MINTA TOLONG BAGI SEMANGAT SIKIT..

Kecewa dengan layanan nurse dan doc dekat KK. Anak sulung umur 1tahun3bulan sekarang mengandung nak masuk 9minggu. Check dekat KK kena masuk dekat 3bilik untuk buka buku pink. Setiap bilik yg kena masuk tu semua bising anak jarak dekat siap gelak sinis tau. Rasa macam tgh buat salah paling besar. Paling tak boleh lupa doc tu ckp “Ada buat perlumbaan ke nak mengandung ni smpai terkejar² nk anak lagi?”, “tak kesian ke dekat anak tu nnti sape nak jaga?” Hati ni rasa mcm nak jawab je!! Tapi sebab kan dah kena dkat setiap bilik yg masuk tadi terus takda mood nak menjawab. Rela diamkan diri. Lepastu doc ajak scan, tgh scan baby tak nampak tapi kantung ada. Terus dia bagi tarikh lain untuk dtg scan lagi sekali tapi tak bgitau pkul bape kena dtg. Bila tnya doc terus jawab “dtg pagi lah, senang nnti kalau tak nmpak ke apa terus pegi hospital je haritu” tak jaga hati betul. Dah lah scan ala kadar jee. Dia roll kan scan tu kat perut ada lah dlm dua gerak je, terus kata haa baby tak nmpak pun, dtg next appmnt lah.. mcm tu je hmm Ikut kan pregnant sebelum ni bersalin normal, takda sejarah yg teruk semasa mengandung pun tapi bila kena layan mcm ni rasa teruk sgt ke atau salah besar ke mengandung anak jarak dekat ni??? Betul ke 9minggu masih tak boleh nmpak baby? Tapi doc just bagitau kantung ada je. Ke perlu check dkat klinik swasta? Risau nii. #pleasehelp

45 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

KK mana tu? Boleh buat report kan, ambik nama. Tapi Kalau saya untuk check baby awal pregnancy Saya Suka check swasta dlu. Baru pergi KK Bila da Ada Gmbr. Bagi terus gmbar masa buka buku. Saya pun mengandung jarak dekat jgk, Anak pun Baru 15bulan, Tapi saya da tunggu hari je nak bersalin no 2. Tapi nasib KK saya xda bising2, doc pun Senyap je. (Lagi2 saya yg ada history Anak 1st premature)Mungkin Sbb kawasan saya tinggal tu semua orang2 keje Gov, Dieorg kena jaga mulut kot. Takut tersalah ckp Kat mana2 patient high profile, Silap haribulan xkeje KK dah🤭 . Tapi awal saya buka buku agak lambat 14w. Yg kepochi yg uruskan pendaftaran nk kerek2 kata dtg buka lambat. Saya senang je, tunjuk Gmbr scan baby. Yg blighted ovum masa 9w & 14w punya scan. Sya tunjuk n ckp, nak memudahkan kerja korang, doc pun Xyh nk double scan(Sbb Faham season ibu2 buka buku). Lepas tu terus ok. Doc pun xmarah saya xambil perancang. Nurse pun ok je Sbb saya sndri yg nak merancang dekat. Kalau Ada yg tnya, tak makan perancang ke, cakap je awak Mmg plan nak Anak dekat2. Umur Bukan panjang. Sbb tu je ayat saya Bila ada yg tanya

Baca lagi
2y ago

ye. btl. mcm sy jgk bt mcm tu.