Normal atau tidak?

Maaf andai ada yang tak suka. Sy rasa hanya disini je tempat sy boleh bertanya dan berkongsi cerita sbb disini ada pilihan utk hide atau tak profile. Dan lebih selamat supaya boleh menjaga aib kami suami isteri. Normal atau tidak suami tak memberi nafkah batin selama lebih setahun? Ada tak diantara puan yg ada perjalanan hidup seperti sy? Memang sebenarnya itu normal lelaki begitu atau tak? Maaf sy tak tahu keinginan lelaki. Sy pun baru berkahwin hampir 2 tahun. Ada anak yg menginjak umur setahun bulan depan. Seigt sy last kami berhubungan semasa sy mengandung 7 ke 8 bulan. Sy pernah tanya suami dan dia bgtau yg dia sendiri tak tau kenapa nafsu utk bersama tu tiada. Dan sejujurnya sy juga tak berapa bernafsu dgn suami. Adakah disebabkan faktor umur? Suami 37 dan sy 36. Atau benda lain? Suami gay? Kdg2 stress sy. Bila sy betul2 mahu dia tak layan tp dia pujuk dan peluk sy. Dia ckp dia pun stress sbb tak dpt beri nafkah batin kepada sy. Nk sy cerita kepada perawat islam malu pulak aib suami isteri. Nmpk tak baik isteri canang masalah itu pada perawat islam yg kebanyakannya lelaki. Jika ada puan2 yg mahu bagi pandangan atau pengalaman boleh tak share dgn sy. Terima kasih.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Tak normal puan. Seorang lelaki yang sihat memang akan sentiasa bernafsu pada isteri sendiri. Kalau dah sampai lebih setahun ni, ada something wrong somewhere. Dan lelaki pon takkan menopause tau jadi bukan istilah umur: Pujuk suami pergi jumpa pakar. Kena check dari segi kesihatan semua tu. Kadang nampak biasa, tapi sebenarnya bahaya. Jangan jumpa perubatan islam dulu🤣 benda pertama puan kena buat, refer pakar dulu untuk check si suami. Biar doc diagnose punca dia tak bernafsu. Takde apa pon yang perlu dimalukan, benda ni pasal kesihatan

Baca lagi
2y ago

tq sis

sya tak pakar mom, tp rasanya tak normal.. sis dan suami kena sama² jumpa doc..sbb tu la wujud doctor pakar lelaki, pakar wanita, pakar².. don't worry sis hal ni bila depan doc pakar bukan isu sensitive pun.. bg dorang mmg hal remeh cuma org yg mengalami je rasa berat nak memulakan

2y ago

tq. betul tu. segan nk memulakan topik ni pada doktor.