, saya teringat kat mak sendiri lebih kurang macam mil sis.. saya akan cakap baik2 bagi mak faham. mak tentunya tak tahu jadual anak kita, kita beritahu dengan baik, sis tak menjawab tu dah bagus dah, tapi yang dalam hati -eh engko pulak yang tahu anak aku- better terangkan bagi mil faham, jangan sekadar diam tanpa jelaskan. Dan jangan expect mil tahu apa yang kita tahu pasal anak kita atas alasan "common sense". Kunci dia komunikasi dengan baik.

Baca lagi
2w ago

Kan... Sbb jarang balik. Bg saya OK la perangai mertua mcm tu. Puan TT pun dah buat tindakan betul. Cuma annoyed je kan. Lepas ni jangan duduk lama2 di rumah mertua kalau dah tahu tak boleh ngam dgn cara mertua. 3 hari 2 mlm dah paling maximum. Tak OK juga, 1 malam je. Dah kahwin dgn anak mak mertua tu kan,... Perlahan-alahan terima perangai mak mertua tu. Nanti masing-masing saling memahami perangai masing-masing. Dlm masa sama tegas dgn pendirian.

Maaf cakap kalau jadi kat anak saya .. hahahaha siap2 la org rumah dgr jeritan padu noh ,baik mertua ,baik mak kandung ,baik adik beradik belah laki ,belah saya , sepupu sepapat .. perghhh no excuse . saya baru2 ni pun ada balik kampung belah suami dan belah saya balik kejap je.. tapi saya warning siap2 dlm group family .. jangan memandai mandai bawa parenting zaman lembu korang ke zaman parenting Sy ,semua depans on nasihat docter anak Sy sendiri. jangan buka topic air ,makan ,lebih2 perokok ,korg lahabau kaki perokok ...sila enyah!! dari rumah ... mandi baru masuk balik . sometimes saya warning husband sebelum balik kampung .. kalau husband Sy lupa amaran Sy .. perghhh mulut saya tak bertapis ngamuk skalipun di rumah mertua ,baik rumah ibu sy sendiri. apalagi ini anak pertama saya .. perghhh Sya punya panic ,takut, if anak ada apaa2 tak terkawal .. anak saya panas sikit sahaja Sya dah Mcm org meracau cari vitamin ,cari docter anak Sy ,ini lagi sakit lain2 datang . org kampung mai rumah lagi nak dukung anak Sy ,hahaha trust me ..kalau Sy kata jangan sentuh anak Sy.. suasana bsing yg tdinya di rumah auto senyap,suram ,saling berpandang antara 1 sama lain 🤣! yg nak dukung tadi anak saya Trus ke dapur ,takpun balik. semak Jak !

Baca lagi
2w ago

berani juga ckp dkt gp fam mcm tu 😂 klw sya dirrect ckp depan-ii, mna yg bole dan x bole

Sebenarnya dr segi penceritaan ni rasa mcm takde apa pun yg nk disakit hatikan sbb mil just ckp2 je & rasanya dia ckp elok2 plus tak buat benda tu. Sis boleh je say no balik bkn utk tunjuk kurang ajar tp utk tunjuk kita mak yg tegas. Saya pun anak sulung dah 13 tahun, mil masih je tegur itu ini termasuklah anak saya yg baby. Most org tua mmg mcm ni, very normal yg for me not worth it utk kita pendam dlm hati & benda ni tak terhenti di sini, dia tetap akan tegur sampai la anak kita dah besar yeee 🤣. So kita just counter je balik with fact, barulah kita puas hati & takde pendam2 dah. Kira ok your mil still bg you fully control baby, ada mil saya baca siap rampas baby utk buat apa yg dia nk buat haihh ni lg kurang ajar punya org tua

Baca lagi

saya pernah kena macam ni.. biasa orang tua2 akan cakap anak kembung je tiap kali nangis. awal2 dulu saya memang buat macam awak senyum dan iyakan aje. lama2 dorang naik kepala.. saya pon dah hilang sabar.. saya balas balik je tapi dengan nada and ayat yang sopan.. kadang tu saya saja share video pasal baby yang ada kena mengena dengan situasi saya. barulah lama2 dorang dah tak berani nak kacau sangat.

Baca lagi
2w ago

kan geram betul tak habis habis kembung kot kembung kot . huhu nanti saya cuba buat macam sis jugakk . tq sis .

macam awak cakap.. orang lama kurang ilmu..so,rasanya tak perlu nak ambil hati sangat..maybe orang tua tu risau n just berkongsi pengalaman apa yang dia tau sahaja..kita pun boleh je terangkan..in Sha Allah..mereka akan faham dan mereka pun dapat ilmu baru..☺️

sebenarnya budak ni boleh tak tidur waktu maghrib?? ank sy dri 9bln gitu mil tak bagi tidur waktu maghrib. padahal tu mmg waktu tidur dia. kalau tahan, mengamuk la budak tu.. skrg dh setahun 2 bln. dh lari dia punya rutin tidur tu..

2w ago

Ikutkan tak elok pun tidor waktu maghrib ni.. atau pun lepas asar.. jadual saya akan tidor kan anak lepas maghrib.. kalau tidor tengah hari pulak lepas solat zohor.. itu waktu yg elok utk ajar bby tdor.. sbb dlam Islam pun.. tidor waktu asar mmg tak bgus apatah lagi waktu2 maghrib.. kalau mcm letih sgt dan terlepas time tu xpe.. sekali sekala xpe tpi jgn kerap.. xelok jugak utk badan dan kesihat.. maaf hanya nak kongsi ape yg sye thu..

husb balik cerita dengan husb . kalau mak dia tahan tahan anak tidur lagi , suruh husb tegur mak dia sis .