Kandungan 13 minggu

KK hanya bagi Obimin sahaja. Saya tak perlu ambil ubat lain dah ke? Hari-hari mmg makan satu biji je ubat sehari. Now, terfikir pulak, mcm eh ada lagi ke kena ambil selain Obimin ni. Tengok ibu2 lain banyak sangat ambil supplément shaklee/amway dll. Saya tengok ingrédients dlm Obimin mcm dh ada semua. Saya tanya je dulu. Nak tgk ibu2 suggest apa. Apa2 cadangan saya akan baca & consult doctor, bukan terjah terus ambil.

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Soalan: "Prof Imelda, semasa hamil ada pantang-larangnya ke?" Jawapannya: Ada. Mai chek nak habaq, inilah nasihat dari Prof Imelda, apa yang ibu hamil tak boleh ambil: 1) Minuman beralkohol, tidak kira apa jenis, walaupun kandungan alkohol yang hanya sedikit, termasuklah tapai dan tapai pulut. Alkohol boleh menyebabkan keguguran, kecacatan pembentukan janin dan kerosakan otak janin, walaupun ia hanya sedikit dan tidak memabukkan ibu hamil. 2) Jangan merokok, vape, hisap ganja, penyalahgunaan dadah sebab ini boleh memudaratkan kesihatan ibu hamil dan janin di dalam kandungan. Elakkan menyedut asap rokok yang dihembus keluar oleh orang lain, iaitu secondhand smoke. 3) Makanan atau minuman yang ibu hamil sendiri ada allergy atau alahan. 4) Ubat tahan sakit yang mengandungi NSAIDs seperti aspirin berdos biasa 300mg (tetapi aspirin berdos rendah 75mg hingga 150mg seperti cardiprin adalah selamat), ibuprofen, voltaren, sodium valproate, ponstan, mefenamic acid, naproxen, nurofen, salicylic acid, salicylate, diclofenac, indomethacin, sebab ini boleh mengganggu kesihatan buah pinggang janin di dalam kandungan dan boleh mengurangkan air ketuban. 5) Elak ubat sapu atau minyak sapu yang memanaskan badan sebab ini juga mengandungi methyl-salicylate iaitu salah satu ubat NSADs, seperti di dalam tiger balm, deep heat, minyak angin. Bila digunakan, ia boleh menyerap masuk ke dalam kulit ke dalam darah. Bila digunakan sedikit saja mungkin tidak memudaratkan tetapi lebih baik elakkannya. 6) Untuk penjagaan kulit atau skincare, jika ia adakah skin scrub atau skrub kulit yang mengandungi salicylic acid atau salicylate, elakkannya. Jika ia di dalam bentuk pencuci muka tanpa scrub, boleh digunakan jika berdos kecil, iaitu kurang dari 2%. Jika anda tidak pasti apakah dos salicylate di dalam pencuci muka atau krim muka, lebih baik elakkan mana-mana yang ada bahan ini. 7) Ubat-ubatan yang dibeli sendiri tanpa nasihat doktor. Jangan beli ubat-ubat sendiri. Datang berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat tentang ubat-ubatan semasa hamil. 8)Produk-produk, jus-jus, yang dijual oleh penjual-penjual dengan tuntutan overclaim memutihkan kulit baby di dalam kandungan, menaikkan darah merah Hb, menghilangkan alahan, menghilangkan jerawat, memberi tenaga, mengawal kencing manis, mengurangkan keputihan, memberi tenaga dan pelbagai-bagai jenis overclaim untuk kesihatan ibu mengandung. Jangan terpedaya dengan produk overclaim mengarut-ngarut. 9) Produk penjagaan kulit (skincare) yang memutihkan kulit atau melambatkan penuaan kulit yang mengandungi merkuri. Ini ialah bahan terlarang yang boleh meresap ke dalam darah dan boleh memudaratkan kesihatan ibu dan merosakkan pembentukan otak janin. Sila baca label apakah bahan kandungannya. Jika ada perkataan seperti mercurous chloride, calomel, mercuric, mercurio, mercury, jangan gunakan produk kulit ini. Jika produk skincare memutihkan kulit atau anti-ageing yang dijual itu tiada label apakah bahan kandungannya maka janganlah beli. 10) Elakkan ikan laut dalam besar-besar yang tinggi pencemaran mercuri seperti ikan jerung (shark), ikan todak (swordfish), ikan marlin, ikan king mackerel, ikan barramundi, ikan tuna besar seperti bluefin tuna, bigeye tuna. Sebabnya ialah ikan besar-besar ini hidup dengan lebih lama di laut dalam dan boleh mengumpul pencemaran merkuri di dalam badan. Makanlah ikan-ikan kecil yang lebih selamat seperti udang, sotong, ketam, salmon, ikan bilis, ikan kembung, ikan selayang, ikan keli, ikan siakap, ikan tilapia, ikan sungai dan sebagainya. 11) Telur mentah, ikan mentah, ayam mentah, daging mentah dan susu mentah. Elakkan ayam atau telur mentah atau separuh masak untuk mencegah keracunan salmonella. Elakkan daging tak masak betul untuk mencegah jangkitan toxoplasma. Elakkan ikan tidak dimasak termasuk sushi atau oyster mentah untuk mengelakkan keracunan makanan. Elakkan susu kambing mentah atau susu lembu mentah yang baru diperah jika tidak dimasak sehingga mendidih untuk mengelakkan jangkitan Listeria, Brucella, Campylobacter, Cryptosporidium, E. Coli dan Salmonella. 12) Jangan ambil vitamin A berdos tinggi sebab ini boleh menyebabkan kecacatan pembentukan janin. Ini termasuklah ubat jerawat seperti retinoic acid. Jangan ambil multivitamin suplimen yang bukan dirumuskan untuk kehamilan. Multivitamin suplimen biasa, ada yang mengandungi dos Vitamin A yang terlalu tinggi maka lebih selamat tukar ke multivitamin yang dibuat khusus untuk wanita hamil. Elakkan memakan hati lembu, sebab ini juga tinggi dengan vitamin A. Orang Eropah suka makan pate yang diperbuat dari hati lembu, maka saya nasihatkan elakkan ini semasa hamil juga. 13) Elakkan megadose Vitamin C (2000mg Vitamin C sehari ke atas ialah overdos atau megados) atau apa-apa supplement tambahan berlebihan yang anda tidak perlu tanpa nasihat doktor. 14) Elakkan pengambilan caffeine melebihi 200mg sehari, sebab ini boleh menyebabkan keguguran dan masalah pembesaran janin. Caffeine boleh didapati di di dalam kopi, teh, koko, cokelat. 15) Jangan ‘makan untuk DUA’ atau makan berlebihan, sebab berat badan anda boleh naik dengan mendadak semasa hamil dan boleh meningkatkan risiko diabetes semasa hamil, tekanan darah tinggi semasa hamil, janin menjadi terlalu besar atau bahu tersangkut semasa kelahiran bayi (shoulder dystocia). 16) Elakkan ais yang dibuat dari air tidak bersih atau air paip yang tidak dimasak atau air paip yang tidak ditapis. Lebih baik jangan minum ais dari gerai tepi jalan termasuk ais kacang, dan ambil ais yang anda pasti dibuat oleh air bersih atau dibuat sendiri. 17) Elakkan makanan tidak sihat seperti makanan tinggi gula, tinggi garam, tinggi pengawet, makanan berproses, jajan, air manis penuh gula. 18) Ramai juga bertanya tentang pewarnaan rambut semasa hamil. Tidak ada cukup data dari kajian perubatan untuk membuktikan ia memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan, tetapi nasihat yang terbaik ialah elakkannya pada 3 bulan pertama kehamilan sebab inilah masanya organ-organ janin membentuk. Tak payahlah pantang buah-buahan segar semulajadi yang berkhasiat dan ada kebaikan serat buah. Jangan takut makan buah nenas, minum air kelapa, air tebu, buah betik, buah durian, buah tembikai selagi anda tiada allergy atau alahan dan anda bersederhana. Tak payahlah pantang minum air sejuk berais selagi anda gunakan ais yang diperbuat dari air bersih dan bukan air manis yang tinggi kandungan gula berproses. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Professor (Clinical) KPJ Healthcare University Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Baca lagi

FYI, obimin/zincofer etc bukan ubat. cuma supplement ibu mengandung. kalau dah ambil yg KK supply, tak perlu tambah yang lain. betul tu, obimin dah cukup, dah ada semua. selalunya kalau ambil yang lain (shaklee/amway etc) tu, tak ambil dah yang hospital bekalkan. either this or that je. kalau nak topup2, kena study dan faham betul2 keperluannya untuk apa, risk & benefit-nya. overdose supplement tak boleh buat main ya.

Baca lagi

Yup tak perlu ambil yang lain dah. Doktor akan prescribe ikut tahap kesihatan kita. Saya tak pernah ambil supplement luar selain daripada yang doktor bekalkan. Pernah tanya doktor untuk ambil supplement lain, doktor kata tak perlu untuk saya. Apa yang diberi tu dah cukup. Doktor nasihatkan saya untuk ambil real food.

Baca lagi

jangan risau, ikut aje kata doctor dorang lebih tahu.. lagi pun awak baru 13minggu, tunggu esok lusa kesihatan awak macam mana. mcm saya dari awal pregnant sampai la dah 35minggu, saya makan zincover je tak pernah tambah tolak ubat lain

xperlu risau. obimin dah lengkap dgn vitamin lain juga. just amalkan real food. awak boleh follow page fb doctor imelda balchin pakar o&g. doctor banyak share ilmu bermanfaat utk ibu2 hamil. mahupon ibu yg dlm fasa berpantang.

salam sis...xperlu mnum byk2 vit sis sbb dalam obimin tu lengkap sda smua vit utk kndungn...sya pun time mngandung cma mnum obimin jaa...smpaila da mlahirkan...anak skrg da 5 buln lbih...alhamdulillah seht ...

ya.. obimin dah merangkumi semua vitamin. mcm sy ambil zincofer sbb hb low. tapi tambah dgn supp amway B complex utk tambah darah jga.. syukur lepas ambil B complex hb naik sehingga skrng 36week2 hari

Saya pun cume amalkan zincofer sahaja . Dulu makan acid folic tp doktor suruh stop dan makan zincofer . Sebab semua vitamin ad dh dlam zincofer tu

Ok je ambil obimin shj, paling bagus amek obimin tu pagi minum dgn air oren sunquick kosong takde gula, hb sy sampai 12.8 buat cara mkn camtu

8mo ago

Asal nak query checkup kk ke swasta, bahas dgn ilmu lah sis, sy tak ckp pasal sunquick kena cahaya matahari ke tk, dh tgok ke dkt tt fiza pharmacist tu, terang2 dia explain kenapa Dr encourage mkn dgn air sunquick atau benda masam, sbb dia bantu penyerapan asl melalut ke sunquick kena cahaya matahari ibarat minum dgn air kosong 😒

x perlu.. obimin je da ckup..slain tu make sure mkn mknn bkhasiat