Berpantang rmh mentua

Korang ada x macam sye? Suami suruh berpantang rumah mertua…… tp sini serba kekurangan, lepastu kalau beli makanan ke apa ke mesti adik beradik yg lain makan sampai habis walaupun kita tak sempat makan pun. Bila kita cakap nak berpantang rumah mak sendiri suami x kasi sebab ayah dya yang berharap sangat kita berpantang rumah dya, tapi tu la serba kelengkapan takde, dengan ayahnya jenis merokokdalam rumah lagi. Macam mana eyh? Penat dah sye pujuk suami nak pantang rumah mak sendiri, sye x biasa hidop dengan mertua and sye x suka menyusahkan orang lain, tapi family sini rilek je ambil barang sye masuk bilik sye tanpa izin, tak suka. Korang ada tak macam sye?, #firstbaby #pleasehelp #firstmom #firstmom

60 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

xyah la rumah mentua belum apa2 awak dh bayangkan mcm²..so apa awak rasa benda tu akan jd..sedangkan kalau awak pantang nanti..bukan awak boleh duduk ja tngok anak ka..rehat ka..silap² semua awak buat sndri .baik awak pantang rumah awak sndri..awal 2minggu mak awak tengok..lgpun aurat dgn family suami jugak . bgtau suami harap dia faham keadaan awak..awak xnak stress masa pantang..pantang jgn buat main kena jaga betul² bdn kita bukan nak guna sekejap .jauh lg perjalanan smpai ke tua nanti..mest la nak jaga betui² ckp kt suami saya nak jaga untuk awak jugak...badan nak pakai lama.. sepatot nya suami awak dan awak kena bincang..dan pilih pilihan terbaik..lg 1 kalau jaga hati org sgt..diri merana buat apa..jgn awak..pantang awak xboleh stress..xboleh bentan xboleh meroyan..sebab tu panggil pantang..byk.pantang larang..then takkan selesa rumah mentua berbanding rumah sndri atau ibu kita..lgpun...nanti org dtg.ka..awak tgah sakit perlu rehat seminggu to kedua minggu..boleh ka minta dkt mentua..nak air? nak biscuit..nak makan..lapar...takot awak xdak tenaga nanti.. bukan nak melawan org tua..tp suami dan awak keja fikir diri awak dan baby dahulu..kalau susah sgt..listdown kebaikan dan keburukan rumah sndri rumah ibu dan rumah mentua..tolong utamakan emosi awak..first mom kita xtahu nanti mcmna nak urus anak..memg ibu kita la kena ajar..ada ibu kandung lg kan..

Baca lagi

sy Pon pantg kat rumah mak sendiri. semua mak sy tolong urus,1st mom ni bnyk xtahu. Anak pulak kdg nanges sy xreti nak pujuk. mak yg bnyk bantu.. itu Pon ada time2 sy stress . kalau xdibantu lagi lah stress gamak Nye . ad time Anak nanges xmau tido mlm,smpai nanges sy sorg2. tgok2 mak sy jnguk bilik sbb bunyi Anak nanges,bila dia tgok kite tgh stress nanges trus dia ambil Anak tolong jagakan And mnx sy rehat je. bayangkan kalau mcm tu xde sape tolong,mmg boleh meroyan sis.. so nasehat sy better pantang yg tempat sis selesa. sedih and stress time pantg ni lain tau drpd org yg xbersalin ni... hati tu sensitive lain macam. untuk jaga kesihatan mental sis,lebih baik xpayah pntg kat umah mentua. merokok tu lagi lah bhya asap rokok.utk kite yg dewasa ni bhaya apetah lagi utk newborn yg fragile. sgt mudah ye utk kene penyakit paru2 tu. yg pergi merokok dlm umah tu kenapa. pastu nak demand pulak org ikut keinginan kite... sy sensitive btul dgn perokok yg macam ni.. Dr ape yg sy nampak suami sis ni jenis yg xkesah ngan keluarga. so mybe dia fikir sis okey bila Adik bradik dia amek brg sis/masuk bilik sis sama mcm dia. kalau sis xsuka sis boleh luah ngan husband.bgthu sume tu adalah sebab2 utk sis xnak pntg sana.. kalau suami sis jenis syg bini,msty dia akan fikir panjang pasal ni... kalau dia xkesah tu maksudnye dia betul2 penting kan diri sndiri...

Baca lagi
1y ago

Dah cuba mengadu tapi dia cop sye kedekut, sis 🥲

Tolong lah berkeras awak jangan jadi macam kakak saya, dia berpantang 100% rumah mertua. kat situ anak lelaki ada 7 orang yang merokok dan ayah mertua dia pun merokok juga. mak mertua jenis cakap lepas and suruh akak saya buat macam2 masa pantang. and tak pantang pun, dia kena buat macam2 keja kat sana, bila cakap nak pantang dengan mak dia tak bagi. suami dia pun dah berkeras nak pantang rumah lain, tapi keluarga dia cakap dia tak halalkan susu badan kat suami akak saya so dia terpaksa pantang situ juga. umur baby baru nak masuk 1 bulan, baby dah start sesak nafas sampai biru muka dia. pergi hospital dr cakap jangkitan kuman paru2. genap baby umur 1 bulan dia meninggal dunia. selepas seminggu kematian anak, kakak saya pun menyusul sebab jangkitan kuman yang sama. so please lah, anak kita tu biar kita handle, nak pantang kat mana dengan sapa tu biar kita sendiri tegas. bukan apa dalam rumah tu kalau dorang tak merokok pun tetap ada kuman ya. lebih teruk lagi bila terdedah dengan asap rokok. tolong tunjuk kat suami awak cerita saya. saya harap dia pun terbuka hati untuk fikir masa depan anak2 dia. jangan dia nanti menyesal pula kemudian hari.

Baca lagi

Bagitau suami, awak selesa berpantang rumah mak sendiri. Bila berpantang ni kena ada mental support, baru lepas bersalin. Mak sendiri boleh bantu tenangkan emosi kita lepas beranak. And lagi selesa sebab tak perlu nak bertudung litup kalau rumah sendiri. Trust me, lepas beranak, dengan serabai nya, dengan muka lesu, penat, tertekan dll. Lebih baik dekat rumah sendiri. Pujuk suami, bagitau you tak selesa. Nnti lepas sebulan tu balik la rumah mertua, singgah ke apa ke. And then suggest nnti masa berpantang kat rumah sendiri, you akan video call mertua ke so diorang boleh tengok cucu. Bagitau suami, baby ni antibody sangat lemah. Kalau dekat dengan perokok, atau pun orang tu dah lepas merokok, kalau sentuh baby, baby kulit sangat2 sensitive. Nanti apa2 jadi kat baby lagi susah. My BIL, dia merokok, lepas keluar baby, dia still merokok tapi kurang la. Tapi kulit bby jd sgt2 sensitive and bby dia kena eczema. You slow talk dengan suami ya sis, you ada hak sebagai isteri. Kena berkeras sikit. Semoga dipermudahkan ya 😘 💕

Baca lagi

mak ayah sy brcerai lpstu masing2 kawin lain dan duduk luar negara. yg jaga sy pun adik ayah sy (makcik) jenis garang tapi alhamdulillah sy dan adik llaki sy mmbesar dgn baik. kawin pun sy guna wali hakim. masa brpantang rumah MIL, mmg dia bnyk mmbantu tp bila dia penat dia akan jadi character lain, actually dia baik je tapi bila penat sikit da bising2, suka marah semua dlam rumah, suka merajuk, pantang dulu sy trpaksa pntang dgn MIL, mula2 semua ok tapi lama2 dia penat, dia stress semua org dia marah, dia mmg jenis takleh penat, nnt darah tinggi dia naik. mmg berendam air mata la, sy takde pilihan. skrg pregnant anak kedua. igt nak pantang sndiri ambik CL 2 minggu based from my experienced dpt recovery my body dari normal brsalin dlm masa 2 minggu shj. selebihnya pantang sndiri. btw, my MIL baik ya n sy syg dia tapi klau dia penat, anak2 dia, ayah mertua, suami dgn sy pun lariii hehe 😆

Baca lagi

Kalau husband saya suruh berpantang rumah mertua. Mmg saya tolak. Lagi-2 kalau bnyk redflag. Kita ni berpantang nak tenang-2, tak nak serabut-2. Mana nak urus diri kita lagi, baby lagi. Kalau enviroment rumah mertua saya mcm sis, saya akan straight to the point ckp kat husband (luahkan apa yg saya rasa). Kita ni berpantang nak keselesaan (tak kira lah normal ke czer), kita berhak dapat enviroment yg terbaik. Ni kalau ayah mertua pun merokok, dengan adik beradik ramai semua tu. Allah. Mcm mana eh kita nak berpantang dengan baik? Kang makin stress pulakk. Silap-2 boleh meroyan. Sis bagithu je husband sis terus terang. Biar dia paham.

Baca lagi

Saya pon bakal ibu, saya dh bagitahu suami awal2 nak pantang rumah mak saya, alhamdulillah suami izinkan. Alasan saya tak nk pantang rumah mak dia sbb 1) ada abg ipar dgn adik ipar laki, saya rimas sentiasa kena pakai tudung, 2) rumah kpg, nak masuk jamban kena panjat tangga. 3) rumah kpg and panas, bila bertudung lagi bertambah bahang and saya taknk stress. 4) saya kurang selesa kalau mertua nk sapu ubat apa2 kt badan, kalau mak sendiri kita dh biasa. Sbb tu saya tknk pantang rumah mertua, walaupun ni bakal cucu pertama belah mertua. Sis kena ckp apa yg sis kurang selesa kt suami, InshaAllah suami akan faham.

Baca lagi
1y ago

Untg dpt suami yg perihatin yg mmhmi..kita prmpuan nk ada selesa bila time2 prgnnt ni.sumpah emosi xstabil bila prgnnt..

klu da byk sgt red flag, x payah la sis.. pantang nie stress tw.. kang awak btambah2 stress.. lg 1, npe bpk mntua awak yg beria? bkn nk mghasut, tp pcaya lah bkn nye mnolong pn nant.. ape2 pun awak jgak yg kne handle.. palg kurg pun dyorg nk main2 je ngn baby.. ble nanges kang dyorg pass kt awak jgak.. bg sye bab pantang nie, kne ikut awak, sbb awak yg nk bpantang.. bia la awak bpantang dlm keadaan selesa & kurg stress..

Baca lagi
1y ago

betul sangat2.

saya walaupun rumah mertua selang berapa buah rumah je dari rumah saya..saya tetap berkeras nak berpantang kt rumah mak sendiri. bergaduh juga la awal tu sebab suami suru gilir2 berpatang .tp saya sampai stress yela sebab mak mertua dengan mak sendiri layanan taksama. dgn ank kuat menangis. mertua pula kejap suru suap air tawar ni air tawar tu. lama2 saya stress sampai terpukul anak.lps pada tu suami okay. sis bincang elok2 bkn apa tkt nnt sis stress yela dlm pntng ni emosi kita tak stabil. tkt kita je meroyan nanti. semoga dipermudah urusan awak☺️

Baca lagi

baik pantang rumah sendiri.. sy pon dah habis pantang balik duk ngan mertua.. main masuk je bilik nk tgk baby..stress sy.. nak menetek takkan nak tgk.. penah sy tgh bogel nak menetek dgr baby nangis fil masuk macam tu.. nasib sempat tarik selimut.. kadang kita first mom nak pengalaman jaga anak..ni setiap kali anak nangis nak ambik dari kita..stress.. kita nk jugak rasa pujuk baby tidurkan baby.. baik pantang rumah sendiri.. lagi2 sis cakap dorg suka masuk bilik kan.. ni lagi la kita tgh pantang ni kalau boleh tanak ada gangguan..

Baca lagi