Berpantang rmh mentua

Korang ada x macam sye? Suami suruh berpantang rumah mertua…… tp sini serba kekurangan, lepastu kalau beli makanan ke apa ke mesti adik beradik yg lain makan sampai habis walaupun kita tak sempat makan pun. Bila kita cakap nak berpantang rumah mak sendiri suami x kasi sebab ayah dya yang berharap sangat kita berpantang rumah dya, tapi tu la serba kelengkapan takde, dengan ayahnya jenis merokokdalam rumah lagi. Macam mana eyh? Penat dah sye pujuk suami nak pantang rumah mak sendiri, sye x biasa hidop dengan mertua and sye x suka menyusahkan orang lain, tapi family sini rilek je ambil barang sye masuk bilik sye tanpa izin, tak suka. Korang ada tak macam sye?, #firstbaby #pleasehelp #firstmom #firstmom

60 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tolong lah berkeras awak jangan jadi macam kakak saya, dia berpantang 100% rumah mertua. kat situ anak lelaki ada 7 orang yang merokok dan ayah mertua dia pun merokok juga. mak mertua jenis cakap lepas and suruh akak saya buat macam2 masa pantang. and tak pantang pun, dia kena buat macam2 keja kat sana, bila cakap nak pantang dengan mak dia tak bagi. suami dia pun dah berkeras nak pantang rumah lain, tapi keluarga dia cakap dia tak halalkan susu badan kat suami akak saya so dia terpaksa pantang situ juga. umur baby baru nak masuk 1 bulan, baby dah start sesak nafas sampai biru muka dia. pergi hospital dr cakap jangkitan kuman paru2. genap baby umur 1 bulan dia meninggal dunia. selepas seminggu kematian anak, kakak saya pun menyusul sebab jangkitan kuman yang sama. so please lah, anak kita tu biar kita handle, nak pantang kat mana dengan sapa tu biar kita sendiri tegas. bukan apa dalam rumah tu kalau dorang tak merokok pun tetap ada kuman ya. lebih teruk lagi bila terdedah dengan asap rokok. tolong tunjuk kat suami awak cerita saya. saya harap dia pun terbuka hati untuk fikir masa depan anak2 dia. jangan dia nanti menyesal pula kemudian hari.

Baca lagi