ikhtiar hamil
Korang ikhtiar hamil camana...sy 10 bulan mash tak lekat? Ada tips kh ...

Amalkan makan acid Folic Appeton.. #SayaPunSedangBerusaha #MogaBermanfaatđ Amalan pertama. Selepas Fajar ataupun Solat Subuh Baca Bismillah 1 kali Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: âYa Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat) Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa. Amalan kedua. Suami hendaklah membaca âYa Mutakabbirâ (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. Isteri hendaklah membaca âYa Awwalâ (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari. Isteri hendaklah membaca setiap hari âYa Zaljalaali Wal Ikramâ 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. Hasil Penulisan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.
Baca lagi