Nak Menang Langganan Tahunan ULTIMATE Dari Twinkl?
Kongsikan dengan kami " Saya suka sangat bahan untuk mengajar dari Twinkl kerana..." pada ruangan komen di bawah. Pastikan anda sertai di sini ya: https://community.theasianparent.com/contest/jom-menang-produk-pendidikan-dari-twinkl/1452

“Saya suka sangat bahan untuk mengajar dari Twinkl kerana saya tahu ia antara produk pembelajaran yang lengkap untuk anak-anak. Saya masih tak berkemampuan untuk menghantar anak ke play-school jadi produk-produk seperti ini amatlah membantu saya untuk mengajar anak-anak saya yang berumur 3 & 4 tahun di rumah memandangkan saya seorang surirumah sepenuh masa sebelum mula menghantar mereka ke tadika pada tahun hadapan. Bagi saya pembelajaran seperti ini amat penting sebelum anak-anak melangkah ke alam pra-sekolah dan seterusnya persekolahan. Twinkl merupakan produk yang sangat berkualiti kerana ia amat mudah untuk difahami baik ibu bapa mahupun anak-anak. Ia juga sangat menarik dan saya beri jaminan anak-anak saya akan suka dengan sesi pembelajaran dari produk Twinkl. Semoga ada rezeki buat anak-anak dan saya.”
Baca lagi


