Czer tak sakit, tapi hati lagi sakit.

Luahan hati yg membuka aib diri. Sepanjang pregnancy, suami melanggan perempuan melalui MiChat. Bila saya tau dan tanya, suami sering menafikan. Sedih, sepanjang pregnancy, sy simpan marah sbb ditipu hidup². Tapi, tulah, sy terlalu penyabar dan pemaaf. Sy teruskan utk bertanya, dan bila masih dinafikan, saya diam. 9 bulan berlalu, tepat 40weeks, saya mula rsa 1st contraction waktu 12am (1st time mom). Saya start timing dan esoknya jam 11am, serah diri dekat hospital. Pendek cerita, smpi lah 4pm, bukaan sy 2cm shj dan diberi ubat induce. Doc ckp, besar kemungkinan hari esoknya dlm tghr mungkin baru baby keluar. Waktu ni, contraction makin kerap, tp sy tak rse sakit dah waktu tu. Sbb suami dah mula perangai pekik mcm setiap kali dia melanggan. Dia terus ckp sofa bed hospital tak selesa, dia nak tidur dekat rumah dulu, nak melepak dgn kawan² (suami rakde kawan), nak blk kemas rumah suapay anak selesa (sedangkan saya dah kemas sblm dtg ke hospital). Dr katil sy, sy nampak dia msj dgn perempuan lain. Sy login akaun Michat dia melalui hp sy, dan sy nampak bnde² yg sedih.. di mana dia, menawar harga utk melepaskan nafsu, dan yang perempuan pula, bukak harga macam² beri pakej servis yg ditawarkan. Sakit dan pedih hati tu, lagi teruk dari sakit contraction.. saya terus bgtau dia, sy tau dia tgh msj bukan².. dlm sy contraction.. kami berbalah seketika... kata² maaf bila dah kantoi? Tiada.. tapi disalahkan lagi sy sbb mengandung.. bila sy mengandung, dia takut nak usik, risau sy sakit katanya sbb tu mkn luar.. sedangkan, kami kerap juga bersama sepanjang sy mengandung.. stress sy pada haritu, tak tenang nak fokus pada contraction dan akhirnya anak sy pon stress dan berak dalam rahim.. terus masuk OT dan czer.. husband sy? Sy maafkan, tp.. curiga tu, bnyk.. rse mcm dia dah berubah lebih baik lepas anak keluar, tp.. sy masih ragu².. anak? Alhamdulillah, membesar dgn sihat mcm jaguh, baby boy.. dah 3 bulan lebih dah dia.. muka sebijik ayahnya.. aiyoooo.. berdoa sgt perangai nya tak sama, biar sama dekat muka je.. jgn lah sakit kan hati perempuan anakku.. jagalah, dan tanak lah dgn penuh kasih sayang isterimu kelak.. amin amin.. Sorry la kalau mommies pening baca, bnyk sgt yg sy lalui, smpi bila pendekkan cerita tu, tak sedap jd ceritanya, caca marba.. tapi betul, sakit lagi hati saya, dr sakit czer tu.. smpikan day 7 pantang pon sy dah masuk dapur dah, vaccum rumah, mop lantai.. sbb rse sakit czer tu takde.. hati sy yg terlalu sakit....

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sedih sy baca kisah awak😖.. sy pun ad kisah sakit .. Msa sy tau sy mengndung lelaki tu langsung xnk bertanggung jawab siap sruh sy gugurkn kandungngn time tu ya Allah menangis sy selama 5buln tpi hubungn kitorang x putus stil bercinta mcm biase chat semua gi kje dh amik dy hntr sy… dri awal mengndung sy ajak jumpa parent berbincang ajak kawin tpi dy tolk sbb malu katanya.. xpe lah sy redo sbb terlalu penat .. dngn parent sy pun sy x bgitau sy sorok kn kandungn sy.. smpai la kandung sy nk msuk 6buln tetiba dy berubah hati jadi baik trus ajk sy kawin dy jumpa parent sy berbincang .. last kitorang kawin biat simple je akad kt pejabat agama.. time tu perut nmpk skit sbb 6buln.. alhamduliah sy bersalin 17/6/23 hritu .tpi syangye xdpat bin kan dngn nama dy.. ank sy lelaki..sy berharap suami sy sygkn sy ikhlas dngn anak ..

Baca lagi
9mo ago

semoga suami kte berubah mnjadi yg lebih baik.. ikhlas sygkan kita, anak dan agama InSyaAllah.. amin amin..

Hmm, semoga awak kuat. Perasaan ragu2 tu normal awak, sebab kita percaya dengan pasangan kita, tapi dia buat tahi. Cuma, kalau terjadi lagi perkara macam ni, saya harap awak berfikir sedalam yang boleh. Jangan fikir anak je, fikir awak juga. Kebahagiaan awak pun penting. Harap suami awak menjadi lebih matang, dan belajar dari kesilapan. Kahwin bukanlah nafsu semata. Ketua keluarga la peranan paling penting untuk membentuk keharmonian dalam keluarga. Kalau diri sendiri kelaut, anak bini macam mana kan. Semoga yang baik2 sahaja. Put your trust more in Allah. 💪🏻

Baca lagi
9mo ago

sgt.. dia nk pergi kerja awal, blk kerja lmbt.. semua terus jd tanda tnya buat sy.. suami muallaf.. awal peluk islam, rajin ke masjid semua.. bljr solat.. tp ramai yg pertikaikan dia.. tanya bnde mcm dah sunat ke belum.. masuk islam sbb kahwin je baik tak payah.. so bnde tu buat dia patah blk ke diri dia yg sblm masuk islam... hopefully.. lpas ni, dia kembali kpd jln yg benar InSyaAllah.. amin..

Allahuakbar.. hug u dari jauh dear.. memang salute masih boleh menerima, kalau saya mugkin dah lari balik rumah parents

9mo ago

Kalau boleh ajak lah sesiapa teman di rmah, risau juga sorg2 melayan perasaan gitu

getwellsoon hati😌♥️

9mo ago

hati getting well day by day.. tp kalau ada drama blk.. tak sure..