🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!

Kami sedang mencari 1 orang pemenang bertuah untuk membawa pulang Babyhood Bassinette Grey & Nappy Bin!! Anda rasa anda layak? Cepat, sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/cari-menang-bersama-tap/1675?lng=en

🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!
88 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

CARA MENGATASI BAYI MENANGIS DI TEMPAT TIDUR 🤱1. Jika anak menangis dalam baby cot/katil bayi, PUJUK ANAK dengan mengusap perlahan baelakang badan sambil berkata "jangan risau, ibu ada dekat sini." kata-kata lembut sebegini akan dapat menenangkan anak. 🤱2. BERI MAINAN KESUKAAN ANAK supaya anak tidak berasa keseorangan. 🤱3. JANGAN SELALU DUKUNG ANAK untuk dibawa ke bilik bagi menghentikan tangisannya. kerana anak akan terus menangis kerana tahu kita akan dukung dia untuk ke bilik tidur kita. 🤱4. JANGAN TINGGALKAN ANAK SEMASA ANAK MASIH SEGAR. hal ini akan membuatkan anak takut & menangis. tunggu anak tidur dengan mendodoikannya sehingga anak betul-betul lena. 🤱5. BERSABAR. selalu bertenang dan kawal emosi supaya tidak menzahirkan tekanan kepada anak serta memburukkan lagi keadaan. dengan bertenang segalanya pasti dapat dikawal dengan baik. #theasianparentmalaysia #babyhoodMalaysia

Baca lagi

CARA MENGATASI BAYI MENANGIS DI TEMPAT TIDUR 1. Jika anak menangis di katil bayi, pujuk dan beri kata-kata semangat. -Pujuk anak dengan kata-kata yang lembut dan berikan usapan manja yang menenangkan. 2. Berikan mainan kesukaannya. -Anak tidak akan rasa keseorangan dan tidak menangis apabila ditinggalkan. 3. Jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik tidur ibu bapa untuk menghentikan tangisan. -Anak akan berterusan menangis kerana dia tahu ibu bapa akan mendukungnya masuk ke bilik ibu bapa. 4. Jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar. -Tunggu sebentar dan tidurkan anak sehingga betul-betul terlena dan tinggalkan anak dalam keadaan perlahan-lahan supaya dia tidak terjaga semula. 5. Ibu bapa perlu banyakkan bersabar. -Cuba untuk kawal keadaan, tidak menunjukkan riak muka dan tindakan yang tertekan dan marah supaya tidak memburukkan lagi keadaan.

Baca lagi

Cara mengatasi bayi menangis di tempat tidur: 1. kenal pasti punca bayi menangis terlebih dahulu dan cuba selesaikan masalah tersebut. 2. pujuk dan usap perlahan belakang badannua sambil memberikan kata-kata semangat atau galakan buat bayi. 3. Berikan dan meninggalkan mainan kesukaan bayi di tempat tidurnya supaya bayi tidak merasa berseorangan. 4. Jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik tidur ibu dan bapa untuk hentikan tangisan kerana perkara ini akan menjadi pendorong untuk anak kerap menangis di tempat tidurnya kerana dia tahu kita akan membawanya ke bilik ibu dan bapa. 5. Tunggu sehingga bayi betul-betul terlena barulah kita meninggalkannya perlahan-lahan. 6. banyakkan bersabar apabila bayi menangis dan merengek. Semoga bermanfaat untuk ibu bapa. Terima kasih TheAsianParent Malaysia dan Babyhood 🥰 Semoga ada rezeki baby saya.

Baca lagi

🐣❤️ Beri dia mandi atau mandi bersamanya. 🐣❤️ Sediakan persekitaran yang tenang untuk anak anda: matikan atau malapkan lampu, kurangkan bunyi ambien dan elakkan bunyi yang kuat. 🐣❤️ Elakkan menggerakkan bayi anda terlalu banyak, kerana anda mungkin lebih teruja, 🐣❤️ Pergi kulit ke kulit dengan bayi anda 🐣❤️ Goyang bayi anda perlahan-lahan dalam pelukan anda. 🐣❤️ Baringkan bayi anda menghadap ke bawah pada lengan bawah anda, letakkan kepalanya ke arah siku anda dan pegang bahagian bawahnya dengan tangan anda. Ambil beberapa langkah di sekeliling bilik, goyangnya perlahan-lahan dan urut bahagian bawah punggungnya jika boleh. 🐣❤️ Bertenang. Bayi sangat sensitif terhadap emosi orang dewasa yang menjaga mereka. Tekanan anda sendiri kadangkala boleh menyebabkan anak anda menangis lebih teruk.

Baca lagi
Post reply image

💐Cara Mengatasi Bayi Menangis Di Tempat Tidur ⭕ Pujuk dan beri kata ii semangat. ✅Cth:- "Jangan risau, mama tak tinggal adik @ shh" jangan menangis " kata ii lembut sebegitu dapat tenangkan si manja. ⭕Berikan mainan kesukaanya ✅Agar anak anda tidak akan merasakan berseorangan di dalam katilnya. ⭕Jangan dukung & bawanya kebilik kita utk hentikan tangisan. ✅Apabila kita berbuat demikian, anak kita akn berterusan menangis, krna dia tahu kita akn mendukungnya dan bawanya ke bilik kita. ⭕Jangan tinggalkan anak ketika masih segar ✅Tunggu dan tidurkan dia shingga dia betul ii terlena, apabila sudah pasti terlena, baru lah bergerak meninggalkan perlahan ii an. ⭕Banyakkan bersabar ✅Cubalah bertenang agar dpt mengawal situasi dengan terkawal, apabila kita menunjukkn aura positif brulah anak pun menjadi okay.

Baca lagi

Cara mengatasi menangis di tempat tidur 1. Buat urutan Urut bayi dengan kasih sayang dari kaki dan badannya semasa bayi menangis mungkin meredakan tangisan 2. Hirup Udara Segar Bawa bayi keluar dari rumah contohnya bawa ke taman permainan yg berdekatan 3.Mandikan bayi dengan air suam InsyaAllah dengan mandikan bayi dengan air suam akan meredakan bayi menangis 4.Wujudkan suasana bising Kerana dengan suasana bising seperti bunyi pengiring rambut, pengisar & vakum boleh membuat bayi berhenti menangis 5.Peluk atau bedung bayi Peluk bayi anda dengan penuh kasih sayang dengan menepuk-nepuk, sekiranya tidak berhenti bedung bayi supaya lebih selesa lg 6.Cuba letakkan jari ke mulut bayi Boleh cuba letakkan jari ke mulut bayi tetapi jari hendaklah bersih 7.pasang alat muzik Seperti zikir dan yg lembut 8Dodoikan Cuba dodoikan bayi

Baca lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera semua 🥰 Berikut adalah cara mengatasi bayi menangis di tempat tidur : 💗 🤱 Pujuk dengan mengusap secara perlahan belakang badannya & memberi kata-kata semangat dan galakan supaya dapat menenangkan si anak 🤱Berikan mainan kesukaan si anak supaya beliau tidak merasa keseorangan di dalam katilnya 🤱Jangan selalu mendukung si anak ke bilik anda untuk menghentikan tangisan kerana si anak akan terbiasa dan si anak tahu anda akan membawanya ke bilik,maka si anak akan berterusan menangis 🤱Jangan tinggalkan si anak ketika masih segar, sebaliknya menunggu dan tidurkan si anak sehingga betul-betul terlena 🤱Banyakkan bersabar & bertenang supaya anda dapat mengawal situasi Semoga ada rezeki buat permata hati pertama saya 💖 #babyhoodmalaysia #theasianparentmalaysia

Baca lagi

Cara mengatasi bayi menangis di tempat tidur: 1) Check pampers sama ada penuh atau tidak. Kalau penuh, tukar. 2) Mungkin bayi tidak selesa perut. Boleh urut perut dan kaki bayi. Buat urutan ILOVEYOU dan senaman kaki tolak perut. Lebih selesa bayi tidur selepas diurut. 3) Mungkin juga baju terlalu tebal, bayi tidak selesa. Kepanasan. Boleh pilih baju yang selesa yang nipis sederhana. 4) Suhu bilik juga boleh buat bayi meragam. Mungkin terlampau sejuk atau pun panas. Adjust sahu ikut keadaan bilik dan suasana. 5) Check persekitaran tempat tidur bayi, sama ada selesa atau tidak? Pastikan tiada apa apa barang disekeliling bayi untuk keselamatan bayi. Sudah semua diatas tu, boleh lah ibu² susukan bayi. Selepas susukan bayi, pastikan sendawakan bayi untuk tidur yang lena tanpa gangguan angin atau kembung perut.

Baca lagi

CARA ATASI BAYI MENAGIS DI TEMPAT TIDUR : * Kenal pasti punca bayi menangis (lapar, pampers bocor Dan lain²) * Jika bayi lapar beri Susu, atau tukar lampin bayi. * Pastikan persekitaran tidur bayi dalam keadaan Selamat & bersih * Biar seketika (jgn terus angkat bayi anda. * Pujuk Sambil tepuk² bayi anda. * Peluk atau tenangkan bayi anda. Agar bayi tahu anda ada di sisinya. * Biarkan bilik bayi dalam keadaan malap dan tenang agar bayi mudah tidur semula. * Pasang zikir atau lagu² dengan perlahan bagi membantu bayi untuk lena. * Sapu calm balm untuk tenangkan bayi Anda. * Boleh bedung bayi Anda. * Paling penting ibu kena sentiasa tenang. Sebab bayi boleh rasa keadaan ibu. Bila ibu tenang semua akan jadi mudah. InsyaAllah sama² kite Cuba untuk jadi ibu terbaik dengan cara kita. 🥰

Baca lagi

Mengatasi bayi menangis di tempat tidur ialah dengan cara:- 1) Pastikan ruang tempat tidur bayi dalam kedaaan bersih, selelsa dan nyaman kerana ini adalah cara yang sangat penting untuk mengatasi bayi menangis semasa berada di tempat tidur. 2) Pastikan bayi dalam keadaan perut kenyang supaya tidak menganggu bayi semasa bayi sedang tidur. 3) Urut atau mandi bayi dengan air suam dapat membantu menenangkan bayi..Ini juga akan memberi keselesaan kepada bayi dengan sentuhan fizikal yang diperlukan untuk membuat bayi berasa aman dan selamat. 4) Peluk dan dakap dengan penuh kasih sayang sambil menepuk-nepuk pahanya.Jika masih menangis, cuba bedung kerana bayi mungkin berasa lebih selesa dan hangat. Semoga ada rezeki untuk baby baru bulan disember nie💝💝💝💝💝🤲🤲🤲

Baca lagi