Sharing perasaan

Hi korang! Saya saja nak share perasaan saya sejak sejak berbadan dua ni susah nak kawal emosi. Memang sebelum pregnant ada depression dan anxiety. Tapi sejak keguguran kali kedua saya stop ubat ubat semua atas nasihat doctor. Dapat depression anxiety ni lepas kahwin. Mungkin sebab saya dapat mak mertua suka dera secara mental and mak mertua pandai play victim. Jadi nampak lah saya yang jahatnya. Semua orang percaya kata kata dia sebab dia berduit. Cara dia pancing orang, dengan duit je, terus semua percaya kat dia. Lagi satu mak mertua saya ni jenis depan orang time tu baru nak solat baca quran. Masa tahun pertama kahwin, duduk dengan mak mertua. Stress terlampau sampai masuk hospital. Dan dikatanya saya mengada ngada buat sakit nak attention dari anak dia je. And kalau anak dia lebihkan saya, manja manja dengan saya, mak mertua akan tarik muka dan start cari salah saya. Kalau cari salah saya dan tegur saya sangat tak kisah sebab bagi saya, saya boleh perbaiki diri. Tapi dia tak tegur saya. Mak mertua suka cerita dekat abang ipar, dan semua family supaya saya nampak jahat sampaikan adik beradik mak mertua cakap buruk pasal mak saya. Sedih sangat tak terkata. Suami pula, tersepit antara saya dan mak dia. Banyak kali saya kena mengalah, yelah apa apa pun itu mak dia kan. Tapi lama lama sangat makan hati makan diri. Sampai saya tak tahu nak luahkan kat siapa siapa. Lepas setahun kahwin tu, saya pregnant anak pertama tapi gugur sebab masa tu tak tahu pregnant and saya overdose kan diri saya dengan ubat tidur sebab memang nak sangat bunuh diri masa tu Astarghfirullah. Lepas dari kejadian tu saya cuba untuk lawan perasaan depression anxiety semua dan alhamdulillah saya dah belajar untuk tak kisah apa orang sekeliling cakap apa. Tapi masalahnya bila start pregnant, saya dah lost control balik disebabkan perbuatan mak mertua saya. Setiap hari nangis. Saya takut sangat keguguran lagi. Tak tahu dah nak buat apa. Tolong saya 😓 P/s : kalau tak dapat komen perkataan yang baik, jangan komen ya sebab hati saya dah remuk sangat 😓

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya ada masalah yang sama bezanya saya bermasalah dengan keluarga tapi bukan keluarga kandunglah keluarga angkat sejak kecil saya dibela oleh mereka , mak angkat saya sebijik perangai macam mak mertua puan dia suka playvictim selama 24tahun saya duduk dengan dorang macam2 saya hadap tapi mungkin Allah masih sayangkan saya dia kuatkan iman saya supaya tak melakukan perkara yang tidak sepatutnya , dulu saya pun sama pemikiran macam puan fikir nak b*n*h d*r* sebab tak tahan dengan masalah yang ada tapi selepas saya kahwin alhamdullillah dapat suami yang penyayang dan memahami .. saya ingatkan ujian saya berakhir kat sini je rupanya saya kena hadap lagi satu ujian dimana saya pun diuji oleh adik beradik suami yang tak suka akan kehadiran saya dalam keluarga belah suami , sekarang ni saya hadap 2 ujian yang berat sampaikan disebabkan masalah2 ni saya pernah sikit lagi nak bercerai dengan suami 2x pulak tu .. syukurlah alhamdullillah Allah masih sayangkan hubungan kami dia hantarkan hamba yang baik nasihatkan saya terus dari situ hati dan pemikiran saya tersentuh dengan apa yang orang tu cakap dapatlah juga saya perbaiki diri dan perbaiki hubungan dengan suami .. Alhamdullillah , nasihat saya pada puan yang pertama sekali adalah usahakan duduk rumah sendiri walaupun sekadar menyewa .. keduanya jaga jarak puan dengan family suami jangan terlalu rapat dan terlalu selesa sampai semua benda nak cerita .. ketiga , jika benar puan sayangkan suami elakkan bercerita buruk tentang keluarga dia dan mindset tu kena jaga kena ingat yang puan kahwin tu bukan dengan mak atau family dia tapi dengan suami .. Alhamdullillah puan dapat seorang suami yang baik sebab dia tak bela mana2 pihak itu tanda yang sangat bagus , kalau masih sayangkan hubungan better cari rumah sendiri .. orang playvictim ni memang payah dia nak mengalah puan selagi dia tengok kita bahagia selagi tu mata & hatinya busuk , saya kalau tengah stress atau dalam kesedihan saya akan perbanyakkan dengar zikir dan sebagainya untuk penyejuk hati .. jangan bazirkan masa puan pemikiran dan hati memikirkan orang yang tidak suka kita , lebih baik puan sibukkan diri mengurus suami dan anak yang bakal dilahirkan tu inshaallah hati puan akan tenang sebab orang kalau dia dah tak suka sampai bila2 pun dia tak suka walaupun kita cuba berbaik dan buat beribu kebaikkan macam saya kalau nak elakkan sesuatu isu tu jadi besar dan panjang lebar saya akan diamkan diri kalau dengar orang mengata pun saya cuba usaha takkan balas apa yang dia mengumpat pasal saya , orang macam ni kita takleh ubah dan tegur melainkan Allah sendiri yang tegur .. abaikan pastu puan buat je hal sendiri , sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah .. itu je nasihat saya maaflah panjang lebar pulak 🤣🤭

Baca lagi
3y ago

Betul sis. Diam kan diri je sabar je selagi boleh bersabar