MINTA TOLONG BAGI SEMANGAT SIKIT..

Kecewa dengan layanan nurse dan doc dekat KK. Anak sulung umur 1tahun3bulan sekarang mengandung nak masuk 9minggu. Check dekat KK kena masuk dekat 3bilik untuk buka buku pink. Setiap bilik yg kena masuk tu semua bising anak jarak dekat siap gelak sinis tau. Rasa macam tgh buat salah paling besar. Paling tak boleh lupa doc tu ckp “Ada buat perlumbaan ke nak mengandung ni smpai terkejar² nk anak lagi?”, “tak kesian ke dekat anak tu nnti sape nak jaga?” Hati ni rasa mcm nak jawab je!! Tapi sebab kan dah kena dkat setiap bilik yg masuk tadi terus takda mood nak menjawab. Rela diamkan diri. Lepastu doc ajak scan, tgh scan baby tak nampak tapi kantung ada. Terus dia bagi tarikh lain untuk dtg scan lagi sekali tapi tak bgitau pkul bape kena dtg. Bila tnya doc terus jawab “dtg pagi lah, senang nnti kalau tak nmpak ke apa terus pegi hospital je haritu” tak jaga hati betul. Dah lah scan ala kadar jee. Dia roll kan scan tu kat perut ada lah dlm dua gerak je, terus kata haa baby tak nmpak pun, dtg next appmnt lah.. mcm tu je hmm Ikut kan pregnant sebelum ni bersalin normal, takda sejarah yg teruk semasa mengandung pun tapi bila kena layan mcm ni rasa teruk sgt ke atau salah besar ke mengandung anak jarak dekat ni??? Betul ke 9minggu masih tak boleh nmpak baby? Tapi doc just bagitau kantung ada je. Ke perlu check dkat klinik swasta? Risau nii. #pleasehelp

45 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi awak, sy pregnant jarak dekat. masa tahu pregnant 2nd baby 1st baby baru setahun 2bulan dan menyusu badan. sekarang dah 28 weeks. kebanyakkan kk mmg mcm tu awak. suka perli2. boleh menengur kita dgn baik. sy pernah kena perli dgn doctor masa 1st pregnancy. sedang kn time tu doctor tu sendiri pregnant. kita boleh report ke kkm if awak tahu nama misi dan doctor tersebut. if awak risau awak g je scan kt luar okay. kdg2 mesin dkt kk tu lama.. jgn stress tau. big hug for you 🥰

Baca lagi
2y ago

Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih t