Kesian anak2

Kalau suami selalu abaikan hati kita sanggup tak tegur kita beberapa hari walaupun bukan salah kita..mcm mana nak hadap hari2 tu 🥹 kesian anak2 sbb saya hari2 sedih..anak2 makan pun suap sendiri saya cuma sediakan sbb tak blh fokus 😞 saya rindu suami tapi dalam masa yg sama kenapa saya pulak yg disalahkan atas sbb bkn salah saya..kenapa dia beria nak back up kakak ipar dia yg buat salah 😞 saya merana mcmni..taknak luah kat fmily sbb taknak family tau..kenapa suami sanggup tak tegur kita dan anak2..dia tak sayang ke? Ibu2 tolong saya..mcm mana nak ubatkan hati ni 😞

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

dulu tahun ke5 perkahwinan sy tekad sis sy tinggalkn ank2 dgn suami. sbb biase suami sy kalau xpuas hati atau marah sy dia mmg xkn tegur sy 2 3hari. bile dia xtegur tu sy berkurung je dlm bilik.anak2 dia layan ok & jaga ank. satu hari sy xtahan sy keluar rumah sehelai sepinggang. mulanya plan nk jalan mall sorang2 je tp tulah bile balik rumah suami xde bawak ank2 jmp mak mertua terus la sy checkin hotel. esokny sy balik rumah.sy mndi2 sy pack barang2 sy eh masa tu baru suami menagis2 minta maaf. sejak tu bile gaduh 3 4jam je lepastu msti dia tegur sy. dia mmg risau dah sy tinggalkn dia. kdang2 kena lawan cara kasar kalau kite bersedih je mmg makin ego lah suami ni.

Baca lagi

sy pon pernah alami mcm sis , mil siap bagy thu kat suami jgn ikut sy ddk kt rumah mak bapak sy , last2 kantoi curang sblum tu da berbulan2 dry text semua ada , skrg tggu bulan nak bersalin je , semua kluarga suami dan suami dah buang sy ,call pon x ws pon x . bila sy tanya dia akn jawab dyorg ni bz nak kerja . bulan 11 ni due . nasihat sy sis kna kuatkan dri je , klaw dah dia sebelahkan keluarga dia , dia dah x nmpk sis . tp klaw dia masih tegur ambik berat , dia masih pikir tentang sis dan keluarga kecil dia . klaw sis tegur pon dia buat ignore . bia je la berdoa je la. mintak petunjuk allah . semoga kita dipermudahkan urusan ya.

Baca lagi

terbalik pula .. suami sye mmg selalu menang kan sye.. kdg sye plk rase serba Salah... biasa sye xkn mengadu kat suami.. tp kalau bergaduh dengan suami sye penah.. sye yg selalu ignore Whatsapp suami..kdg sye tarik sahaja.. xnk buka baca.. tapi sye cepat merajuk..cepat juga baik... sye akan buat tak jadi ape ape..tetap masak kan untuk dia..hidang kan dia makanan.. kami tak sefahaman besar kan anak.. jadi banyak gaduh mulut tentang cara mandi kan anak.. besar kan anak. mknn anak.. mule2 dlu gaduh sye ignore dia.. tapi bile dh lame lame sye buat hari2 sye mcm biasa.. mcm xde ape ape jadi..

Baca lagi

awak da try tegur laki ke?, anak2x tegur ayah dia, okay tak?, atau minta tolong anak pujuk ayah dia ke. lepas tuh da discuss elok2x tak pasal ni, sbb dia sbg ketua keluarga tak bole mcm tuh, kalau kata kita salah patut tegur, or kalau kata mmg family dia salah , patut tegur sana, tak bole fikir tuh family aku, so salah ke betul tetap betul, tetap menang, patut kena adil . n dia pun patut bole fikir ,takkan benda mcm ni, anak pun jadi mangsa, takkan tak kesian kt anak .

Baca lagi
2w ago

susah juga la, sekali dgn anak jadi mangsa . kalau kata awak mmg da slowtalk still sama,mmg tak bole buat apa da la. maybe awak kena berkeras juga kot kali ni, cara dia tuh nampak mcm dia tau awak tak bole takda dia, mst mgalah ,so dia lagi ego .

TapFluencer

Ubat hati ada 5 perkara. (Tiber teringat lagu Opick) 1. Baca Al Quran dan maknanya. 2. Solat malam 3. Puasa 4. Zikir 5. Bergaul dgn orang soleh. (majlis ilmu dll) Bila dah rasa tenang, ajak suami berbincang, apa tujuan perkahwinan. Jika dia masih abaikan hati isteri dan anak lebih 3 hari, dia buat sesuatu bercanggah agama. Tak bagus untuk suatu perkahwinan. Bincang lah elok2 dgn dia. Mudahan Allah kurniakan ketenangan, kasih sayang buat puan sekeluarga.

Baca lagi
2w ago

aamiin..insyaAllah terima kasih sis ♥️

Sis dah cuba pillow talk dgn husband? Kalau belum cuba dulu. Bincang hati ke hati. Kalau boleh lepas ni apa2 masalah elakkan silent treatment. Bahaya dlm hubungan. Apa2 kena bincang bila keduanya emosi dlm keadaan stabil. Kalau masih sama, sis biar je dulu smpi suami cool down. Bagi tempoh 3 hari selepas pillow talk, lepastu tegur semula. Tidak kira salah siapa, amalkan mcm ni dalam hubungan.

Baca lagi

Kalau jadi kt saya, saya try tegur dulu. Kalau dia sambung ignore, saya merajuk balik & bgtau yg saya pun nk mogok ignore dia double. Lelaki ni kalau kita menagih2 dia mmg dia ignore. Cuba kita jual mahal, dia yg sasau nk kan perhatian kita. Based on my experience dgn husband & ex2 bf 😆

silent treatment ni pembunuh dlm rumahtangga. isu apa ni? dah say sorry tanpa explain kata saya tak salah, walau mmg kita tak salah? ntah la kalau sy bila suami tak pujuk, sy yg pergi melesek kat dia.

Kdg² perkahwinan ni bkn untuk semua org

cuba bincang dgn husband